19/11/2019
🔥FUNGSI GARAM UNTUK AIR BETTA🔥
Garam (Sodium Chloride) yang kita sedia maklum adalah bahan kimia yang paling mudah didapatkan dan sangat murah.
🔥FUNGSI-FUNGSI GARAM🔥
🔰Mengawal Parasit🔰
-Masukkan garam dengan kadar 2% hingga 5% bersama air takungan dan biarkan selama 2 hingga 3 hari dalam keadaan tertutup. Cara ini sangat berkesan dalam mengawal parasit yang akan menyerang tubuh betta.
🔹Contoh Parasit🔹
1. Dactylogyrus
-Akan menyerang dan mengganggu fungsi insang betta.
2. Lernaea
-Serangan lernaea seperti cacing yang menempek ditubuh betta.
3. Argulus
-Menyebabkan ikan merasa gatal-gatal dan akan menggosok badan ke dinding atau dasar bekas.
🔰Mengawal 'Columnaris'🔰
-Columnaris adalah gram-negatif, bakteria aerobik. Ini bermakna bahawa bakteria ini boleh tumbuh di kolam dengan kadar oksigen yang baik, 'bersih' air.
🔹Tanda-tanda Penyakit🔹
-Betta bersendirian atau bersembunyi.
-Berenang di permukaan mengalami kesukaran bernafas.
-Kelihatan pucat dan kembung sekitar sirip atau hujung badan.
-Berenang terlalu lemah.
-Berenang tidak menentu
🔰Mengawal Kulat Sprolegnia🔰
-Rawatan dengan garam akan menghalang betta dari pelbagai penyakit kulat, termasuk saprolegnia yang merupakan tanda seperti kapas berwarna hijau yang melekat di badan betta.
🔹Cara Rawatan🔹
-Sekiranya ada tanda-tanda awal, rendamkan betta ke dalam air garam (2-3% garam) selama 10 hingga 15 minit sekali sehari untuk mencegah pertumbuhan telur saprolegnia.
-Sekiranya kulat telah menyerang, maka rendaman yang lebih lama diperlukan setiap hari. Ulang sehingga betta sembuh.
🔰Mengurangkan Asid🔰
-Penurunan secara tiba-tiba pH air akan menyebabkan tekanan kepada betta. Biasanya betta akan kelihatan gelisah dan cuba berlari ke sana sini, dan ada yang melompat.
-Air garam akan mengurangkan tekanan pada ikan. Sekiranya asid air dalam bekas atau tank meningkat, masukkan garam dan sedikit oksigen selama 3 hari.
🔰Membersihkan Kotoran Akibat Air Keruh🔰
-Jika air di dalam tank menjadi keruh selepas hujan lebat atau selepas pembersihan, penambahan garam akan membantu air menjadi lebih bersih dan membantu dalam melepaskan zarah-zarah yang dilekatkan pada insang ikan.
🔰Mengurangkan Tekanan🔰
-Bilas bekas atau tank dengan air garam sebelum memasukkan atau merawat betta, akan membantu ikan menjadi lebih tenang dan bersedia apabila mendapat tekanan yang tidak dijangka.
🔰Mengurangi Stress🔰
-Pengunaan garam juga dalam bab mengepos atau berpindah rumah, adalah yang terbaik untuk mengurangkan stress betta semasa dalam perjalanan.
-Sampai tempat yang ditujui, garam juga penting untuk mengelakkan dari betta stress dan mengekalkan kecergasan ikan.
🔰Kawal Masalah Ingsang🔰
-Salah satu masalah betta di bekas atau tank adalah kehadiran sisa makanan (jika berlebihan) yang tertinggal.
-Keadaan ini sering menggalakkan masalah kesihatan seperti ingsang terbuka atau pernafasan tidak stabil. Langkah mengelakkan masalah tersebut adalah dengan cara menabur garam didalam bekas atau tank secara berkala, sekurang-kurangnya sekali seminggu akan membersihkan insang, sisik dan juga badan dari lendir atau organisma asing yang berlebihan.
🔰Membantu Apabila Kandungan Oksigen Rendah🔰
-Jika betta kelihatan tidak bermaya (mandom) di permukaan air, puncanya adalah akibat oksigen yang rendah, menaburkan garam dengan segera akan melegakan tekanan dan juga boleh mengurangkan risiko kematian atau tukar air baru dengan segera.
🔰Mencegah Alga🔰
-Garam juga berfungsi untuk mengawal pertumbuhan alga didalam bekas atau tank.
🔸Tidak seperti rawatan kimia, garam boleh digunakan dengan selamat tanpa menjejaskan suhu bekas atau tank.
🔸Walau bagaimanapun, penggunaan garam tidak dapat menggantikan peranan lain yang perlu kita perhatikan dalam penyelenggaraan bekas dan tank dari segi kebersihan dan kepadatan betta.
🔸Setiap betta mempunyai daya tahan tubuh yang berbeza terhadap penyelesaian garam, oleh kerana sejak mula rendaman, perubahan betta harus selalu kita perhatikan.
🔸Ini adalah pengalaman dan cara saya. Setiap orang lain caranya. Semoga info ini berguna kepada kita.
🔰WHATSAAP🔰
http://Www.wasap.my/+60198528939/wrbetta