BondaKu

BondaKu khaki Campbell breeder. supplying duck eggs n salted eggs

Ikan oh ikan....kenapa engko timbol!!?Macam mana aku tak timbol...peghot aku lapoorrr!!!🤭🤭🤭🤣🤣🤣
31/07/2024

Ikan oh ikan....kenapa engko timbol!!?

Macam mana aku tak timbol...peghot aku lapoorrr!!!🤭🤭🤭🤣🤣🤣

Berkah Subuh. Semoga hari ini Allah bukakan pintu rezeki seluas²nya untuk kita, sihat dan bahagia dunia akhirat. Aamiin ...
08/06/2024

Berkah Subuh.
Semoga hari ini Allah bukakan pintu rezeki seluas²nya untuk kita, sihat dan bahagia dunia akhirat. Aamiin 🤲

Salam sayyidul ayyam. Sobahul khair🥰
16/05/2024

Salam sayyidul ayyam. Sobahul khair🥰

14/04/2024

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Puasa Sunat Enam Syawal

عَنْ أَبِي أَيُّوبَ الْأَنْصَارِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ

Daripada Abu Ayyub Al-Ansari RA bahawa ia telah menceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa yang berpuasa Ramadan kemudian dia mengiringinya dengan puasa enam hari dari bulan Syawal maka seolah-olah ia berpuasa sepanjang tahun.” (Sahih Muslim No: 1984) Dar Ihya Kutub Arabiyyah. Status: Hadis Sahih

Pengajaran :

1. Kewajipan mukmin melaksanakan ibadat puasa sebulan Ramadan.

2. Orang yang berpuasa penuh sepanjang bulan Ramadan dan diikuti puasa sunat Syawal sebanyak enam hari, seolah-olah dia telah berpuasa selama setahun.

3. Menurut Imam Nawawi: “Ganjarannya seolah-olah puasa sepanjang tahun, kerana satu hasanah (pahala) mendapat 10 gandaan. Jadi puasa Ramadhan sebulan seumpama puasa 10 bulan. Manakala puasa 6 hari seumpama puasa dua bulan”.

4. Puasa sunat enam hari pada bulan Syawal, tidak semestinya dilakukan enam hari berturut-turut. Puasa sunat boleh bermula pada dua, tiga, empat hari raya Aidil Fitri atau bila-bila masa pada bulan Syawal sehingga berakhirnya Syawal.

5. Imam al-Nawawi dalam mensyarahkan hadis ini menaqalkan; Berkata Ashab al-Syafie: “Yang paling afdhal dalam melaksanakan puasa sunat enam hari di dalam bulan Syawal adalah secara berturut-turut yang dimulakan selepas Eid al-Fitri, jika sekiranya tidak berturut-turut, misalnya sehari puasa dua hari tidak, kemudian puasa lagi, asalkan genap enam hari dalam bulan Syawal maka itu juga turut mendapat fadhilat al-Mutaba‘ah (puasa yang mengiringi).”

Marilah dalam kemeriahan kita meraikan hari raya, jangan lupa puasa sunat enam hari Syawal.

Jadilah kita seorang Rabbani (hamba Allah yang selalu beribadah kepada-Nya di setiap waktu dan tempat), dan janganlah kita menjadi seorang Ramadani (orang yang hanya beribadah kepada Allah di bulan Ramadan). Bangunkan Jiwa Taqwa.







14hb April 2024
05hb Syawal 1445H

10/12/2023

Jika kita sudah boleh menjaga solat dengan baik, jangan p**a tuduh orang lain tidak solat.

Jika kita sudah dapat istiqomah ke masjid, jangan p**a menyindir orang yang belum menjejak kaki ke masjid.

Jika kita sudah pun mampu berzakat dan bersedekah selalu, jangan asyik berwasangka orang lain tidak berzakat dan jarang bersedekah.

Jika hari ini kita telah berubah, jangan mengecam dan mengutuk mereka yang belum bertemu jalan p**ang.

Kadang-kadang, sangkaan kita jauh terpesong dari realitinya. Apa yang kita nilai dari luaran, apa yang kita nampak itu bukanlah gambaran sebenarnya.

Ingatlah, apa-apa kebaikan dan juga amalan yang kita kuasai dan mampu istiqomah hari ini, ia bermakna kita berjaya ubah hidup kita untuk hari ini.

Hari esok belum tentu. Sekali ALLAH balikkan hati, terus jadi hina dina diri kita semula.

Mengajak kawan-kawan lain ke arah kebaikan dengan berhemah. Sebab tu rukun utama dalam dakwah ialah hikmah.

Tanpa hikmah, takkan tercapai matlamat dakwah.

Walau apa yang kita sampaikan itu benar, namun tanpa hikmah orang akan makin menjauh, bahkan orang akan membenci.

Tenang-tenang saja sebarkan kebaikan. Dengan penuh adab dan sopan.

Agar yang ditegur tidak terasa hati, agar mereka tidak menjauhi, agar penegur tidak dibenci.

Begitulah.

Berhentilah mengambil alih tugas Tuhan.

- The Tazkirah Iman -

Copy paste. Tq

Bismillahirahmanirrahiim... Allahumma solli ala Sayyidina Muhammad. Alhamdulillah bonda Hjh Kamariah Musa , kekanda2 Hjh...
05/12/2023

Bismillahirahmanirrahiim... Allahumma solli ala Sayyidina Muhammad.

Alhamdulillah bonda Hjh Kamariah Musa , kekanda2 Hjh Rozi Atan , Hjh Aishah Ahmad Abdul Karim dan anakanda Siti Hajar Fadhlon dh selamat sampai Kaherah, Mesir. Sesi pembelajaran telah bermula. Semoga Allah permudahkan segala urusan mereka di sana.

"Ya Allah... Panggil aku untuk sampai ke sana, di dalam majlis ilmu se begini🤲🤲🤲🤲, berkati rezeki kami Ya Allah"

Assalammualaikum wbrt. Sobahul khair. Salam Sayyidul Ayyam.... Allahumma solli ala Sayyidina Muhammad
27/10/2023

Assalammualaikum wbrt. Sobahul khair.
Salam Sayyidul Ayyam....

Allahumma solli ala Sayyidina Muhammad

19/09/2023

#القران #تلاوة #صوت RUQIAH AL SHARIAH KAHF RAHMAN WAQIAH MULK

26/07/2023

Alhamdulillah ramai dah faham dengan perkataan " sombong" . Sangat deep dan big meaning perkataan tu.

Saya pun selalu ingat kan diri jangan sombong. Bila sombong ni, at last kita sebenar nya sombong dgn Allah. Nikmat yg Allah beri, rezeki yg Allah beri, kesihatan yg Allah beri, ujian hidup ni. Kadang kita rasa ujian tu takde kena mengena dgn kita, tapi kita tak sedar Allah sebenarnya sedang menguji diri kita. Allahumma solli ala Sayyidina Muhammad.

Panjang lagi nk kongsi luahan hati ni tapi biar lah saya berdiam diri🤐🤐🤐🤐 Ingat lah ...berdiam diri bukan bermakna kita sombong. Berdiam diri adakala lebih baik demi menjaga nilai silaturahim itu sendiri. Mengurangkn dosa, menambah pahala, mengurangkan buruk sangka.

Kalau ada jugak buruk sangka kita pada orang lain sebab orang tu mendiam diri, well kita kena banyak kan lagi berselawat berzikir, istighfar utk suci kan hati kita dan tenang kan jiwa kita 🥰💝🌹
Wallahualaam!

Allahumma solli ala Sayyidina Muhammad

04/07/2023

Assalammualaikum wrbt.

Allahumma solli ala Sayyidina Muhammad
Waala ali Sayyidina Muhammad

C/P dari sahabat MukaBuku.

CARA MENGHADAPI SIHIR

Orang-orang yang beriman dengan Allah mempunyai banyak kelebihan di dalam menghadapi sihir. Pertamanya mereka mempunyai tempat pergantungan dan tempat berlindung yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa iaitu Allah “Azza Wajalla. Imam Ibnu Qaiyim telah berkata, “Ubat yang paling bermanfaat untuk penyakit sihir ialah Al Adahihiyah Al Ailahiyah (penawar Ketuhanan) iaitu dengan banyak berzikir, membaca Al-Quran dan berdoa.

Seseorang yang beriman itu menganggap bahawa sihir yang menimpanya sebagai satu ujian dari Allah. Sekiranya ia melalui ujian ini dengan cara yang betul sepertimana yang dikehendaki oleh Allah maka Insya Allah bertambahlah imannya. Kaifiat penghadang sihir ini seperti yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. telahpun dijelaskan di dalam tajuk Tibb Nabawi.

Orang-orang yang beriman hendaklah meyakini bahawa kuasa Allah s.w.t. mengatasi segala-galanyabaik yang ada di langit mahupun yang ada di bumi dan bahawa interaksi dengan Ayat-Ayat Allah (Al-Quran) itu sebesar-besar penawar; oleh itu mereka tidak perlu berubat dengan cara-cara yang memudaratkan aqidah seseorang seperti dengan berlindung dengan jin dan syaitan melalui perantaraan bomoh atau dukun dan jin-jin yang tidak beramal dengan petunjuk Allah s.w.t.
Imam As Syafie mengharuskan penggunaan jin (Jin Islam) di dalam perkara melawan sihir sahaja. Manakala Imam Hanafi, Hambali dan Maliki tidak mengharuskannya sama sekali. Oleh yang demikian kita dapati di Nusantara Melayu yang rata-rata bermazhab Syafie ramai sekali kedapatan amalan ini. Akan tetapi perlu diingatkan seperti yang dijelaskan dalam tulisan saya yang lalu, bahawa terdapat banyak bahaya terutama bagi mereka yang jahil apabila meminta pertolongan dengan jin seperti pandangan Syeikhul Islam Ibnu Taymiyah.

Mengenalpasti Secara Mudah dan Pantas
Kebanyakkan pesakit tertanya-tanya samada benarkah mereka menghadapi gangguan jin atau sihir. Justeru itu, tokoh-tokoh perawat Islam menyarankan adalah lebih baik pesakit mendapat pandangan doktor terlebih dahulu untuk memastikan penyakit mereka disebabkan masalah organ dalaman. Seterusnya sekiranya doktor tidak dapat memastikan punca sebenar penyakit, barulah pesakit mendapatkan rawatan dari perawat Islam.

Bagaimanapun pemeriksaan dan analisa oleh pihak doktor dengan cara makmal (ujian darah, scan MRI, scan CT, X-Ray) mengambil masa, dan adakala perlu untuk pesakit mengenalpasti dengan cepat terutama untuk kes seperti penyakit kanser yang agresif. Selain itu, keluarga pesakit takut mendapat malu sekiranya diketahui jiran-jiran bahawa ahli keluarga ditimpa gangguan jin/sihir.

Disini, saya sarankan cara mudah yang dapat dilakukan sendiri oleh pesakit sendiri atau dibantu oleh ahli keluarga pesakit. Pesakit tidak lagi perlu untuk ”menengok” dengan bomoh-bomoh, ataupun di”scan-scan” oleh ”ustaz-ustaz” yang sebenarnya adalah amalan telek. Dosa mendatangi tukang telek mengakibatkan pesakit kehilangan amalan selama 40 hari, manakala hukum mempercayai tukang telek adalah pesakit terkeluar dari agama Islam.

Cara untuk scan diri sama ada jin berada dalam badan kita atau tidak adalah dengan menggunakan ayat-ayat Al-Ruqyah Al-Syar-‘iyyah iaitu jampi-jampi atau mantera yang dibacakan oleh seseorang untuk mengubati penyakit atau menghilangkan gangguan jin atau sihir atau untuk perlindungan dan sebagainya. Dengan hanya menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa yang bersumber dari hadiths-hadiths Rasulullah SAW yang dapat difahami maknanya selama tidak mengandungi unsur kesyirikan.

Rasulullah SAW bersabda, "Setiap penyakit ada ubat penawarnya dan apabila suatu ubat itu sesuai dengan jenis penyakitnya, maka penyakit itu akan sembuh dengan izin Allah." ( HR. Muslim .

Para ulama sepakat membolehkan Ruqyah dengan tiga syarat ;

1. Dengan mempergunakan firman Allah ( ayat-ayat Al-Quran ) atau nama-nama dan sifat-sifat-Nya.

2. Mempergunakan Bahasa Arab atau bahasa yang dapat difahami maknanya.

3. Berkeyakinan bahwa zat Ruqyah tidak berpengaruh apa-apa kecuali atas izin Allah SWT.

Sekurang-kurangnya amalkan set ruqyah asas berikut iaitu:

- Surah AlFatehah

- Ayatul Qursi

- Surah Al Ikhlas

- Surah Al Falak

- Surah An-Nas

- ......Dan tambahan doa / ayat-ayat lain yang diperoleh daripada guru (bukan berguru pada buku).

Antara anda-tanda diri anda dihuni Jin ialah

- Denyutan jantung makin kencang

- Badan begegar

- Ada benda bergerak-gerak bawah kulit

- Mengantuk/menguap

- Batuk

- Gelisah

- panas di tengkuk

Sekian untuk perkongsian kali ini.. mudah-mudahan bermanfaat kepada semua.

Address

Kampung Balun
Slim River

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 12:00
15:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when BondaKu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to BondaKu:

Share

Category