22/06/2022
Tahukah kucing ini mempunyai alahan terhadap coklat?
Malangnya, coklat toksik kepada kucing anda. Apabila kucing makan hanya sedikit sahaja coklat, ini akan menyebabkan ganguan pada usus dan akan menyebabkan kucing anda cirit-birit dan muntah. Jika banyak coklat yang dimakan, simptom akan bertambah teruk dan akan menyebabkan sawan atau koma. Ada kes yang menyebabkan kematian sekiranya kucing makan coklat.
Terdapat beberapa jenis coklat yang lebih membahaya kepada kucing berbanding jenis coklat yang lain. Secara mudahnya adalah, semakin gelap coklat tersebut, semakin bahaya kepada kucing anda. Coklat putih tidak membahayakan kucing anda kerana ia hanya mempunyai sisa bahan yang membuatkan kucing ketoksikan. Coklat susu akan menyebabkan kucing anda sangat sakit sekiranya makan secara banyak. Coklat yang paling bahaya adalah coklat gelap kerana ia mempunyai bahan toksik yang berbahaya kepada kucing sehingga tahap yang pekat dan kuat.
Contoh coklat yang membahayakan kucing anda adalah, serbuk koko tidak manis, coklat masakan dan coklat gelap 60% ke atas.
Kami Catlicious harap anda terus support kami dengan membeli Greens repack 1 kg sahaja.