CATsini Hotel Kucing & Grooming

CATsini Hotel Kucing & Grooming Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from CATsini Hotel Kucing & Grooming, Pet service, A71, Tingkat 1, Lorong IM3/19, Bandar Indera Mahkota 3, Kuantan.

🐈Cat Hotel
🛁Cat Grooming
✂️Cat Styling
🇺🇲ISFC International Certified Feline Stylist
🇲🇾MCGA Professional Feline Stylist
®️Berlesen Jabatan Perkhidmatan Veterinar - DVS
®️SSM

Sila hubungi kami di 0176169190 untuk maklumat lanjut.

07/08/2026

SIRI #2 : Kenapa ada kucing terus menyorok bila nampak carrier?

Sebab tu ada kucing yang terus menyorok bila nampak carrier... tapi ada juga yang masuk sendiri. Kenapa ya?

Jawapannya bukan sebab mereka "nakal".

Kucing belajar melalui pengalaman yang berulang.

Kalau setiap kali carrier keluar, mereka hanya dibawa ke klinik atau grooming ketika terpaksa, mereka akan mula mengaitkan carrier dengan pengalaman yang menakutkan.

Tetapi kalau sejak kecil...
🐾 Carrier dijadikan tempat berehat.
🐾 Sesekali dibawa berjalan naik kereta.
🐾 Diberi treats setiap kali masuk carrier.

Mereka akan berfikir...

"Oh... carrier ni tak bahaya pun."

Didikan bermula di rumah. Grooming yang tenang sebenarnya bermula sebelum anda sampai ke salon.

💬 Kucing anda jenis lari bila nampak carrier atau masuk sendiri? Kongsi di ruangan komen!

06/08/2026

Semua orang nampak kejayaan di puncak... tapi tak semua orang nampak proses untuk sampai ke sana.

Ilmu tidak pernah mengkhianati usaha. Semakin banyak kita belajar, semakin tinggi kita mampu melihat dunia. Jangan berhenti mendaki. Setiap langkah kecil hari ini sedang membina versi terbaik diri kita esok.

06/08/2026

❤️ Sneak Peak sebabagian pelanggan CATsini yang telah menyokong Promosi "Bring More Cats, Get 20% OFF" sepanjang bulan Julai. 🥰

Sokongan anda memberi semangat kepada kami untuk terus memberikan servis grooming & styling yang terbaik buat si bulus kesayangan anda. 💚

🎉 PROMOSI MASIH BERLANGSUNG sehingga 31 Ogos!

😎 Bawa 2 ekor atau lebih dan nikmati DISKAUN 20% untuk servis grooming & styling.

⏳ Slot harian adalah TERHAD. Jangan tunggu saat akhir kerana promosi akan tamat pada penghujung Ogos dan tempahan sentiasa penuh terutama hujung minggu.

📲 klik link di profil bio untuk lock slot si bulus anda sebelum promosi berakhir!

CATsini – Bukan Sekadar Grooming, Ini Seni Styling Kucing. 💚

BringMoreCats Promo20Percent CatLoversMalaysia Kuantan KuantanCatGrooming PremiumCatGrooming ProfessionalCatGroomer CatSpa MaineCoon BritishShorthair PersianCat SupportLocalBusiness BookNow LimitedSlots PetGroomingMalaysia

04/08/2026

Kenapa ada kucing diam je masa grooming, tapi ada yang panic atau terus jadi aggressive?

Hakikatnya, kebanyakan kucing bukan dilahirkan takut pada grooming. Mereka cuma belum biasa dengan sentuhan, bunyi mesin, blower, dipotong kuku atau dipegang oleh orang lain.

Di CATsini, kami biasanya jumpa 3 jenis reaksi:

🤍 Calm Cat – Relaks, yakin dan mudah dikendalikan.

💛 Panic Cat – Takut, cuba melarikan diri, menggigil atau menyorok. Mereka bukan nak melawan, cuma rasa tidak selamat.

❤️ Aggressive Cat – Mendesis, mencakar atau menggigit. Dalam banyak kes, tingkah laku ini sebenarnya berpunca daripada rasa takut atau panik.

💡 Didikan awal di rumah memainkan peranan yang sangat besar.

Biasakan anak kucing dengan:
✔️ Disikat setiap hari.
✔️ Dipegang kaki dan kuku.
✔️ Dibersihkan telinga.
✔️ Dipegang di bahagian badan dengan lembut.
✔️ Dibawa ke grooming secara berkala, bukan hanya bila bulu sudah kusut.

Semakin awal mereka didedahkan dengan pengalaman yang positif, semakin mudah dan kurang stres sesi grooming mereka pada masa akan datang. ❤️

💬 Kucing anda jenis yang tenang, panic atau aggressive semasa grooming? Kongsi pengalaman di ruangan komen!



02/08/2026

Rayyan Eleanor memang sporting sepanjang Cat Grooming Competition & Examination ISFC Malaysia 2026. 😆 Gurau-gurau je ya, 'bodyguard' tu sebenarnya team yang sentiasa menjaga keselamatan dan memastikan dia kekal tenang sebelum masuk pertandingan. Terima kasih jadi model Championship Show Grooming Mama iela❤️

Siapa sangka... semuanya bermula hanya kerana minat. Minat itulah yang membawa saya ke pentas ISFC. Perjalanan ini mengajar saya satu perkara... kalau kita benar-benar cintakan apa yang kita buat, minat boleh membawa kita sejauh yang kita tak pernah impikan.

02/08/2026

🚨 Ramai owner masih keliru antara Ticks (kutu) dan Lice (kutu bulu).

Walaupun kedua-duanya hidup pada kucing, mereka BUKAN parasit yang sama.

🕷️ Ticks (Kutu)
• Saiz lebih besar dan boleh dilihat dengan mata kasar.
• Menghisap darah.
• Badan akan membesar selepas kenyang.
• Boleh membawa penyakit kepada haiwan.

🪶 Lice (Kutu Bulu)
• Jauh lebih kecil dan bergerak di celah-celah bulu.
• Tidak membengkak seperti ticks.
• Menyebabkan kegatalan, bulu kusam dan kelemumur.
• Selalunya berlaku pada kucing dengan coat yang kurang dijaga.

⚠️ Jangan tunggu sampai kucing asyik menggaru atau bulu mula gugur. Pemeriksaan dan grooming secara berkala boleh membantu mengesan masalah lebih awal.

❤️ Ingat, bukan semua parasit nampak sama. Rawatan juga berbeza mengikut jenis parasit.

Lice CatParasite KutuKucing PetEducation CatOwner HealthyCat ProfessionalCatGroomer KucingMalaysia CatLovers Kuantan KuantanCatGrooming PetTips FYP TikTokMalaysia

01/08/2026

🐻 Teddy Bear Cut atau 🦁 Lion Cut... mana satu pilihan anda?

Ramai sangka kedua-duanya sama, tetapi sebenarnya setiap potongan ada tujuan yang berbeza.

🐻 Teddy Bear Cut sesuai untuk owner yang mahukan penampilan comel, kemas dan mudah dijaga, sambil mengekalkan rupa gebu kucing.

🦁 Lion Cut p**a biasanya dipilih untuk membantu mengatasi bulu kusut yang teruk, masalah kulit tertentu, atau bagi kucing yang memerlukan coat dipendekkan atas sebab keselesaan.

Di CATsini, kami tidak memilih potongan hanya kerana cantik. Kami akan mencadangkan gaya yang paling sesuai berdasarkan baka, keadaan coat dan keselesaan kucing. ❤️

Kalau kucing anda, Team Teddy Bear Cut atau Team Lion Cut? Tulis jawapan anda di ruangan komen! 👇

ProfessionalCatGroomer BreedSpecificGrooming CatTransformation LongHairCat PersianCat BritishLonghair MaineCoon HealthyCoat PetGrooming KucingMalaysia CatLovers Kuantan KuantanCatGrooming FluffyCat CatCare

31/07/2026

kor kucing yang aktif memerlukan lebih daripada sekadar kemahiran menggunting. Ia perlukan komunikasi, teknik handling yang betul dan teamwork yang baik. Keselamatan kucing sentiasa menjadi keutamaan kami. 🎀

Excellence is in the details. From gentle handling to precision styling, every grooming session is performed with care, patience, and professional expertise. ✂️

Address

A71, Tingkat 1, Lorong IM3/19, Bandar Indera Mahkota 3
Kuantan
25200

Opening Hours

Monday 09:30 - 17:30
Tuesday 09:30 - 17:30
Wednesday 09:30 - 17:30
Thursday 09:30 - 17:30
Friday 09:30 - 17:30
Saturday 09:30 - 17:30
Sunday 09:30 - 17:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when CATsini Hotel Kucing & Grooming posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to CATsini Hotel Kucing & Grooming:

Shortcuts

Share

Category