Peminat Lobster Terbaru - fanaboy farm

Peminat Lobster Terbaru - fanaboy farm Pembekal, Penjual, Penternak, Penjaga UDANG KARA AIR TAWAR / LOBSTER AREA Klang.. Utk COD area klang

KeMas2
24/04/2020

KeMas2

Setiap hari kami ada terima wasap dalam 5-6 orang bertanyakan soalan yang hampir sama, dan jawapan yang sama kami berika...
27/02/2020

Setiap hari kami ada terima wasap dalam 5-6 orang bertanyakan soalan yang hampir sama, dan jawapan yang sama kami berikan. Jadi di sini kami akan senaraikan soalan dan jawapan tersebut, berdasarkan pengalaman kami, perkongsian dengan otai otai dalam industri ini, serta hasil bacaan kami di Google, terutamanya hasil kajian dari universiti universiti dari Australia.

Untuk makluman semua, penternakan RedClaw telah dimulakan seawal tahun 50an di Australia. Hasil kajian mereka pada 90an masih lagi boleh digunapakai dan menjadi rujukan kepada pengusaha/penternak RedClaw pada hari ini. Oleh kerana masalah cuaca di sana, mereka telah mencuba membiakkan spesis ini di Indonesia pada awal 80an.

Ternyata RedClaw sangat sesuai untuk diternak di negara Asia Tenggara dan sekarang, hampir semua negara di Asia Tenggara menjalankan aktiviti penternakan ini dengan Indonesia dan Thailand mendahului yang lain.

1. Saiz kolam yang sesuai?
👉 Bergantung kepada jumlah lat yang anda nak bela. Elakkan kepadatan yang melampau, nanti lat kita bergaduh sama sendiri.

2. Lat perlukan oksigen?
👉 Ya, perlu. Kalau tak nak letak oksigen, cukup air sekadar sampai belakang dia je. Lepas tu kena letak akar kayu ke, pasu ke, atau apa apa untuk dia panjat atas bila dia perlukan oksigen. 👉Sekiranya kuantiti lat anda banyak dalam kolam tu, pastikan gunakan pam oksigen yang sesuai. Sekiranya oksigen tidak cukup, lat akan lemas dan mati.
👉Pokok pandan adalah pokok air terbaik untuk ternakan lat. Selain membekalkan oksigen, pandan juga meneutralkan ammonia, nitrit, nitrat dalam kolam. Juga menyediakan perlindungan kepada anak benih. Air pon jernih dan selamat.

3. Kedalaman air yang sesuai?
👉Untuk kolam selain kolam tanah, air setinggi 12" atau satu kaki atau kurang adalah mencukupi. Untuk anak anak lat p**a, biasanya air hanya setinggi 3" ke 6" sahaja.

4. Makanan lat?
👉Semua pellet tenggelam boleh bagi, tapi pellet untuk udang galah adalah paling sesuai, harga pon tidak mahal. Lat makan apa saja, buah, sayuran, ikan, ayam, bijirin, ubi ubian, cacing dan macam macam lagi.

5. Waktu makan lat?
👉Pagi dan petang/malam. Ikutkan pada kajian dari universiti Australia, lat diberi makan maksimum 5% dan minimum 3% dari berat badan lat tersebut. 30% makanan dibagi pada waktu pagi, dan 70% lagi pada waktu petang/malam. Ini kerana lat sangat aktif pada waktu malam dan waktu siang dia banyak berehat je.

6. Perumah/ pelindung lat?
👉Sangat sangat perlu dan sangat penting untuk memastikan lat tidak bergaduh, ada tempat berlindung terutamanya semasa bersalin kulit/molting. Paip yang bersaiz 40mm sesuai untuk 3"-4", manakala saiz 50mm sesuai untuk 5"-6". Manakala untuk saiz 1"-2", paip bersaiz 3/4" lebih sesuai.
👉Perumah lebih baik yang besar daripada kecik kerana lat akan membesar dan perlukan perumah yang sesuai. Kadangkala ada lat mati lemas dalam perumah kecik. Perumah besar juga memudahkan kotoran dibersihkan.

7. Boleh ke pakai air paip? Air hujan air sungai air mata air?
👉Ya, boleh, takder masalah. Cuma air paip kena letak antiklorin dahulu. Semua air sebolehnya/semoleknya dibiarkan dalam sehari ke 3 hari untuk persediaan sebelum lat dilepaskan. Boleh pakai ph tester untuk menilai tahap ph air. Ph yang sesuai adalah dari 7-9, dan yang paling bagus adalah 8.5

8. Perlu ke letak garam ikan dalam kolam?
👉Ya perlu. Selain membasmi kuman/bakteria, garam ikan juga menyediakan air yang sesuai untuk lat membiak. Boleh dibeli di kedai akuarium. Garam ikan tidak sama dengan garam dapur/makan.

9. Tds dan ph yang sesuai?
👉Boleh pakai ph tester untuk menilai tahap ph air. Ph yang sesuai adalah dari 7-9, dan yang paling bagus adalah 8.5, manakala utk tds, boleh pakai tds tester. Ppm yang sesuai ialah 200-600, dan bagi kami, ppm yang comel ialah 550, kerana lat kami mudah membiak, membesar, tidak ada penyakit, cergas, aktif, mudah bersalin kulit, kulit cepat keras pada julat ini. Ini adalah subjektif ya, lain penternak, lain cara dia. Ini kolam lama ya, bukan kolam baru setup/ buat.

10. Macammana nak biak lat ni?
👉Cari induk yang sesuai dengan nisbah jantan seekor, betina 4 ekor. Sebaiknya yang jantan mesti/wajib lagi besar saiznya dari yang betina. Induk yang sihat menghasilkan benih yang sihat. Induk yang besar juga menghasilkan telur yang lebih banyak dan saiz telur yang lebih besar, seterusnya menghasilkan benih yang lebih besar dan lebih cepat membesar.

11. Prospek bisnes lat ni. Ada orang beli ke udang mahal ni?
👉Permintaan sentiasa ada. Tapi belah Pantai Timur kita ni, harga jadi masalah utama. Belah Pantai Barat, hampir tak cukup bekalan.
👉Ramai start kecil kecilan untuk pendapatan sampingan, kolam/ akuarium kecik kecik je, dan kalau ada modal, boleh buat kolam tanah terus, 50 meter x 20 meter adalah saiz yang paling optimum.
👉Ada duit banyak benda boleh buat, takder duit, sabar, guna yang ada dulu sambil rancang untuk yang akan datang.
👉Bab rezeki ni kena percaya kat Tuhan la. Kita usaha siang malam, keje 20 jam sehari pon, kalau Dia tak bagi, tak dapat jugak. Jadi sabar, doa, usaha, ikhtiar, tawakal, ulang ulang jangan putus asa dengan Tuhan.

12. Bila sampai lat, nak buat macam mana?
👉SOP sebelum masukkan lat dlm kolam, melalui kiriman bas atau courier.
👉👉Bukak kotak dan buang botol ais tu. Lat dlm keadaan dorman/ tak aktif.
👉👉Boleh pindah lat masuk besen atau bekas lain dlu. Biarkan dlm setengah jam.
👉👉Lps tu, ceduk air kolam, masukkan dlm bekas lat ada tu. Tak perlu b*k, cukup tenggelam badan je. Biarkan dlm sekurang kurangnya setengah jam.
👉👉Lps tu baru masukkan dlm kolam.
👉👉Selepas 2 jam boleh masukkan makanan. Tak perlu b*k, cukup ada je.
👉👉Pantau dan tengok keadaan lat. InsyaAllah semua ok, lat akan aktif explore kolam baru dan makan mcm biasa.
👉👉Biasanya dalam 2 minggu lps masuk kolam, lat akan tukar kulit/molting. Kalau boleh asing dlu yg tukar kulit ni. Bimbang kena serang/ mkn di lat lain. Kalau perumah b*k, xdop hal.

wasap.my/60172587553/LAT

27/02/2020

Alhamdulilah...20 ekor LAT disunting ke 3 buah daerah. Moga2 semua LAT selamat bersama tuan baru.. Nak LAT Area klang? Cari saya!

Alhamdulillah...harini jumpa lagi yg dah bertelur... Jom belajar sikit...  Cara-cara mengenalpasti usia telur Lobster Ai...
24/02/2020

Alhamdulillah...harini jumpa lagi yg dah bertelur... Jom belajar sikit...



Cara-cara mengenalpasti usia telur Lobster Air Tawar (LAT)

Tip usia telur LAT

1 minggu - warna perang kehijauan dan telurnya tidak bulat.

2 minggu - warna hitam/kuning dan telurnya bulat.

3 minggu - warna telur tidak sekata. Dalam sebiji telur akan nmpk separuh warna yang gelap dan separuh warna cerah.

4 minggu - akan nmpk 2 titik pada setiap telur iaitu mata anak benih sudah kelihatan.

5 minggu - akan keluar sesungut pada telur tersebut seolah-olah telur berbulu.

6 minggu - kelihatan kaki anak benih sudah keluar dan ready untuk turun dari ibunya.

Nota :

Jangan terus goncang anak benih tersebut bila dah nmpk kakinya keluar. Sabaiknya beri tempoh 2 - 3 hari untuk die turun sendiri. Selepas 3 hari ke 1 minggu jika tak turun juga, barulah goncang anak benih tersebut bagi mengelakkan ia dimakan oleh ibunya.

Anak benih yang dah matang dan boleh berdikari memang perlu diasingkan daripada ibunya. Sebab anak ni manja dan akan melekat semula pada ibunya. Waktu ni ibunya dah mula lapar dan mencari makanan. Apa yang ada berdekatan, die akan tangkap dan makan. Die tidak tahu tu anak die ke apa. Risiko kena makan dengan ibu agak tinggi jika anak benih dah matang tidak diasingkan dengan ibunya.

** Kenapa anak benih yang dah usia 6 minggu tidak boleh digoncang terus? Sbb bila cukup usia 6 minggu semua akan kluar kaki. Tp benih yang bahagian luar memang nampak dah matang. Cuma benih yang belah dalam ada yang belum matang. Jika kita paksa juga, benih bahagian luar memang boleh survive tetapi benih pra-matang akan mengalami % kematian yang tinggi.

23/02/2020

Yes!! Bertelur rezeki...rezeki ptg ni...
Jangan give up kalau ada LAT yg mati..itu adat kalau nak niaga...ada untung ada rugi.. Kalau bersabar, Insyaallah...ada hasilnya nya...

[Salam LUNCH HOUR]Tak tahu Nak Masak APA? Meh try resepi lobster p**ak...makanan exclusive Dan boleh didapati Dengan har...
19/02/2020

[Salam LUNCH HOUR]

Tak tahu Nak Masak APA? Meh try resepi lobster p**ak...makanan exclusive Dan boleh didapati Dengan harga yang berpatutan...

Fresh lobster Ni nak beli Kat mana?
Aishhh...tekan je link Kat bawah tu..

wasap.my/60172587553/freshLAT

12/02/2020

PENYEDIAAN KOLAM
4. PENYEDIAAN KOLAM

4.1 Pemeriksaan awal

Kawasan sekeliling dan dalam kolam lama perlu dibersihkan dari pokok-pokok liar, rumput rampai dan segala tumbuhan yang tidak diperlukan. Ban yang rosak perlu dibetulkan. Kebocoran kolam perlu dibaiki. Segala peralatan lama yang tidak lagi berfungsi hendaklah dibaiki atau diganti baru.

4.2 Pengeringan

Dedahan kepada cahaya matahari terik perlu untuk membunuh pemangsa (ikan, belut, serangga) dan patogen (bakteria, kulat, parasit). Pendedahan dasar kolam kepada udara dan cahaya matahari p**a mencepatkan proses pereputan bahan organik (najis, makanan lebih, daun, rumput dan sebagainya) yang akan menambahkan kesuburan kolam. Jangkamasa pengeringan antara 1 - 2 minggu biasa dibuat, walaubagaimanapun ada ketikanya kolam perlu dikeringkan untuk jangka masa lebih panjang, misalnya di musim hujan atau bila kolam telah terlalu lama digunakan.

4.3 Membuang lumpur

Kolam telah kerap diguna kerapkali mengumpul lumpur di dasarnya. Lumpur yang terlalu tebal tidak sesuai kerana ia menjadi perangkap makanan yang diberikan lalu tidak dapat dimunfaatkan oleh udang. Perkump**an makanan dan najis dalam lumpur ini juga akan mengujudkan lapisan dimana proses pereputan berlaku secara anaerobik dan ini membina bahan dan gas toksid di dasar kolam. Pendedahan lapisan ini kepada air akan membebaskan bahan toksid ini kepada udang / ikan menyebabkan berlaku kematian dalam jumlah besar. Semasa penjaringan, lumpur juga menjadi tempat perlindungan udang dari ditangkap. Semasa pengeringan, keluarkan semua lumpur hitam di dasar kolam ini dan dedahkan kolam kepada cahaya matahari dalam jangmasa lebih panjang (1-2 bulan) untuk memuluhkannya.

4.4 Membilas

Kolam baru digali perlu dibilas bagi menghilangkan bahan-bahan beracun yang mungkin terdapat di dalam tanah atau hasil tindakbalas kimia antara permukaan kolam dengan udara. Pembilasan sekali atau dua kali elok dilakukan. Kolam telah lama diguna biasanya tidak perlu dibilas.

4.5 Meracun

Kolam yang tidak boleh dikeringkan perlu diracun untuk membunuh ikan liar (pemangsa). Gunakanlah bahan racun organik. Contoh racun ikan adalah akar tuba, hampas biji teh (tea seed cake), dan daun tembakau. Bagi mengurangkan penggunaan racun, kedalaman air kolam perlu dikurangkan ke takat minimum. Bisa racun akan menurun oleh pencairan air hujan. Racun dari bahan organik juga kurang berbisa jika disimpan lama, diserangan kulat dan lembap oleh hujan dan embun. Sekiranya diguna hampas biji teh, kadar untuk membunuh ikan seperti lampam adalah sekitar 10mg/l manakala bagi ikan haruan kadar sekitar 30 mg/l adalah diperlukan. Sekiranya timbul masalah ikan liar masuk ke kolam udang, racun hampas biji teh ini boleh juga diguna kerana ikan sahaja yang akan mati kerana kadar kematian kepada udang galah adalah sekitar 1340 mg/l (Chang, L. W. dan K. S. Ong, 1978). Setelah sehari digunakan, kebanyakkan racun organan akan hilang bisanya.

4.6 Mengapur

Kolam dikapur dengan tujuan:

* Menstabilkan pH
* Meninggikan kadar pereputan bahan organik seterusnya menyuburkan kolam
* Membunuh ikan liar (pemangsa)
* Menghapuskan organisma patogen (musuh)
* Menegapkan dasar kolam
* Menggalak proses udang bersalin kulit

Antara jenis-jenis kapur yang terdapat di pasaran adalah:

* Kapur abu panas (quicklime - CaO): - berkesan cepat, jangkamasa berkesanan pendek.
* Kapur batu putih [lime stone - Ca(CO3)2], berkesan secara perlahan-lahan tetapi jangkamasa kekesannya panjang.
* Kapur abu sejuk (slake / hydrated lime) bertindakbalas cepat dan kesannya juga cepat hilang.

Cara mengapur kolam yang biasa diamalkan adalah dengan menabur rata serbuk kapur abu sejuk (hydrated) di permukaan dalam kolam kering dengan sukatan sekitar 1kg/10m�.

4.7 Membaja

Kolam dibaja bagi menggalakkan pertumbuhan makanan semulajadi yang berbentuk cacing, siput, lumut dan tumbuhan air. Dua jenis baja yang biasa digunakan adalah baja organan dan baja kimia. Najis haiwan (ayam, itik, lembu, kambing) adalah jenis baja organan yang biasa digunakan, walaubagaimanapun dalam Kod Amalan Baik Akuakultur yang sedang diterapkan Jabatan Perikanan dalam industri akuakultur agar memenuhi piawaian antarabangsa, penggunaan baja dari bahan najis haiwan ini tidak digalakkan dengan alasan kebersihan dan kesihatan kepada pengguna. Bagi baja kimia p**a, triple super phosphate (TSP) boleh digunakan dengan kadar 3.5kg/1000m�/minggu.

4.8 Pengairan

Air memasuki kolam melalui penapis halus bagi menghindari kemasukkan haiwan pemangsa. Sebaiknya udang dilepas seminggu selepas air masuk.

Kadar tukaran air terbaik untuk kolam ternakan udang/ikan adalah sekali untuk seminggu hingga dua minggu. Kadar ini mampu menampung kepadatan ternakan sebanyak 10/m� tanpa perlukan alat pengudaraan. Kadar alir air yang lebih perlahan akan menyebabkan air kolam kurang bermutu dan memerlukan alat pengudaraan. Kadar aliran air yang tersangat cepat sebaliknya membawa baja keluar kolam tanpa dapat dimunafaatkan untuk pertumbuhan makanan semulajadi udang.

Kolam udang yang tidak melakukan penukaran air memerlukan alat pengudaraan bagi membantu menambah kandungan oksijan dalam air ketika waktu malam.

12/02/2020

Selamat Delivery 40 ekor....ada yg nak Ternak? Nak frozen? Wasap terus ya... Ni no nya... wasap.my/60172587553

ที่อยู่

Jalan Labis Off Jalan Kapar
Klang
41400

เบอร์โทรศัพท์

+60172587553

เว็บไซต์

แจ้งเตือน

รับทราบข่าวสารและโปรโมชั่นของ Peminat Lobster Terbaru - fanaboy farmผ่านทางอีเมล์ของคุณ เราจะเก็บข้อมูลของคุณเป็นความลับ คุณสามารถกดยกเลิกการติดตามได้ตลอดเวลา

ติดต่อ ธุรกิจของเรา

ส่งข้อความของคุณถึง Peminat Lobster Terbaru - fanaboy farm:

แชร์