20/10/2026
MATHEO – DAY 6 POST-SURGERY ❤️
Sebelum ni, Matheo mengalami masalah kencing tak lawas hampir sebulan. Akhirnya, owner mengambil keputusan untuk meneruskan pembedahan cystotomy bagi merawat masalah yang dialami Matheo.
Semasa pembedahan, doktor berjaya mengeluarkan 18 biji batu karang daripada pundi kencing Matheo! 😱
Banyak gilaa!!
Selepas pembedahan, Matheo menjalani proses pemulihan dengan pemantauan rapi.
Dan sekarang, dah masuk hari keenam post-surgery!
Matheo mula menunjukkan perkembangan yang positif dan semakin pulih dari hari ke hari. ❤️
Keep fighting, Matheo! Semoga terus kuat dan cepat sembuh 🐾
Reminder untuk semua cat parents: Kalau si bulus mula susah nak kencing atau kerap meneran, jangan tunggu lama-lama. Segera bawa ke klinik untuk pemeriksaan!
Sebarang pertanyaan tentang haiwan kesayangan dan services iVETPETCARE boleh DM kami atau whatsApp kami di nombor 0172054785.