Dr Zawani Animal Clinic

Dr Zawani Animal Clinic Zawani Network Sdn Bhd (1423276-V)

Tender.Keen.Quality

📍 Kuching, 082-443638
📍 USJ Heights, 03-80819580
📍 Puncak Alam, 03-58714461
📍 Samarahan, 082-503113

Kucing pun boleh terkena heatstroke? Heatstroke berlaku apabila suhu badan kucing menjadi terlalu tinggi (lebih kurang 4...
14/05/2026

Kucing pun boleh terkena heatstroke?

Heatstroke berlaku apabila suhu badan kucing menjadi terlalu tinggi (lebih kurang 40°C ke atas) dan mereka tidak dapat menyejukkan badan.

Tanda-tanda awal (Heat exhaustion):
▶️ Terengah-engah (panting)
▶️ Air liur meleleh
▶️ Mencari tempat sejuk
▶️ Minum air lebih banyak
▶️ Tapak kaki berpeluh

👉 Jika pawrents cepat bertindak, heatstroke boleh dielakkan!

Tanda-tanda heatstroke (Kecemasan🚨)
▶️ Lemah, keliru, atau tak boleh berdiri
▶️ Muntah / cirit-birit (kadang berdarah)
▶️ Gusi merah
▶️ Nafas laju atau susah bernafas
▶️ Sawan atau rebah

👉 Bawa ke klinik dengan kadar segera jika kucing ada tanda-tanda heatstroke 🐱

Selamat Datang ke Dr Zawani Animal Clinic ✨

13/05/2026

Mata Tubby semakin baik 😸

Eye drop serum digunakan untuk merawat mata Tubby dan merupakan antara treatment yang digunakan untuk merawat corneal ulcer (ulcer mata) kucing.

Serum diambil daripada darah pesakit sendiri & dititiskan kepada mata kucing yang sakit. Ia bertindak sebagai natural lubricant dan anti-radang untuk menggalakkan penyembuhan mata.

Selamat Datang ke Dr Zawani Animal Clinic ✨

Kucing tiba-tiba termengah-mengah, terjelir lidah kepanasan dan mencari-cari air? Itu mungkin tanda awal heat exhaustion...
12/05/2026

Kucing tiba-tiba termengah-mengah, terjelir lidah kepanasan dan mencari-cari air?

Itu mungkin tanda awal heat exhaustion yang boleh menjadi strok haba tau. Strok Haba atau Heatstroke berlaku apabila suhu badan kucing menjadi terlalu tinggi (lebih kurang 40°C ke atas) dan mereka tidak dapat menyejukkan badan.

Ya, kucing pun boleh terkena strok haba jika berada di bawah cahaya matahari tanpa berteduh dan minum air dalam tempoh masa yang lama.

Heatstroke boleh merosakkan organ dan boleh membawa maut jika tidak dirawat awal! 🌡️🐱

Jom follow Dr Zawani Animal Clinic untuk mengetahui lebih banyak info penjagaan kucing! ✨

11/05/2026

Ginger datang semula untuk grooming. Besar dah dia, tak muat gayung 🥰

Raysha hadir ke klinik kerana bahagian abdomen membesar, tidak boleh membuang air dan kurang selera makan. Setelah melak...
10/05/2026

Raysha hadir ke klinik kerana bahagian abdomen membesar, tidak boleh membuang air dan kurang selera makan. Setelah melakukan x-ray, bahagian pundi kencing Raysha memenuhi hampir keseluruhan rongga abdomen. Cystocentesis dilakukan segera dan sebanyak 400mL air kencing berjaya dikeluarkan daripada pundi kencing.

Mari baca case study oleh Dr Veterinar di Dr Zawani Animal Clinic 🐾🩺:

Cystocentesis for Acute Urinary Retention 🐱

▶️ Raysha, a 5-year-old cat, presented with a complaint of abdominal enlargement over the past few days, inability to defecate, and decreased appetite.

▶️ On physical examination, abdominal palpation revealed slightly hardened f***s. The bladder was not palpable, and there appeared to be a large, firm, round mass occupying almost the entire abdominal cavity.

▶️ Raysha had a history of being hit by a vehicle 4 years ago, which reportedly caused a pelvic fracture. Since then, she has walked with an unsteady gait. About a year ago, she also experienced constipation.

▶️ Radiographic (X-ray) examination confirmed bladder distension and constipation. The bladder was significantly enlarged, occupying most of the abdominal cavity.

▶️ Based on the clinical signs and diagnostic findings, Raysha was diagnosed with acute urinary retention (inability to empty the bladder normally), suspected to be due to a chronic lower motor neuron problem related to her previous accident.

▶️ This condition is considered an emergency. Cystocentesis and manual evacuation were performed. If left untreated, it could lead to uremia or even bladder rupture. During cystocentesis, approximately 400 mL of urine was drained.

▶️ The day after the procedures, Raysha began eating on her own. Supportive treatment was continued at home, and her diet was changed to a gastrointestinal fiber response formula. Acupuncture was also recommended, along with regular monitoring, as this condition may recur.

Keadaan ini dianggap kecemasan kerana jika tidak dirawat, ia boleh menyebabkan uremia atau pecahnya pundi kencing. Jika pawrents nampak kucing tidak membuang dengan lama, bawa mereka ke klinik dengan segera! 🐱

Selamat Datang ke Dr Zawani Animal Clinic ✨

09/05/2026

Life with them 🥰😸

Ya, sekarang Dr Zawani Animal Clinic dah menerima payment melalui Atome 😺 Tak perlu risau dah vet bills cukup tak cukup....
09/05/2026

Ya, sekarang Dr Zawani Animal Clinic dah menerima payment melalui Atome 😺 Tak perlu risau dah vet bills cukup tak cukup. Semua untuk kesihatan dan kesejahteraan si bulus 🤭😸

Selamat Datang ke Dr Zawani Animal Clinic ✨

Keunikan Kucing Tabby 🐾Kucing tabby bukanlah satu baka tertentu tetapi merujuk kepada corak bulu yang terdapat pada bany...
08/05/2026

Keunikan Kucing Tabby 🐾

Kucing tabby bukanlah satu baka tertentu tetapi merujuk kepada corak bulu yang terdapat pada banyak baka kucing. Berikut adalah beberapa keunikan dan fakta menarik mengenai kucing tabby:

1. Corak Huruf “M” di Dahi
Salah satu ciri khas kucing tabby ialah tanda berbentuk huruf “M” di dahi mereka. Corak ini merupakan sebahagian daripada genetik kucing dan menjadikannya mudah dikenali.

2. Pelbagai Pola Bulu
Kucing tabby mempunyai beberapa jenis pola bulu utama:
▶️ Tabby Makarel (Mackerel Tabby):Garis-garis selari yang menyerupai tulang ikan di sepanjang badan.
▶️ Tabby Klasik (Classic Tabby): Corak berbentuk pusaran atau lingkaran pada sisi badan.
▶️ Tabby Bintik (Spotted Tabby):Bintik-bintik yang tersebar di seluruh badan.
▶️ Tabby Ticked (Ticked Tabby): Bulu tanpa corak garis atau bintik yang jelas, tetapi setiap helai bulu mempunyai variasi warna.

3. Warna Bulu yang Pelbagai
Kucing tabby boleh ditemui dalam pelbagai warna, termasuk coklat, kelabu, oren, dan hitam. Kepelbagaian warna ini menambah keunikan setiap individu kucing tabby.

4. Bukan Satu Baka Tertentu
Penting untuk diketahui bahawa “tabby” merujuk kepada corak bulu dan bukannya baka kucing tertentu. Corak tabby boleh ditemui dalam pelbagai baka kucing, termasuk kucing domestik biasa.

Ada pawrents yang menjaga kucing tabby?

Selamat Datang ke Dr Zawani Animal Clinic ✨

08/05/2026

🥀

Lebam is waiting at our Puncak Alam branch

Keunikan dan Fakta Menarik Kucing Kampung 🐾🐱Kucing kampung, juga dikenali sebagai kucing domestik atau kucing jalanan, s...
07/05/2026

Keunikan dan Fakta Menarik Kucing Kampung 🐾🐱

Kucing kampung, juga dikenali sebagai kucing domestik atau kucing jalanan, sering kali dianggap biasa. Namun, mereka sebenarnya memiliki keunikan dan fakta menarik yang membuat mereka sangat istimewa! ✨

1. Daya Tahan Tubuh yang Kuat 💪
Kucing kampung dikenali dengan sistem imun yang kuat, menjadikannya lebih tahan terhadap penyakit berbanding kucing baka tertentu. Mereka jarang mengalami masalah kesihatan serius.

2. Adaptif
Kucing kampung sangat mandiri dan mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai persekitaran dan cuaca. Mereka sering kali mencari makanan sendiri dan tidak bergantung sepenuhnya kepada manusia.

3. Naluri Pemburu yang Tinggi 🐭
Kucing kampung mempunyai naluri berburu yang tajam, membantu mengawal populasi tikus dan serangga di sekitar rumah.

4. Umur yang Panjang
Dengan penjagaan yang baik, kucing kampung boleh hidup sehingga 15 tahun atau lebih! Daya tahan tubuh mereka yang kuat memberi sumbangan kepada jangka hayat yang panjang.

5. Kepelbagaian Warna dan Corak Bulu
Kucing kampung hadir dalam pelbagai warna dan corak bulu seperti hitam, putih, oren, kelabu, serta corak belang atau tompok. Setiap kucing kampung itu unik!

6. Abang Long Kawasan
Kucing kampung cenderung mempertahankan kawasan mereka dengan melalui bau atau cakaran.

7. Kos Penjagaan yang Rendah
Kucing kampung memerlukan kos penjagaan yang lebih rendah kerana mereka tidak memerlukan diet khas atau penjagaan bulu yang rumit,

Ada yang membela kucing kampung? 🐱

Selamat Datang ke Dr Zawani Animal Clinic ✨

Address

Matang Baru
Kuching
93050

Telephone

+6082443638

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dr Zawani Animal Clinic posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Dr Zawani Animal Clinic:

Share

Category