12/08/2026
“Kalau tahu jadi macam ni, memang dari awal kami mandulkan…”
Kami pernah menerima seekor kucing betina yang pada awalnya nampak seperti kurang sihat biasa.
Owner perasan dia mula kurang makan, banyak berbaring dan semakin lemah. Lama-kelamaan berat badannya turun, dia minum lebih banyak dan kencing lebih kerap.
Sampailah satu hari, owner ternampak cecair bernanah keluar dari bahagian kemaluan.
Selepas pemeriksaan, rupanya si bulus mengalami pyometra jangkitan serius pada rahim yang menyebabkan rahim dipenuhi nanah.
Pyometra bukan sekadar jangkitan biasa. Jika semakin teruk, ia boleh memberi kesan kepada seluruh badan dan menyebabkan septicaemia, iaitu keadaan serius apabila jangkitan dan toksin bakteria memasuki aliran darah.
Pyometra ada 2 jenis:
1️⃣ Open Pyometra
Serviks terbuka dan nanah boleh keluar melalui va**na. Owner mungkin nampak cecair atau nanah pada bahagian kemaluan atau tempat tidur kucing.
2️⃣ Closed Pyometra
Serviks tertutup dan nanah tidak dapat keluar, lalu terus terkumpul di dalam rahim.
Inilah yang lebih sukar dikesan kerana dari luar mungkin langsung tiada cecair atau nanah kelihatan.
Kucing mungkin cuma nampak:
🐾 Hilang selera makan
🐾 Lemah dan kurang aktif
🐾 Berat badan menurun
🐾 Minum dan kencing lebih banyak
🐾 Perut membesar
🐾 Sakit apabila perut disentuh
🐾 Dehidrasi
🐾 Panting atau bernafas lebih laju
Bagi kucing betina yang tidak dirancang untuk pembiakan, pemandulan bukan sahaja membantu mengawal pembiakan, malah dapat mencegah pyometra kerana rahim dan ovari dibuang semasa prosedur.
Kalau memang tidak bercadang untuk membiakkan si bulus, pertimbangkan pemandulan ketika kucing masih sihat. ❤️🐱
🐾 PAKEJ JOM MANDUL KITTY’S
✨ Pakej VIP
Betina: RM170
✨ Pakej Standard
Betina: RM120
📍 Kitty’s Cottage Veterinary Clinic
Shah Alam & Klang
📲 WhatsApp untuk semakan syarat & appointment:
Shah Alam: 011-6294 1010
Klang: 011-6254 1010
Kalau ada kucing betina yang masih belum dimandulkan, save posting ini sebagai reminder. Satu keputusan hari ini mungkin dapat mengelakkan satu kecemasan pada masa akan datang.