Klinik Haiwan Mhi Tanah Merah

Call Directions Website Contact the business

Klinik Haiwan Mhi Tanah Merah MHS SUPREMACY ENTERPRISE

(KT0596345-A)

29/10/2026

💛 TERIMA KASIH, TANAH MERAH! 🐾

Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang telah memberikan sokongan kepada Pet Health Tour MHIAMC – Tanah Merah.

Terima kasih atas kepercayaan, sambutan dan sokongan anda dalam menjayakan usaha kami untuk meningkatkan kesedaran tentang kesihatan haiwan kesayangan. 🐶🐱

Bersama-sama kita membina komuniti yang lebih prihatin terhadap kesihatan dan kebajikan haiwan.

MHIAMC — Caring Beyond Treatment. 💛

‼️🚨 KENYATAAN RASMI MHI ANIMAL MEDICAL CENTREPihak pengurusan MHI Animal Medical Centre ingin memaklumkan bahawa satu ha...
29/10/2026

‼️🚨 KENYATAAN RASMI MHI ANIMAL MEDICAL CENTRE

Pihak pengurusan MHI Animal Medical Centre ingin memaklumkan bahawa satu hantaran di platform Threads oleh akaun yang memohon sumbangan orang ramai bagi kos rawatan seekor kucing telah menggunakan nama dan maklumat klinik kami serta memaparkan dokumen quotation yang tidak dikeluarkan atau disahkan oleh pihak kami.

Sehubungan itu, pihak klinik telah membuat laporan polis bagi merekodkan kejadian ini dan melindungi nama baik serta reputasi syarikat.

Kami menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang pembayaran atau sumbangan berdasarkan dokumen berkenaan tanpa pengesahan rasmi daripada pihak klinik. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi MHI Animal Medical Centre melalui saluran rasmi kami.

Pihak pengurusan memandang serius perkara ini dan akan mengambil tindakan sewajarnya bagi melindungi kepentingan klinik serta mengelakkan kekeliruan dalam kalangan orang ramai.

Kami menghargai keprihatinan dan kerjasama semua pihak dalam memastikan perkara ini tidak menimbulkan salah faham.

Terima kasih atas kepercayaan anda terhadap MHI Animal Medical Centre.

​​nimalMedicalCentre

29/10/2026

🚨 WARGA TANAH MERAH! 🐱🐶❤️

HARI NI ADA VAKSIN PERCUMA UNTUK SI BULUS & SI MANJA KORANG! 🐾💉

Jom singgah ke program MHI Pet Health Tour di KHSMHI Tanah Merah! 🎉

Bawa haiwan kesayangan korang datang hari ni. Jangan lepaskan peluang ni tau! 😍

📍 KHSMHI Tanah Merah
📅 HARI INI SAHAJA!

29/10/2026

🐾🎉 MHI PET HEALTH TOUR TANAH MERAH DAH BERMULA!

TERHAD HARI INI SAHAJA

📣 Perhatian warga Tanah Merah! Jom datang beramai-ramai ke KHSMHI Tanah Merah dan rebut peluang untuk mendapatkan VAKSIN PERCUMA bagi haiwan kesayangan anda! 🐱🐶❤️

Bawa si bulus dan si manja anda untuk menyertai program kami sambil mendapatkan maklumat tentang penjagaan kesihatan haiwan.

Jangan lepaskan peluang ini! Ajak keluarga dan rakan-rakan yang mempunyai haiwan kesayangan untuk datang bersama. 🐾

📍 Lokasi: KHSMHI Tanah Merah
🎉 Program sedang berlangsung — jom datang sekarang!

Jumpa anda di sana! ❤️

27/10/2026

🐾💛 MHI PET HEALTH TOUR 2026 | 700 VIAL VAKSIN PERCUMA!

Sempena ulang tahun ke-7 MHI, kami bawakan berita baik buat semua pemilik kucing! 🎉

Sebagai tanda penghargaan kepada komuniti pencinta haiwan, MHI Animal Medical Centre membawakan program vaksin percuma dengan tawaran sebanyak 700 vial vaksin untuk kucing yang memenuhi syarat kempen.

📅 Jadual Program
📍 Jelawat (HQ) — 23 Oktober 2026
📍 Besut — 26 Oktober 2026
📍 Tanah Merah — 29 Oktober 2026

🐱 Mengapa anda perlu mendaftar?
✅ Peluang mendapatkan vaksin percuma untuk si bulus kesayangan.
✅ Pemeriksaan oleh doktor veterinar bagi menentukan kelayakan vaksinasi.
✅ Slot terhad mengikut kapasiti program.

📝 Pendaftaran kini dibuka!
Jangan lepaskan peluang ini untuk memberikan perlindungan kesihatan kepada kucing anda.

🔗 Daftar sekarang: https://forms.gle/U65ywmi4vqowS41KA

📌 Pemberian vaksin percuma tertakluk kepada pemeriksaan doktor veterinar, kelayakan kucing dan terma kempen.

💛 MHI — 7 Tahun Bersama, Terus Prihatin Terhadap Kesihatan Si Bulus!

🚨 LUKA DADA / MASTITIS PECAH: BENGKAK KELENJAR SUSU YANG BOLEH MEMBAWA MAUT!Si comel ini dibawa ke klinik dengan keceder...
19/10/2026

🚨 LUKA DADA / MASTITIS PECAH: BENGKAK KELENJAR SUSU YANG BOLEH MEMBAWA MAUT!

Si comel ini dibawa ke klinik dengan kecederaan parah di bahagian bawah dada. Dari luar nampak gumpalan tisu mati, tetapi selepas bulu di-shave bersih, baru nampak kawasan luka sebenar yang sangat luas dan mendalam! 😱

Luka di bahagian ini sering berpunca daripada mastitis (jangkitan/keradangan kelenjar susu yang terbiar hingga bernanah dan pecah) atau luka trauma/pergaduhan yang dijangkiti kuman.

—

⚠️ BAHAYA MASTITIS & LUKA DADA TERBIAR:

* Kerosakan Tisu Luas (Tissue Necrosis): Jangkitan bakteria membunuh jaringan kulit dan daging di sekitar kelenjar susu dengan cepat.
* Risiko Sepsis (Jangkitan Bloodstream): Kelenjar susu kaya dengan salur darah—kuman mudah meresap terus ke dalam saluran darah dan boleh meragut nyawa.
* Sukar Sembuh Sendiri: Tanpa pembersihan veterinar (debridement) dan jahitan yang rapi, luka tidak akan dapat bertaut semula.

💡 PESANAN: Jika kucing anda (terutamanya yang sedang menyusukan anak) mengalami bengkak, kemerahan, atau luka di bahagian puting/dada, segera dapatkan pemeriksaan veterinar sebelum ia pecah dan melarat!

Sama-sama kita doakan si comel ini cepat sembuh dan kembali sihat! 🐾❤️

—

KesihatanKucing InfoVeterinar KucingTanahMerah CatCareMalaysia RawatanKucing EmergencyVetCare

🚨 BENJOLAN KEPALA: INGAT BENGKAK BIASA, RUPANYA KANTONG NANAH!Si comel ini dibawa ke klinik dengan benjolan besar di bah...
17/10/2026

🚨 BENJOLAN KEPALA: INGAT BENGKAK BIASA, RUPANYA KANTONG NANAH!

Si comel ini dibawa ke klinik dengan benjolan besar di bahagian atas kepala—dipercayai kesan luka cakaran lama semasa bergaduh yang telah tertutup dan menjadi bernanah (abscess). 😱

Kuping kering di atas kepala rupanya menyembunyikan jangkitan terperangkap di bawah kulit. Apabila pembedahan dilakukan, rongga di dalam kepala kelihatan agak luas dan dipenuhi darah beku, ketulan tisu rosak, serta lelehan nanah pekat.

⚠️ BAHAYA LUKA CAKARAN TERBIAR:

Jangkitan Terperangkap: Cakaran kucing membawa bakteria. Apabila kulit luar sembuh dan tertutup, bakteria di dalam membiak hingga membentuk kantung nanah (abscess).

Risiko Sepsis (Jangkitan Bloodstream): Nanah yang terlalu lama terperangkap boleh merebak ke tisu sekeliling atau saluran darah.

Kesakitan Melampau: Tekanan daripada nanah menyebabkan kepala rasa berdenyut dan kucing hilang selera makan.

💡 PESANAN: Jika kucing anda ada kesan bergaduh atau cakar—walaupun luka nampak kecil atau sudah mengering—terus dapatkan rawatan awal sebelum ia membengkak dan melarat!
Sama-sama kita doakan si bulus ini cepat sembuh dan kembali aktif! 🐾❤️

Address

Klinik Haiwan Dan Surgeri MHI, Lot 2&3 Hadapan Padang Majlis Daerah Tanah Merah, Sebelah Stesen Keretapi, Jalan Pasir Mas
Tanah Merah
17500

Opening Hours

Monday 10:00 - 18:00
Tuesday 10:00 - 18:00
Wednesday 10:00 - 18:00
Thursday 10:00 - 18:00
Friday 10:00 - 18:00
Saturday 10:00 - 18:00
Sunday 10:00 - 18:00

Telephone

+601119884778

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Haiwan Mhi Tanah Merah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Klinik Haiwan Mhi Tanah Merah:

Shortcuts

Share

Category

Nearby pet stores & pet services