Klinik Haiwan Kitty's Care Setapak

Klinik Haiwan Kitty's Care Setapak Cats clinic with friendly veterinarian and bunch of happy supporting staff. We do cats treatment and consultations, surgery, pet wards and pet boarding.

14/05/2026

🐱 Jangan Berhenti Bagi Ubat Walaupun Kucing Nampak Makin Sihat!

Ramai owner rasa bila kucing dah aktif, dah makan atau nampak makin baik… ubat boleh stop terus 😿
Sebenarnya, itu boleh buat penyakit datang semula atau jadi lebih teruk.

Kenapa perlu habiskan ubat? 👇

* 💊 Kuman belum hilang sepenuhnya
Walaupun simptom dah kurang, bakteria/virus mungkin masih ada dalam badan.

* 🔁 Penyakit boleh datang balik
Berhenti awal boleh menyebabkan kucing sakit semula selepas beberapa hari.

* ⚠️ Jangkitan jadi lebih susah dirawat
Terutama antibiotik — kuman boleh jadi “kebal” jika ubat tak dihabiskan.

* 🐾 Proses pemulihan belum lengkap
Kadang badan nampak sihat luarannya sahaja, tapi organ atau dalaman masih belum pulih.

* ❤️ Habiskan ubat bantu kucing sembuh sepenuhnya
Ikut dos dan tempoh yang vet beri untuk hasil rawatan yang terbaik.

📌 Jika kucing muntah ubat, susah makan ubat atau ada reaksi pelik, jangan stop sendiri .Hubungi vet dahulu ya.

Kucing anda nampak makin kurang melompat, lambat berjalan atau lebih s**a tidur sepanjang hari? ​Jangan anggap itu sekad...
11/05/2026

Kucing anda nampak makin kurang melompat, lambat berjalan atau lebih s**a tidur sepanjang hari?

Jangan anggap itu sekadar “faktor usia”. Ia mungkin tanda artritis. 🦴

Artritis bukan hanya berlaku pada manusia tapi kucing juga boleh mengalaminya terutama apabila meningkat usia.

Malangnya, kucing sangat pandai menyembunyikan kesakitan 😿

Antara tanda-tanda yang perlu diperhatikan:
🐾 Sukar naik turun tempat tinggi ​
🐾 Jalan perlahan atau tempang ​
🐾 Kurang aktif bermain ​
🐾 Cepat marah bila disentuh ​
🐾 Bulu nampak tidak terurus kerana susah grooming

Dengan pemeriksaan awal, kawalan berat badan, pemakanan yang sesuai dan rawatan veterinar, kucing artritis masih boleh hidup dengan selesa dan bahagia ❤️

Jangan tunggu sehingga mereka terlalu sakit untuk menunjukkan tanda. 🥺

Jom bawa ke vet jika anda suspect meow ada simptom secepat mungkin.

❤️ Klinik Haiwan Kitty's Care ❤️
Cawangan:
Kajang | Putrajaya | Cheras | Setapak | Gombak | Kuantan
10:30 AM - 7:00 PM (MON-FRI)
10:30 AM - 3:30 PM (SAT-SUN)

Untuk pertanyaan, boleh whatsapp no admin di link ini:
wa.link/o2a3bk

05/05/2026

Pesanan buat semua vet seluruh dunia...❤️

30/04/2026

“Sekarang trend adoption makin strict… tapi kami pilih untuk mudahkan, bukan menyusahkan.” 🐾

Ramai tempat letak syarat ketat —
kami faham, semua nak yang terbaik untuk si bulus 💛
Tapi di Kitty’s Care, kami tak nak tambah beban pada adopter.

Di Kitty’s Care:
✨ Semua kami dah settle – rawatan, penjagaan & kesihatan
✨ Anda cuma perlu bagi satu benda je… kasih sayang & komitmen

Yes, tiada bayaran untuk adoption.
Malah kami siap bagi:
✔️ Vaksin
✔️ Ubat cacing
✔️ Pemandulan

Semua dah ready.
Tinggal satu je — anda betul-betul serius nak jaga dia seumur hidup 🏡

Sebab bagi kami,
adoption bukan trend… tapi tanggungjawab.

🐱 Ada lagi anak bulus yang sedang tunggu rumah & kasih sayang ❤️
📲 WhatsApp sekarang untuk info lanjut: 011-5558 1990

28/04/2026

DASAR KURANG AJAR...Kenapa sampai kena buat macamni?Kenapa diorang ni tidur nampak macam dah "GONE"😅

Ada beberapa sebab kenapa jadi macamtu.Antaranya Fasa Tidur💤yang terlalu nyenyak sampai nafas jadi perlahan dan halus je.Dah lah posisi tidur diorang tu pelik,kadang ada yg terlentang,kepala terkulai badan jadi lembik-lembik je.

Tapi selalunya Si Bulus akan tidur dalam keadaan macamni bila mereka percaya persekitaran mereka selamat dan tiada ancaman.Sampai buat kita overthinking dibuatnya.Haihhh😤

Kucing korang tidur macamni juga ke?cuba komen di bawah❤️

23/04/2026

Macho sebenarnya s**a menari… korang je tak nampak 😏

21/04/2026

Terima kasih kepada , Advocate dan Drontal atas penganjuran kursus yang sangat bermanfaat. Ilmu serta tunjuk ajar yang dikongsikan amat membantu kami untuk lebih memahami dan seterusnya memudahkan kami menerangkan produk-produk mereka kepada pelanggan kami.❤️

Pastikan kucing anda pakai collar itu dah langkah yang betul. Tapi jangan lupa, letakkan contact info atau microchip jug...
16/04/2026

Pastikan kucing anda pakai collar itu dah langkah yang betul. Tapi jangan lupa, letakkan contact info atau microchip juga. ☝🏻

Baru-baru ni, ada seekor meow ditemui telah mati 😢

Ada collar, tapi tiada sebarang contact info. Jelas dia bukan kucing jalanan, pasti ada pemilik yang sayang. ♥️

Dah cuba tanya jiran, share di Facebook & WhatsApp tapi tiada siapa yang tampil claim.

Akhirnya, tubuhnya terbiar berpanas dan berhujan sampai min terpaksa hubungi majlis bandaraya untuk urusan pelupusan.

Sedih, kan? 😭

Jadi ini peringatan untuk semua cat parents, bukan sekadar pakaikan collar, tapi pastikan ada identiti yang boleh bantu mereka “pulang” kalau apa-apa terjadi.

Kita dah jaga mereka dengan penuh kasih, jadi berikan juga mereka penghujung yang bermaruah. 🐾💔

❤️ Klinik Haiwan Kitty's Care ❤️
Cawangan:
Kajang | Putrajaya | Cheras | Setapak | Gombak | Kuantan
10:30 AM - 7:00 PM (MON-FRI)
10:30 AM - 3:30 PM (SAT-SUN)

Untuk pertanyaan, boleh whatsapp no admin di link ini:
wa.link/o2a3bk

14/04/2026

✨ Kereta Kitty’s Care bukan sekadar kenderaan…
Banyak berjasa untuk si bulus 🐾

🚑 Bukan sahaja hantar kucing untuk X-ray & pembedahan
🏡 Malah kadang-kadang jadi tempat mereka berlindung dan rasa selamat

Kereta mungkin sekadar kenderaan bagi kita, tapi bagi meow, ia boleh jadi “tempat selamat” untuk mereka. 🐱🚗

Bila meow berlindung di bawah kereta, selalunya mereka sedang:

🚗 Cari teduh dari panas
🚗 Lindungi diri dari hujan
🚗 Rasa takut atau terancam
🚗 Nak tempat yang sunyi & sempit untuk berehat

⚠️ Tapi anda kena hati-hati!

Sebelum hidupkan enjin atau bergerak, cuba ketuk sedikit pada kereta atau hon perlahan sebab mungkin ada si bulus yang sedang menyorok di bawah. 🐈

Satu tindakan kecil dari kita boleh selamatkan nyawa mereka ❤️

Kereta mungkin sekadar kenderaan bagi kita tapi bagi meow, ia boleh jadi “tempat selamat” untuk mereka. 🐱🚗​Bila meow ber...
09/04/2026

Kereta mungkin sekadar kenderaan bagi kita tapi bagi meow, ia boleh jadi “tempat selamat” untuk mereka. 🐱🚗

Bila meow berlindung di bawah kereta, selalunya mereka sedang:

🚗 Cari teduh dari panas
🚗 Lindungi diri dari hujan
🚗 Rasa takut atau terancam
🚗 Nak tempat yang sunyi & sempit untuk berehat

⚠️ Tapi anda kena hati-hati!

Sebelum hidupkan enjin atau bergerak, cuba ketuk sedikit pada kereta atau hon perlahan sebab mungkin ada si bulus yang sedang menyorok di bawah. 🐈

Satu tindakan kecil dari kita boleh selamatkan nyawa mereka ❤️

❤️ Klinik Haiwan Kitty's Care ❤️
Cawangan:
Kajang | Putrajaya | Cheras | Setapak | Gombak | Kuantan
10:30 AM - 7:00 PM (MON-FRI)
10:30 AM - 3:30 PM (SAT-SUN)

Untuk pertanyaan, boleh whatsapp no admin di link ini:
wa.link/o2a3bk

07/04/2026

Macamni ke habit Gen Z? 🤔😂
Cuba tag rakan Gen Z anda! 👇🐱

Address

No 6G, Jalan Suria Setapak, Taman Suria Setapak
Kuala Lumpur
53000

Opening Hours

Monday 10:30 - 19:00
Tuesday 10:30 - 19:00
Wednesday 10:30 - 19:00
Thursday 10:30 - 19:00
Friday 10:30 - 19:00
Saturday 10:30 - 15:30
Sunday 10:30 - 15:30

Telephone

+601155580509

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Haiwan Kitty's Care Setapak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Klinik Haiwan Kitty's Care Setapak:

Share

Category