Zoo Taiping & Night Safari

Zoo Taiping & Night Safari Zoo Taiping & Night Safari is a zoological park located at Taiping, Perak, Malaysia. Established in 1961, Zoo Taiping is the oldest Zoo in Malaysia.

and also the pioneer of Night Safari in the country. Zoo Taiping has over 1,300 animals in over 36 acres.

LAWATAN PENDIDIKAN SK TUAN SYED JAN AL -JAFFRI SUNGAI PETANISeramai 88 orang pelajar dari SK Tuan Syed Jan Al- Jaffri, S...
06/05/2026

LAWATAN PENDIDIKAN SK TUAN SYED JAN AL -JAFFRI SUNGAI PETANI

Seramai 88 orang pelajar dari SK Tuan Syed Jan Al- Jaffri, Sungai Petani, Kedah telah mengikuti Pakej Pendidikan Zoo Taiping & Night Safari – Pakej B (Edu-Fun & Learn 1 ). Melalui sesi interaktif bersama renjer Zoo Taiping, para pelajar berpeluang mengenali haiwan dengan lebih dekat sambil mempelajari asas konservasi dalam suasana yang menyeronokkan.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai pakej-pakej pendidikan di Zoo Taiping, sila hubungi:
πŸ“ž 05-8086577 / 05-8041045 (Pejabat Zoo Taiping)
πŸ“§ [email protected]

LAWATAN PENDIDIKAN SK ISLAM AD -DINIAH SUNGAI BAKAPSeramai 44 orang pelajar dari SK Islam Ad- Diniah Sungai Bakai, Penan...
06/05/2026

LAWATAN PENDIDIKAN SK ISLAM AD -DINIAH SUNGAI BAKAP

Seramai 44 orang pelajar dari SK Islam Ad- Diniah Sungai Bakai, Penang telah mengikuti Pakej Pendidikan Zoo Taiping & Night Safari – Pakej A (Edu-Fun). Melalui sesi interaktif bersama renjer Zoo Taiping, para pelajar berpeluang mengenali haiwan dengan lebih dekat sambil mempelajari asas konservasi dalam suasana yang menyeronokkan.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai pakej-pakej pendidikan di Zoo Taiping, sila hubungi:
πŸ“ž 05-8086577 / 05-8041045 (Pejabat Zoo Taiping)
πŸ“§ [email protected]

06/05/2026

Ungka tangan hitam (Hylobates agilis) di zoo sentiasa lincah dan aktif, berayun dari satu tempat ke tempat lain dengan pergerakan yang pantas.

Gelagatnya yang bertenaga serta bunyi yang dihasilkannya sering menarik perhatian pelawat menjadikannya antara haiwan yang paling digemari di kawasan pameran.

Selain itu, spesies ini juga terkenal dengan sifat setia kepada pasangan serta peranannya dalam membantu penyebaran biji benih di habitat semula jadi.

02/05/2026
02/05/2026

Sorotan video Sambutan Ulang Tahun ke-65 Zoo Taiping & Night Safari (1961–2026)

LAWATAN PENDIDIKAN PAKEJ EDU- FUN SK SERI MUTIARASeramai 41 orang pelajar pendidikan khas dari Sk Seri Mutiara Ipoh Pera...
30/04/2026

LAWATAN PENDIDIKAN PAKEJ EDU- FUN SK SERI MUTIARA

Seramai 41 orang pelajar pendidikan khas dari Sk Seri Mutiara Ipoh Perak telah mengikuti Pakej Pendidikan Zoo Taiping & Night Safari – Pakej B (Edu-Fun & Learn 1 ). Melalui sesi interaktif bersama renjer Zoo Taiping, para pelajar berpeluang mengenali haiwan dengan lebih dekat sambil mempelajari asas konservasi dalam suasana yang menyeronokkan.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai pakej-pakej pendidikan di Zoo Taiping, sila hubungi:
πŸ“ž 05-8086577 / 05-8041045 (Pejabat Zoo Taiping)
πŸ“§ [email protected]

LAWATAN PENDIDIKAN BERSAMA RENJER ZOO SK PADANG MANDOL TUMPAT KELANTANSeramai 44 orang pelajar dari  Sk Padang Mandol Tu...
30/04/2026

LAWATAN PENDIDIKAN BERSAMA RENJER ZOO SK PADANG MANDOL TUMPAT KELANTAN

Seramai 44 orang pelajar dari Sk Padang Mandol Tumpat, Kelantan telah mengikuti lawatan Pakej Pendidikan Zoo Taiping & Night Safari - Pakej E (Lawatan Bersama Renjer Zoo).

Melalui sesi interaktif bersama renjer Zoo Taiping, para pelajar berpeluang mengenali haiwan dengan lebih dekat sambil mempelajari asas konservasi dalam suasana yang menyeronokkan.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai pakej-pakej pendidikan di Zoo Taiping, sila hubungi:
πŸ“ž 05-8086577 / 05-8041045 (Pejabat Zoo Taiping)
πŸ“§ [email protected]

26/04/2026
SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-65 -ZOO TAIPING & NIGHT SAFARI (1961-2026)25 April 2026 – YB Tuan Wong Kah Woh, Timbalan Menteri...
26/04/2026

SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-65 -ZOO TAIPING & NIGHT SAFARI (1961-2026)

25 April 2026 – YB Tuan Wong Kah Woh, Timbalan Menteri Pendidikan merangkap Ahli Parlimen Taiping telah merasmikan Sambutan Ulang Tahun ke-65 Zoo Taiping & Night Safari (ZTNS) yang berlangsung di Pavilion ZTNS.

Mengangkat tema β€œKhazanah Alam, Destinasi Keluarga”, sambutan ini menzahirkan komitmen berterusan ZTNS dalam usaha pemuliharaan hidupan liar di samping memperkukuh peranannya sebagai destinasi rekreasi dan pendidikan kepada masyarakat.

Program sambutan dimulakan seawal jam 9.00 pagi dengan acara Jejak Kembara Renjer ZTNS, diikuti Bual Bicara Petugas pada jam 11.00 pagi yang menampilkan perkongsian sejarah serta pengalaman warga kerja ZTNS. Pada jam 2.00 petang, Pertandingan Mewarna turut diadakan dan mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan kanak-kanak serta keluarga.

Sepanjang hari, pengunjung turut disajikan dengan pelbagai aktiviti termasuk pameran, jualan serta aktiviti pengayaan haiwan yang memberi pendedahan berkaitan penjagaan dan kebajikan hidupan liar di ZTNS.

Acara kemuncak sambutan ialah Larian Santai Ulang Tahun ke-65 ZTNS sejauh 2.5 kilometer yang berlangsung pada jam 8.00 malam melibatkan seramai 1,000 peserta dalam suasana unik di dalam kawasan zoo pada waktu malam.

Majlis perasmian pada jam 10.00 malam turut menyaksikan penyampaian sijil penghargaan kepada penaja Program Anak Angkat ZTNS. Yayasan Kossan menaja RM10,000 bagi seekor beruang matahari, Yayasan Pemuliharaan Hijau Kelapa Sawit Malaysia (MPOGCF) menaja RM10,000 bagi seekor orang utan Borneo, manakala Syarikat iSearch menaja RM8,000 bagi harimau belang.

Dalam majlis sama, seramai 27 Sukarelawan Renjer ZTNS turut diraikan sempena pelantikan mereka bagi menyokong pelaksanaan pakej pendidikan zoo.

Dalam ucapannya, YB Wong turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM150,000 bagi projek naik taraf Pavilion ZTNS sebagai usaha meningkatkan kemudahan serta keselesaan pengunjung.

Turut hadir, Y.A.Bhg. Orang Kaya Menteri Paduka Tuan, Dato’ Haji Wan Mohd Isa bin Dato’ Haji Wan Mohd Razali, Orang Besar Jajahan Larut Matang & Selama; YB Encik Ong Seng Guan, Ahli Dewan Undangan Negeri Pokok Assam; YBrs. Tuan Mohamed Akmal bin Dahlan, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping; YBrs. Clr Encik Mohd Effendy bin Dato’ Mohamad Zailani dan YBrs. Tuan Dr. Muhamad Ridhwan bin Affendi, Pengarah Zoo Taiping & Night Safari.

Zoo Taiping & Night Safari yang dahulunya dikenali sebagai Taman Mergastua Sultan Idris Shah telah ditubuhkan pada tahun 1961 dan dirasmikan pada tahun 1964. Pada tahun 2003, zoo ini dijenamakan semula selaras dengan pengenalan Night Safari yang membolehkan pengunjung menikmati pengalaman melihat hidupan liar pada waktu malam.

Kini, ZTNS yang berkeluasan 36 ekar menempatkan kira-kira 1,300 ekor haiwan daripada 120 spesies, dengan laluan sepanjang 2.5 kilometer merangkumi Lingkaran Barat dan Lingkaran Timur, sekali gus menjadikannya antara zoo awam tertua dan paling ikonik di Malaysia serta kekal sebagai khazanah alam bernilai dan destinasi pilihan keluarga dari dalam dan luar negara.

23/04/2026

Zoo Taiping & Night Safari bakal menyambut ulang tahun ke-65 dengan pelbagai program menarik untuk semua lapisan masyarakat, dan orang ramai dijemput untuk bersama-sama memeriahkan sambutan bersejarah ini pada 25 April 2026 (Sabtu).

Malam sambutan ulang tahun ke-65 Zoo Taiping & Night Safari akan lebih hidup dengan kehadiran Kopiro, maskot pelancongan...
22/04/2026

Malam sambutan ulang tahun ke-65 Zoo Taiping & Night Safari akan lebih hidup dengan kehadiran Kopiro, maskot pelancongan Negeri Perak yang sinonim dengan identiti negeri.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan penampilan Kopiro pada 25 April 2026, pukul 8.00 malam dan 10.00 malam di Pavilion Zoo Taiping & Night Safari.

Suasana malam yang unik ini pasti memberi pengalaman berbeza kepada pengunjung yang ingin menikmati sambutan dalam suasana santai dan menghiburkan.

Jom sertai Bual Bicara Petugas Zoo sempena sambutan ulang tahun ke-65 Zoo Taiping & Night Safari:πŸ“… 25 April 2026 (Sabtu)...
21/04/2026

Jom sertai Bual Bicara Petugas Zoo sempena sambutan ulang tahun ke-65 Zoo Taiping & Night Safari:
πŸ“… 25 April 2026 (Sabtu)
πŸ•š 11.00 pagi
πŸ“ Pavilion Zoo Taiping & Night Safari

Dengar sendiri cerita dan pengalaman petugas zoo berkongsi sejarah 65 tahun ZTNS.

🎁 Mug Eksklusif untuk 100 peserta berdaftar terawal
πŸ‘¨β€πŸ‘©β€πŸ‘§β€πŸ‘¦ Terbuka kepada umum

Daftar sekarang:
πŸ”— https://forms.gle/8X38JbA9tgSAgTkc6

Jumpa anda di sana.

Address

Jalan Taman Tasik Taiping
Taiping
34000

Opening Hours

Monday 08:30 - 18:00
20:00 - 23:00
Tuesday 08:30 - 18:00
20:00 - 23:00
Wednesday 08:30 - 18:00
20:00 - 23:00
Thursday 08:30 - 18:00
20:00 - 23:00
Friday 08:30 - 18:00
20:00 - 23:00
Saturday 08:30 - 18:00
20:00 - 23:00
Sunday 08:30 - 18:00
20:00 - 23:00

Telephone

+6058086577

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Zoo Taiping & Night Safari posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Zoo Taiping & Night Safari:

Share