27/01/2022
PHILODENDRON NANGARITENSE
Philodendron Nangaritense ini berasal dari sebuah lembah bernama Rio Nangaritza di Selatan Equador.
Pokok ini mempunyai daun hijau berbentuk jantung. Permukaan atas yang berkilat dan di bawah bewarna 'matte' p**a. Batang pokok ini berbulu sedikit, beza dengan jenis Philodendron lain yang lebih licin.
Cuaca dari tempat asal yng hampir sama dengan cuaca di Malaysia membolehkan pokok ini juga hidup subur di sini.
Selain dari Philodendron lain seperti Mamei, Gloriosum, Sodiroi dan yang lain, ada banyak varieti lagi bagi lengkapkan koleksi jenis ini.
Saiz daun pokok sebegini boleh membesar sehingga 30cm dan menjalar naik dengan sokongan pada batangnya.
Untuk penjagaan pokok ini boleh digunakan campuran media seperti coco chip, arang, perlite, serta pumice stone sama. Jika mahu digunakan pine bark sebagai campuran tambahan juga boleh digunakan sama.
Media tanaman perlu poros, dan tidak menakung air. Di habitat asal ia tumbuh ditepian sungai. Akar pokok ini gemar membalut di sekeliling bahan yang pejal dan Organik.
Arang, ketulan sabut kelapa boleh digunakan sama.
Suhu terbaik adalah di antara 12.75°C – 26°C (55°- 80°F). Ini bagi mereka yang menanam di dalam rumah di negara yang ada 4 musim, di negara ini cuaca Tropika yang sama seperti kita di Malaysia ia membolehkan adaptasi sama seperti di negara asal.
Di habitat asal ia bernaung di bawah pokok lain, dan banyak ditemukan berhampiran dengan sungai sama.
PENCAHAYAAN
Pokok ini lebih s**akan redup dan lindungan. Ia juga s**akan humiditi tinggi lebih dari 60%.
Walau diletak di tempat kurang cahaya, pokok ini boleh hidup dengan subur. Ia memerlukan 70% ke 85% cahaya bertapis, bukan secara langsung pada cahaya matahari.
PENYIRAMAN
Air perlu pada semua tanaman. Termasuk Philodendron Nangaritense ini. Cuma ia s**a kelembapan bukan air yag bertakung. Air bertakung boleh menyebabkan reput akar.
Dalam cuaca yang kering selang sehari siraman memadai, dan sewaktu musim hujan tidak diperlukan penyiraman lagi.
PEMBAJAAN
Gunakan baja yang tinggi kandungan Nitrogen baik untuk pokok ini. Baja Organik juga boleh digunakan seperti Vermicompost, Tinja Haiwan yang sudah dirawat atau gunakan Osmocote pada pokok ini jika ditanam di dalam pasu.
Pembajaan berkala 4 ke 6 minggu sekali, sesuai untuk tanaman ini insyaAllah.