Klinik Haiwan Kitty’s Care Bandar Sri Permaisuri Cheras

Klinik Haiwan Kitty’s Care Bandar Sri Permaisuri Cheras KLINIK HAIWAN MENAWARKAN PERKHIDMATAN VAKSIN/PEMANDULAN/RAWATAN/WARD DAN HOTEL KUCING

07/07/2026

✨ Alhamdulillah! 💜🐾

Satu lagi sesi kursus dalaman untuk semua staff Kitty's Care telah berjaya dijalankan pada hari Jumaat yang lalu. 🎉

📚 Kali ini, fokus utama kursus adalah untuk mendalami pengetahuan mengenai produk, supaya setiap staff lebih memahami fungsi, kegunaan dan cara memberikan penerangan yang tepat kepada pelanggan.

Kami percaya bahawa ilmu yang sentiasa dipertingkatkan akan membantu kami memberikan khidmat yang lebih profesional, terbaik dan berkualiti kepada setiap pelanggan yang mempercayai Kitty's Care. 🩺🐱

Terima kasih kepada semua staff yang memberikan komitmen sepanjang sesi berlangsung. Semoga segala ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam memberikan pengalaman yang lebih baik kepada pelanggan dan penjagaan yang terbaik buat si bulus kesayangan. 💜✨

02/07/2026

Kami dah jumpa siapa yang tinggalkan bad review tu
🤣😎

25/06/2026

Tak tahulah bila kucing garang tu nak kena grooming.Dengar cerita,Kemy ni masih menyapu sampai sekarang.Gurau2.Kami sayang semua kucing client.Walaupun kucing tu baik atau garang.😂🤣

23/06/2026

Satu jatuh, semua ikut jatuh🤣😂

Anda pernah nampakkan kucing dengan warna mata yang berbeza? 🐱👁️​Keadaan ini dipanggil heterochromia, iaitu apabila meow...
22/06/2026

Anda pernah nampakkan kucing dengan warna mata yang berbeza? 🐱👁️

Keadaan ini dipanggil heterochromia, iaitu apabila meow mempunyai dua warna mata yang berlainan. 💙💚

Walaupun nampak unik dan memukau, heterochromia biasanya adalah keadaan genetik yang normal dan tidak menjejaskan penglihatan si bulus.

Kucing berbulu putih lebih kerap mempunyai heterochromia, terutamanya kombinasi mata biru dan kuning atau hijau.

Namun begitu, bagi sesetengah kucing, mata biru juga boleh dikaitkan dengan masalah pendengaran sejak lahir.

Setiap kucing mempunyai keistimewaan tersendiri, dan heterochromia adalah salah satu bukti bahawa kecantikan datang dalam pelbagai bentuk. ❤️

Komen 🫶🏻 jika anda mempunyai meow bermata dua warna di rumah. Kami nak tahu warna apa mata meow anda. 🤗

❤️ Klinik Haiwan Kitty's Care ❤️
Cawangan:
Kajang | Putrajaya | Cheras | Setapak | Gombak | Kuantan
10:30 AM - 7:00 PM (MON-FRI)
10:30 AM - 3:30 PM (SAT-SUN)

Untuk pertanyaan, boleh whatsapp no admin di link ini:
wa.link/o2a3bk

Meow asyik menggaru? Bulu semakin menipis? 🙀Jangan abaikan, ia mungkin jangkitan kudis (mange)!Jangkitan kudis disebabka...
18/06/2026

Meow asyik menggaru? Bulu semakin menipis? 🙀Jangan abaikan, ia mungkin jangkitan kudis (mange)!

Jangkitan kudis disebabkan oleh hama (mites) yang hidup pada kulit dan boleh menyebabkan kegatalan melampau, keguguran bulu, kulit berkerak serta luka akibat menggaru.

⚠️ Tanda-tanda yang perlu diberi perhatian:
❎ Gatal berlebihan
❎ Bulu gugur bertompok-tompok
❎ Kulit kemerahan atau berkerak
❎ Luka pada muka, telinga atau leher
❎ Kucing kelihatan tidak selesa dan kerap menggaru

Kudis boleh menjadi semakin teruk jika tidak dirawat.

Pemeriksaan awal oleh doktor veterinar penting untuk mengenal pasti punca dan memberikan rawatan yang sesuai.

Semakin awal dirawat, semakin cepat si bulus kembali sihat dan selesa. 🤗

❤️ Klinik Haiwan Kitty's Care ❤️
Cawangan:
Kajang | Putrajaya | Cheras | Setapak | Gombak | Kuantan
10:30 AM - 7:00 PM (MON-FRI)
10:30 AM - 3:30 PM (SAT-SUN)

Untuk pertanyaan, boleh whatsapp no admin di link ini:
wa.link/o2a3bk

11/06/2026

POV: Ikat oyen supaya tak buat hal.

Oyen:"Challenge accepted." 😼

Ampaian kedai sebelah: 👁️👄👁️

Pembedahan dah selamat, kini tiba masanya untuk memastikan meow anda pulih dengan selesa! 🐱🩹​Apa yang pawparents perlu l...
05/06/2026

Pembedahan dah selamat, kini tiba masanya untuk memastikan meow anda pulih dengan selesa! 🐱🩹

Apa yang pawparents perlu lakukan di rumah. Jom ambil tahu:

✅ Pastikan kucing berehat di tempat yang bersih, tenang dan selamat.
✅ Elakkan aktiviti lasak seperti melompat atau berlari selama tempoh pemulihan.
✅ Gunakan kon jika disarankan untuk mengelakkan kucing menjilat atau menggigit luka.
✅ Pantau luka pembedahan setiap hari. Sedikit kemerahan adalah normal, tetapi bengkak, nanah atau pendarahan memerlukan pemeriksaan vet.
✅ Berikan ubat mengikut arahan vet dan jangan hentikan lebih awal.

⚠️ Segera hubungi klinik terdekat jika meow tidak mahu makan, terlalu lesu, muntah berterusan atau luka kelihatan semakin teruk.

Dengan penjagaan yang betul, kebanyakan kucing akan pulih dengan baik dalam masa beberapa hari hingga dua minggu. ❤️

❤️ Klinik Haiwan Kitty's Care ❤️
Cawangan:
Kajang | Putrajaya | Cheras | Setapak | Gombak | Kuantan
10:30 AM - 7:00 PM (MON-FRI)
10:30 AM - 3:30 PM (SAT-SUN)

Untuk pertanyaan, boleh whatsapp no admin di link ini:
wa.link/o2a3bk

03/06/2026

🐾 SIAPA NAK ADOPT HOODOO? 🐾

Kenalkan, ini Hoodoo ❤️

Hoodoo ialah seekor kucing Parsi kacuk yang kini menumpang kasih di Kitty's Care Kajang.

Kisah Hoodoo bermula apabila salah seorang Dr Vet kami menjumpainya di dalam longkang dalam keadaan yang memerlukan bantuan. Selepas menerima rawatan dan penjagaan di klinik kami, Hoodoo kini sihat dan bersedia untuk memulakan kehidupan baru bersama keluarga yang penyayang. 🏡

✨ Personaliti Hoodoo:
🐱 Manja
🐱 Aktif
🐱 S**a perhatian manusia
🐱 Comel walaupun kadang-kadang buat muka tak bersalah selepas buat hal 😆

Sekarang Hoodoo sedang mencari rumah forever home yang sanggup menyayanginya seumur hidup.

Dan rasanya seorang lagi penghuni klinik, Amat Ginger, dah mula bosan tengok muka Hoodoo hari-hari. 🤣

Kalau anda berminat untuk memberi peluang kedua kepada Hoodoo, sila hubungi Kitty's Care Kajang untuk maklumat lanjut.

❤️ Adopt, jangan beli. Berikan Hoodoo peluang untuk merasai kasih sayang sebuah keluarga.

Anak kucing asyik hilang dari kotak atau tempat tidur mereka? ​Ibu kucing sebenarnya hanya cuba cari tempat yang mereka ...
26/05/2026

Anak kucing asyik hilang dari kotak atau tempat tidur mereka?

Ibu kucing sebenarnya hanya cuba cari tempat yang mereka rasa lebih selamat. 🤍

Kalau nak pastikan ibu kucing tak pindahkan anak-anaknya, cat parents perlu sediakan tempat yang:👇

📦 Sunyi & kurang gangguan
🌡️ Hangat dan selesa
🚫 Jauh dari bunyi kuat & haiwan lain
🛏️ Bersih dengan alas lembut
👀 Kurang orang pegang atau kacau anak-anaknya

Ibu kucing sangat sensitif selepas melahirkan. Kalau meow rasa terancam, stres atau tak selesa, mereka mungkin akan pindahkan anak-anak ke tempat lain. 😿

Pastikan ibu kucing ada “privacy” dan rasa selamat dengan persekitarannya.

Lagi tenang mereka rasa, lagi tinggi kemungkinan untuk kekal di cat nest yang sama. 🐾

Walaupun kami tahu anak kucing comel, tapi berilah mereka ruang dan memadai untuk beri pengawasan dan perhatian setakat perlu sahaja. 🤗

❤️ Klinik Haiwan Kitty's Care ❤️
Cawangan:
Kajang | Putrajaya | Cheras | Setapak | Gombak | Kuantan
10:30 AM - 7:00 PM (MON-FRI)
10:30 AM - 3:30 PM (SAT-SUN)

Untuk pertanyaan, boleh whatsapp no admin di link ini:
wa.link/o2a3bk

Address

100, Jalan Dwitasik, Bandar Sri Permaisuri
Kuala Lumpur
56000

Opening Hours

Monday 10:30 - 13:30
14:30 - 19:00
Tuesday 10:30 - 13:30
14:30 - 19:00
Wednesday 10:30 - 13:30
14:30 - 19:00
Thursday 10:30 - 13:30
14:30 - 19:00
Friday 10:30 - 12:30
14:30 - 19:00
Saturday 10:30 - 13:30
14:30 - 15:30
Sunday 10:30 - 13:30
14:30 - 15:30

Telephone

+601155558644

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Haiwan Kitty’s Care Bandar Sri Permaisuri Cheras posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Klinik Haiwan Kitty’s Care Bandar Sri Permaisuri Cheras:

Shortcuts

Share

Category