Raintown Rabbitry

Raintown Rabbitry Menjual arnab Teddybear,Holland Lop, Netherland Dwarf, NewZealandWhite, Minirex,Mix dan pelbagai lagi

Kalau beli paper harian metro hari ni, mesti tak rugi.. sebab dalam segmen kubela, tuan arnab ada masuk.. jadi cepat-cep...
11/12/2024

Kalau beli paper harian metro hari ni, mesti tak rugi.. sebab dalam segmen kubela, tuan arnab ada masuk.. jadi cepat-cepat la sambar kalau ada kedai yang jual, ada jugak ilmu tentang bela arnab yang dia share..

paling special, kalau nak tengok muka owner arnab ni kena la beli paper Harian Metro.. exclusive hari ni 🤭

Alhamdulillah.. menjadi jugak Netherland Dwarf kali ni setelah berbulan mencuba.. baru kali ni hasil yang boleh dibangga...
24/11/2024

Alhamdulillah.. menjadi jugak Netherland Dwarf kali ni setelah berbulan mencuba.. baru kali ni hasil yang boleh dibanggakan..

petQ sahaja, jangan la mintak yang macam showQ.. kita bela seronok2 saja, tak target pertandingan pon.. tapi kalau nk yang spec bertanding, kita ada kenalan.. jemput menjamu mata..

Jom kita kenali sikit tentang jenis arnab. Rajinkan membaca ye.Teddybear - arnab jenis berbulu kembang yang comel gebu. ...
24/09/2024

Jom kita kenali sikit tentang jenis arnab. Rajinkan membaca ye.

Teddybear - arnab jenis berbulu kembang yang comel gebu. Purata beranak biasanya 3-6 ekor. Jangan terkeliru pulak antara arnab kacuk teddybear dan teddybear tulin. Hanya penternak yang berpengalaman yang boleh kenal teddybear pure.

Minirex - arnab berbulu baldu, bulu sangat halus dan lembut macam karpet. Kalau dalam dunia kucing, arnab ni boleh diibarat macam kucing british short hair.

Holland Lop - arnab yang paling jinak dan manja. Arnab ni antara arnab yang mempunyai iq tinggi sebab tu harganya boleh mencapai ribuan ringgit dan arnab ni jugak antara arnab yang susah biak.

Dan itulah antara sebabnya kenapa arnab berharga lain-lain. Tak boleh pukul rata semua harga arnab dan jangan anggap arnab ni binatang yang untuk dimakan semata-mata. Dia ada nilai yang tersendiri jugak dan kualiti yang tersendiri yang boleh menyebabkan dia dimasukkan ke pertandingan arnab antarabangsa. Antarabangsa ye, bukan biasa-biasa kalau kita tengok pertandingan kucing, bermacam-macam jenis kucing cantik kita boleh tengok kan. Macam tu jugak la arnab dan haiwan-haiwan lain.

HLxND 🐰Holland Lop & Netherland Dwarf(telinga jatuh & telinga pendek)Warna snowy white atau pon frosty. Warna ni selalu ...
14/08/2024

HLxND 🐰

Holland Lop & Netherland Dwarf
(telinga jatuh & telinga pendek)

Warna snowy white atau pon frosty. Warna ni selalu jadi warna kegemaran ramai sebab warna yang putih bersih cantik dan comel.. memang kena la dengan arnab jenis hiasan yang comel ni. ni bukan arnab pedaging ok 👌🏼

Stock tak banyak, tapi ada la macam-macam jugak jenis arnab.. pilih yang mana berkenan harga boleh pm kita 012-599 8189 ...
18/07/2024

Stock tak banyak, tapi ada la macam-macam jugak jenis arnab.. pilih yang mana berkenan harga boleh pm kita 012-599 8189 . Jauh kita boleh pos jugak.


Simpan sini buat kenangan sebab antara yang sayang ni ada yang nak kena jual.. jadi letak la sini buat tatapan.Yang ada ...
12/05/2024

Simpan sini buat kenangan sebab antara yang sayang ni ada yang nak kena jual.. jadi letak la sini buat tatapan.

Yang ada tulisan kat gambar tu yang nak kena jual, yang tak ada tulisan tu nak simpan buat induk.

Ramai dah pelanggan menunggu batch kali ni.. cepat-cepat la datang booking.. kali ni Netherland Dwarf menjadi dan ada si...
14/03/2024

Ramai dah pelanggan menunggu batch kali ni.. cepat-cepat la datang booking.. kali ni Netherland Dwarf menjadi dan ada sikit Holland Lop.. tak lupa jugak sikit Teddybear untuk menjadi tatapan mata..

14/02/2024

Sempena Raya Cina tahun 2024 ni Raintown Rabbitry ada buat special fenomena sikit. Kali ni kami bawa kan sekandang arnab untuk menjadi tatapan pengunjung.

Kini pada setiap hari minggu Raintown Rabbitry akan berada di Dataran Warisan Taiping bersama dengan Carboot Sale dan Bazaar Cross Street Taiping.

Kepada sesiapa yang tak ada kesempatan, tak ada masa, tak ada tempat nak bela arnab, kami bagi peluang untuk anda bersuka ria bersama arnab-arnab yang comel dan mengambil pengalaman membela arnab selama 15minit sambil bergambar, pegang, belai, bagi makan dan peluk arnab sepuas hati anda. Mari beramai ramai kita meriahkan Ladang Arnab Mini ni untuk pengalaman berharga anda.

Berikut ada koleksi Holland Lop yang cantik dan comel bulan ni. Tapi maaf ya, ni semua yang dah dijual. Saja simpan sini...
28/01/2024

Berikut ada koleksi Holland Lop yang cantik dan comel bulan ni. Tapi maaf ya, ni semua yang dah dijual. Saja simpan sini buat kenangan sebab kali ni menjadi memang cantik warna. Cuma tu lah, bahagian yang sedih nya pengeluar warna yang cantik² ni si bapa Holland Lop tu, gambar last sekali.. dia dah pergi dah tak ada lagi pengganti nya 😭.

Simpan sini lah sebagai kenangan. Pon ada kami sertakan sikit gambar² pelanggan yang seronok dapat Holland Lop masing².

Rutin biasa, kerja kita. Bermacam macam jenis baka arnab kita jual. Jauh kita pos. Lokasi Kamunting,Perak. Waze/Google m...
31/12/2023

Rutin biasa, kerja kita. Bermacam macam jenis baka arnab kita jual. Jauh kita pos. Lokasi Kamunting,Perak. Waze/Google maps Raintown Rabbitary.
0️⃣1️⃣2️⃣5️⃣9️⃣9️⃣8️⃣1️⃣8️⃣9️⃣

Alhamdulillah kali ni jadi banyak warna kegemaran peminat. Holland Lop berwarna frosty kali ni betul2 menjadi. Kepada pe...
21/12/2023

Alhamdulillah kali ni jadi banyak warna kegemaran peminat. Holland Lop berwarna frosty kali ni betul2 menjadi. Kepada peminat Holland Lop yang dari 2-3 bulan lepas yang bertanya dan tunggu dah boleh start booking ni .. jangan tunggu lama2, siapa cepat dia dapat.

06/12/2023

Alhamdulillah, terima kasih kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting kerana sekali lagi telah menjemput Raintown Rabbitry ke Hari Usahawan tahun 2023. Pelbagai gerai jualan yang sangat meriah diadakan pada hari ni.

Dengan ini kami membuka sebuah "petting zoo" fokusnya kepada arnab untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar dan juga para tetamu untuk bermain serta mengenali pelbagai jenis arnab yang cute miut, rare dan gebu gebas.

Tengok lah betapa gembiranya para pelajar bila dapat bermain dengan rabbit comel molek ni 😊.. harap tahun depan kita jumpa lagi yee 🤭

Address

Kampung Pinang, Kamunting
Taiping
34000

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:30
Tuesday 09:00 - 18:30
Wednesday 09:00 - 18:30
Thursday 09:00 - 18:30
Friday 09:00 - 18:30
Saturday 09:00 - 18:30
Sunday 09:00 - 18:30

Telephone

+60125998189

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Raintown Rabbitry posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share