02/09/2026
020926, Rabu || 📢 ANJURAN KURSUS PENTERNAKAN
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Wilayah Persekutuan Labuan akan menganjurkan tiga (3) kursus asas berkaitan bidang penternakan yang terbuka kepada orang awam bagi memberikan pendedahan, pengetahuan serta kemahiran asas dalam pengurusan ternakan dan penyediaan makanan ternakan.
Kursus yang ditawarkan adalah seperti berikut ;
1. Kursus Asas Penternakan & Pengurusan Ayam Penelur
2. Kursus Asas Penternakan & Pengurusan Kambing Pedaging
3. Kursus Asas Pembuatan Rangsum Makanan dan Pembuatan Silaj
👥 SYARAT PENYERTAAN
Kursus ini terbuka kepada semua individu yang berumur 18 tahun dan ke atas, sama ada penternak sedia ada, bakal penternak mahupun individu yang berminat untuk menceburi bidang penternakan.
⚠️ Penyertaan adalah TERHAD kepada 20 orang peserta sahaja bagi setiap kursus. Penyertaan akan diproses berdasarkan konsep “first come, first served”.
Kursus ini merupakan satu platform bagi meningkatkan pengetahuan dan kefahaman peserta mengenai amalan penternakan yang baik, pengurusan ternakan yang berkesan serta penyediaan makanan ternakan secara sistematik, selaras dengan usaha memperkasakan industri penternakan di Wilayah Persekutuan Labuan.
📲 DAFTAR SEKARANG!
Imbas Kod QR yang tertera pada poster ini untuk membuat pendaftaran.
‼️PENDAFTARAN ADALAH PERCUMA‼️
Jangan lepaskan peluang untuk menambah ilmu dan kemahiran dalam bidang penternakan! 🐔🐐🌱
Selamat Mendaftar!