G Veterinary Clinic & Surgery

G Veterinary Clinic & Surgery Official G Veterinary Clinic & Surgery page Appointment required

08/08/2026

🐱 Bertuahnya Tuah! 🧵🪡

Owner perasan Tuah seperti hendak muntah dan terdapat benang keluar dari mulutnya. Owner cuba menarik benang tersebut, namun benang itu terputus.

Pemeriksaan X-ray kemudian dilakukan dan ternyata… ada jarum pembedahan berada di dalam abdomen Tuah! 😱

Keadaan ini dikategorikan sebagai kecemasan kerana benang yang tertelan boleh menyebabkan jarum turut bergerak dan berisiko mencederakan atau menusuk organ dalaman.

🚨 Emergency surgery terus diatur.

Syukur, pembedahan berjaya dilakukan dan Tuah selamat! ❤️

Memang betul-betul bertuah punya Tuah. 🥹🐾

⚠️ Peringatan untuk pet parents:
Jika nampak benang, tali atau benda asing keluar dari mulut atau dubur kucing, jangan cuba tarik sendiri. Ia mungkin bersambung dengan objek asing yang berada di dalam badan dan tindakan menarik boleh menyebabkan kecederaan serius.

Kalau nampak sesuatu yang pelik, jangan tunggu — terus bawa ke vet. 🏥🐱

05/08/2026

Bila kucing betina… tapi tak ngam dengan staff perempuan. 😅

Dengan staff perempuan: 😾 “Jangan dekat!”
Dengan staff lelaki: 😽 “Abang… belai saya lagi.”

Setiap kucing memang ada “favourite human” masing-masing. Yang penting, kami tetap akan beri layanan dan rawatan terbaik untuk si bulus walaupun kena pilih kasih. ❤️🐾

Pernah jumpa kucing yang pilih orang macam ni? Kongsi pengalaman anda di ruangan komen! 😆

04/08/2026

🐰 Kurap Pada Arnab Bukan Sekadar Masalah Kulit!

Noobie, arnab betina berusia 6 bulan, datang ke G Vet dengan masalah kulit yang disyaki kurap (ringworm).

Bagi mendapatkan diagnosis yang tepat, doktor telah mengambil sampel kulit untuk diperiksa di bawah mikroskop. Pemeriksaan ini penting bagi mengenal pasti punca sebenar sebelum rawatan yang sesuai dimulakan.

⚠️ Jangan pandang ringan jika arnab anda mengalami:
• Keguguran bulu bertompok
• Kulit bersisik atau berkerak
• Gatal yang berlebihan

Rawatan awal bukan sahaja membantu haiwan kesayangan pulih dengan lebih cepat, malah dapat mengurangkan risiko jangkitan kepada haiwan lain dan juga manusia (bergantung kepada puncanya).

Semoga Noobie cepat sembuh dan kembali aktif seperti biasa! ❤️🐰

03/08/2026

Bengkak telinga bukan sekadar “gatal biasa”. 🐶👂

Miel datang ke G Vet dengan masalah aural hematoma, iaitu keadaan di mana telinga membengkak akibat pengumpulan darah. Puncanya? Miel mengalami kegatalan yang teruk disebabkan ear mites, sehingga kerap menggaru dan menggelengkan kepala.

Bengkak yang semakin besar menyebabkan telinganya menjadi berat sebelah dan tidak selesa.

Bagi membantu Miel, kami telah melakukan aural hematoma repair untuk mengeluarkan darah beku dan cecair yang terkumpul di dalam telinga. Kini Miel telah dibenarkan pulang dan akan meneruskan rawatan di rumah sebelum datang semula untuk pemeriksaan susulan. ❤️

💡 Jika anak bulus anda kerap menggaru telinga, menggeleng kepala, berbau atau mempunyai tahi telinga yang banyak, jangan tunggu sehingga telinga membengkak. Rawatan awal boleh mengelakkan komplikasi dan pembedahan.

Semoga Miel cepat sembuh dan kembali aktif seperti biasa! 🐾

02/08/2026

“Shift hari ni dah habis… mode OFF terus. 🤭💤 Siapa yang pernah balik kerja terus ‘pengsan’, angkat tangan! 🙋”

31/07/2026

🐾 Kami Sedang Mencari Veterinary Doctor! 🩺
Jika merawat haiwan bukan sekadar kerjaya tetapi satu minat, kami ingin berjumpa dengan anda. Sertai pasukan G Veterinary Clinic & Surgery dan bina masa depan bersama kami.

📩 Rujuk poster untuk maklumat lanjut.

31/07/2026

🚨 Dari tidak mampu makan, kini diberi peluang untuk terus berjuang. 🐱❤️

Kenalkan, Koko.

Koko dipercayai dilanggar kenderaan, menyebabkan kecederaan serius pada bahagian kepala dan rahang. Akibat trauma tersebut, Koko tidak mampu bergerak dengan baik dan tidak boleh makan sendiri.

Bagi memastikan tubuhnya terus mendapat tenaga dan nutrisi yang mencukupi untuk proses penyembuhan, doktor telah melakukan pemasangan esophageal feeding tube (tiub pemakanan). Melalui tiub ini, makanan dan ubat boleh diberikan dengan selamat tanpa perlu memaksa Koko membuka mulut yang masih sakit.

💚 Nutrisi yang mencukupi memainkan peranan yang sangat penting dalam proses pemulihan. Tanpa makanan yang mencukupi, peluang untuk sembuh akan menjadi lebih rendah.

Semoga Koko terus kuat dan kembali sihat seperti sediakala. Doakan perjalanan pemulihannya dipermudahkan. 🤲🐾

⚠️ Jika haiwan kesayangan anda terlibat dalam kemalangan, jangan tunggu sehingga keadaannya semakin teruk. Dapatkan pemeriksaan veterinar dengan segera kerana kecederaan dalaman mungkin tidak kelihatan pada pandangan mata.

30/07/2026

🐾 3 Kaki, Tapi Penuh Semangat. Penuh Kasih Sayang. 🖤

Ini Citam. Hari ini Citam melangkah dengan hanya 3 kaki, tetapi semangatnya langsung tidak berkurang.

Citam datang dengan keadaan kaki yang luka teruk, patah dan sudah tiada deria rasa. Selepas pemeriksaan, keputusan untuk melakukan amputasi kaki bukanlah sesuatu yang mudah. Namun, demi menghilangkan kesakitan dan memberi peluang untuk hidup yang lebih selesa, itulah pilihan yang terbaik.

Alhamdulillah, selepas pembedahan, Citam semakin pulih. ❤️

Ramai yang risau apabila haiwan kehilangan sebelah kaki. Hakikatnya, kucing sangat bijak menyesuaikan diri. Dengan kasih sayang, penjagaan yang baik dan sedikit masa, mereka masih boleh berlari, bermain dan menikmati hidup seperti biasa.

Citam membuktikan bahawa kekurangan bukanlah penghalang untuk terus bahagia.

Semoga Citam terus sihat dan menjadi inspirasi bahawa setiap kehidupan berhak diberi peluang kedua. 🐈‍⬛✨

Address

27-G, Jalan 5/76B, Desa Pandan
Kuala Lumpur
55100

Opening Hours

Monday 10:00 - 18:30
Tuesday 10:00 - 18:30
19:00 - 22:00
Wednesday 10:00 - 18:30
19:00 - 22:00
Thursday 10:00 - 18:30
19:00 - 22:00
Friday 10:00 - 18:30
Saturday 10:00 - 16:30
Sunday 10:00 - 16:30

Telephone

+60392268766

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when G Veterinary Clinic & Surgery posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to G Veterinary Clinic & Surgery:

Shortcuts

Share

Category