02/03/2021
REZEKI
Allah dah tentukan setiap orang ada rezeki masing2, tapi kita kena USAHA laa untuk dapatkan rezeki tu.... kalau asyik angan2 ja besar tapi keja x jalan, memang susah la nak dapat seperti yg kita inginkan...
Kadang2 ada orang mengeluh,
"aku buat macam dia buat, tapi sebab apa rezeki aku x macam dia dapat, Allah tu x adil ka?"
bila fikir macam tu, mula la x puas hati macam2, mula la nak berhasad dengki dengan orang yg berjaya.... mula la cari kelemahan orang...
Kamon gaissss, Allah sentiasa bersifat ADIL.... rezeki x semestinya dengan wang ringgit.... rezeki tu terlalu luas utk diungkapkan, rezeki yg Allah bagi tu kan salah satu bentuk NIKMAT....
mungkin kita x dapat gaji semewah yg orang lain dapat, tapi kita dapat keluarga bahagia yg mungkin x smua orang dapat....
ada orang duit banyak, harta benda banyak, tapi hidup bercerai berai, x bahagia...
ada orang pendapatan x seberapa, tapi keluarga bahagia, anak ramai, smua berjaya masuk universiti pulak tu...
bukankah hidup bahagia itu dikira REZEKI jugak?? Banyak lagi contoh.... KESIHATAN TUBUH BADAN pun antara rezeki dan nikmat terbesar yg Allah bagi kat kita, nak tau nikmat ka tidak, tunggu la masa sakit, masa tu baru kita tau betapa nikmatnya kalau kita dapat kesihatan tubuh badan....
Banyak lagi REZEKI dan NIKMAT yang Allah bagi kat kita, cuma kita laaa kena pandang dengan mata hati.... x semestinya sama macam orang lain dapat..... Sekiranya kita pandang segala pemberian Allah kepada kita dengan mata hati, mesti kita akan sentiasa berSYUKUR...
bukankah Allah dah sebut dalam AL-QURAN :
وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
“Dan (ingatlah juga), tatkala Rabbmu memaklumkan; “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih. "
(IBRAHIM: 7)
atau erti kata lain, KALAU KITA BERSYUKUR, ALLAH AKAN TAMBAH LAGI NIKMAT DAN REZEKI YG LEBIH BANYAK DARI SEBELUM NI.... (bukan saya yg kata, Allah sendiri yg kata dalam qur'an ☺️)
Jangan dengki kepada orang yg berjaya, tapi jadikan mereka sbagai inspirasi utk kita berjaya... Bersyukurlah dengan apa yang kita dapat.....
:: SYAKIRIN BETTA ::