12/06/2022
PETUA RAWATAN TRADISIONAL UNTUK TERNAKAN.. SEMOGA BERMANFAAT UNTUK KITA SEMUA👍👍
MASALAH KUTU
a. GARAM ½ kg & air setengah baldi. Campurkan hingga larut. Campuran ini digunakan sebagai bahan mandi ATAU
b. DAUN BETIK. Beberapa helai daun betik yanh muda diambil dan digunakan untuk menggosok ke bahagian badan ternakan yang dijangki kutu ATAU
c. ABU. Ambil abu kayu api dan gosokkan pada badan ternakan (lembu). Nescaya kutu-kutu yang ada akan mabuk & jatuh ke tanah. Kutu-kutu ini boleh dibakar kemudian atau direndam dalam minyak tanah.
d. Sembur dengan Magic spray, Kuasatek spray, Taktic, Malathion, air tembakau
KECACINGAN
a. MINYAK MARGOSA. 150 ml (½ botol) diberi kepada anak lembu berumur 6 bulan hingga 1 tahun ATAU
b. KICAP. Sebanyak 350 ml kicap diberi minum kepada lembu/kerbau ATAU
c. BUAH PERIA. 2 biji buah peria diberi makan kepada tiap-tiap seekor lembu yang kurus kerana cacing ATAU
d. PUCUK BETIK. Pucuk betik beberapa kali digunakan bagi mengubati/menghapuskan cacing.
URI MELEKAT
BATU. Menggantungkan batu @ benda-benda yang berat dihujung bahagian uri yang telah keluar
DAUN BULUH MUDA. 300 – 600 gm daun ini ditumbuk hingga hancur kemudian dicampur dengan air diberi minum.
KULIT BUAH NENAS. 1 kati (600 gm) @ lebih kulit nenas diberi makan kepada lembu/kerbau. Perlu diberi setiap hari selama 2-3 hari.
AIR ASAM JAWA
beri minum pada ibu ternakan tersebut
TERMAKAN RACUN
a. ½ kg ASAM JAWA dicampurkan dengan 1 liter air selepas diramas asam jawa, buang isi dan bijinya dan tapis. Campur 250 gm garam sebelum diberi minum ATAU
b. 6 auns MINYAK MASAK @ minyak Jarak diberi minum ATAU
c. AIR KELAPA (10 biji) yang muda diberi minum. Ini diikuti dengan kerap kali memberi minum 20 biji telur (bahagian putih sahaja).
d.air tanah
e.garam kasar
KEMBUNG
a. HALIA. Ambil ½ kg halia, buang kulit, kemudian diparut atau ditumbuk. Airnya diambil & diberi minum. Dalam keadaan biasa sekali pemberian adalah mencukupi. Jika tidak sembuh dan diberi minum.
b. ASAM JAWA. Ambil asam jawa dan campurkan dengan air, diperah dan airnya diambil & diberi minum.
c. INGU. 50gm ingu diambil & ditumbuk hingga halus, kemudian dicampurkan dengan air campuran ini diberi kepada ternakan yang terlibat ATAU
d. MINYAK KELAPA. Minyak kelapa @ sebarang minyak masak boleh digunakan untuk melawan kembong. Satu botol minyak (500 ml) diberi minum ATAU
e. OMATHANI. Air ubat India ini diberi sebanyak 6 auns dua kali sehari.
f. Eno
g. Soda bikarbonat campur air bagi minum
CIRIT BIRIT
a. BUAH PINANG. 5 biji buah pinang muda yang dikupas kulitnya dicampurkan dengan gambir. Kedua-dua bahan dicampurkan dan ditumbuk. Diberi makan @ minum kepada lembu yang sakit. Buat sekali sehari selama 3 hari ATAU
b. DAUN JAMBU BATU. 20 helai daun ini dipetik dari pokok ditumbuk @ digiling hinga lumat/hancur. Kemudian campur dengan 4-6 auns susu lembu yang mentah dan diberi 2 kali sehari selama 2-3 hari ATAU
c. BUAH CIKU. 5 biji buah ciku yang masih muda diambil & diparut/ ditumbuk hingga lumat/hancur. Kemudian diberi minum sekali sehari selama 2-3 hari ATAU
d. BUAH LIMAU. Perah 3 biji limau nipis & campur air limau dengan 4-6 auns susu lembu yang mentah & diberi 2 kali tiap-tiap hari ATAU
e. DADIH MASAM. 4 auns dadih masam diberi kepada anak.
f. Pil Chi Kit Teck Aun
g. Gandum cair
h. Tea pekat
i. Daun senduduk
Demam
-Air kelapa muda, 300 gm halia dan air badak (1 botol) dicampurkan dan diberi minum untuk mengurangkan panas badan (demam).
-Air cap badak
PATAH TULANG
½ kg kunyit serbok dicampurkan dengan 250 gm garam & putih telur dengan secukupnya supaya menjadikan kream. Keadaan tulang berkenaan diperbetulkan jika perlu & kream disapu sekeliling kawasan tersebut dan diikat dengan buluh supaya tegak & tidak bergerak
KURAP
-600 gm belerang ditumbuk halus & dicampurkan dengan 1 botol minyak tanah & ¼ botol minyak masak. Kemudian digosok kepada kulit yang terlibat pada tiap-tiap hari selama 1-2 minggu
Lengkuas
-Ambil sebuku lengkuas muda bersihkan kemudian tumbuk halus. Setelah itu campurkan dengan asam jawa gaul sehingga sebati. Kemudian sapukan campuran lengkuas muda dan asam jawa itu pada kurap yang dihidapi itu.
Bawang putih @ daun sirih
-Hancurkan dan tampal pada kurap
Kunyit dan kapur sirih
Bahan-bahan :
- Kunyit sebesar ibu jari.
- Kapur Sirih secukupnya.
Cara Pemakaian :
- Kunyit di dihancurkan hingga halus.
- setelah halus campurkan dengan kapur sirih.
- Kemudian sapukan pada kurap.
Tembakau
bahan-bahan :
- Daun Tembakau secukupnya.
Cara Pemakaian :
- Daun ditumbuk halus.
- Kemudian sapukan di kulit yang terkena jangkitan
PURU.
Jangkitan tersebut dipotong & kemudian disapu dengan kapur sirih. Kadangkala, belerang & minyak tanah dicampur & disapukan kepada tempat jangkitan.
Kunyit serbuk 1 pek kecil dicampur dengan air suam,gaul menjadi likat kemudian sapu ditempat yang terkena jangkitan puru.
Lumur minyak bekas goreng ikan
(Copy paste dari sahabat ternak,semoga bermanfaat untuk penternak)