04/05/2023
Para sahabat bertanya:
يَا رَسُولَ اللَّهِ وَإِنَّ لَنَا فِي الْبَهَائِمِ أَجْرًا
Maksudnya: Wahai Rasulullah SAW, adakah bagi kami atas perbuatan terhadap binatang juga ada pahala?
Rasulullah SAW bersabda:
نَعَمْ فِي كُلِّ ذَاتِ كَبِدٍ رَطْبَةٍ أَجْرٌ
Maksudnya: Benar, bagi setiap hati yang basah (bersikap rahmah) ada pahala.
**************************************
Hanami datang ke klinik dalam keadaan kaki yang mempunyai luka dan berdarah.
Owner mengambil tindakan pantas jitu dan padu untuk membawa kucing ke klinik veterinar sejurus menyedari keadaan Hanami.
Setelah di periksa dengan teliti, Hanami mengalami luka yang tertusuk di bahagian jari kaki kanan dan luka berkenaan agak dalam.
Hanami telah diberi ubat tahan sakit dan ubat bius, luka Hanami telah dicuci dengan bersih dan hanami memerlukan rawatan antibiotik dan cuci luka secara berkala.
Dan dijangka sekiranya tiada sebarang komplikasi luka Hanami akan pulih dalam seminggu atau dua minggu lagi, insyaAllah.
***************************************
Owner yang bagus merupakan owner yang sentiasa memastikan kucing dalam keadaan baik.
Ambil tindakan awal dengan pantas dan cepat sekiranya didapati kucing dalam keadaan yang tidak baik.
Periksa keadaan kucing anda setiap hari, berikan belaian kasih mesra tehadap mereka, pemeriksaan fizikal yang menyeluruh dari segala aspek, dan jika mendapati sebarang keadaan yang tidak normal terhadap haiwan peliharaan anda jadilah owner yang bijak dan prihatin dengan menghubungi klinik veterinar yang berdekatan untuk mendapatkan khidmat nasihat, atau dibawa terus ke klinik veterinar yang berhampiran untuk mendapatkan rawatan.
Terima kasih kepada owner Hanami kerana terlah bertindak dengan baik dan memberi kepercayaan kepada kami untuk merawat Hanami. 😍