06/08/2026
Perkongsian kes sakit simptom sciatica/slipped disc/lower back pain atau pinggul
Antara keluhan sakitnya ialah sakit yang memanjang dari pinggang membawa ke peha, lutut, betis dan ke tumit.
Ada juga yg panggil masalah lower back pain.
Antara aduan pesakit - mula2 sakit ringan lagi tapi lama-kelamaan semakin teruk p**a sampai susah nak bangun dari tempat tidur atau pergerakan amat terbatas.
Ikut pengalaman saya yg dah rawat banyak kes sebegini, antara puncanya ialah samada masalah dislokasi tulang pinggul atau dalam masa sama ada himpitan tulang di tulang lumbar sekitar L3, L4 dan L5 atau ada juga di sacrum. Biasa lepas diagnos akan dapat disahkan punca sebenar. Tak cukup sekadar dengar keluhan pesakit. Dalam masa sama ada juga masalah tegang otot di pinggang.
Antara ikhtiar yg biasa pesakit lakukan ialah merujuk Dr klinik atau hospital. Utk redakan sakit, biasa akan diberikan pil "pain killer" atau suntikan tahan sakit. Tiada urutan atau apa2 terapi yg akan dilakukan Dr. Hanya dibagi tahu utk buat senaman sendiri. Selebihnya akan disuruh rujuk ke fisioterapis.
Antara ikhtiar lain pesakit ialah rujuk kepada terapis urutan tradisional. Kebiasaannya, terapis urut akan mengurut di bahagian tempat sakit berulang kali bg tujuan pelembutan otot atau urat. Ramai pesakit memaklumkan hanya lega sekejap sahaja. Kemudian sakit akan berulang semula.
Untuk makluman semua, kebiasaannya masalah punca sakit tak diselesaikan. Seperti yang diberi tahu tadi, masalah dislokasi tulang pinggul dan tulang lumbar tak diselesaikan..selain masalah "muscle spasme" (otot kaku) juga agak ketara.
Bila dah sakit, nak buat senaman pun biasa dah tak mampu. Kenapa?..sebab nak bergerak sahaja pun amat terbatas. Gerak ke kanan atau ke kiri shj pun dah sakit. Macam mana nak buat senaman kan?
Ada pesakit bg tahu, bila sakit macam ni, nak ke tandas sampai kena merangkak (kisah benar)..jadi macam mana nak bersenam 🥹. Boleh rujuk kes ni 👇🏾
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10156142249918937&id=572823936&mibextid=Nif5oz
Bagi terapis tulang belakang yg berpengalaman, akan cuba selesaikan 3 masalah ini (betulkan tulang pinggul, tulang lumbar dan otot kaku)..kebiasaannya kesakitan yg dialami pesakit akan berkurangan dgn banyak atau pulih.
Ringkasnya, penting dilakukan pelonggaran sendi dan pelembutan otot sebelum dilakukan teknik regangan seperti BMT/ Yumeiho.
Selain itu bagi kes2 lama dimana dah berlakunya "muscle spasme" atau otot kaku, bekam darah juga antara ikhtiar terbaik bg tujuan pelembutan otot / urat. Apa yg ramai hanya tahu, bekam hanya utk utk buang darah kotor je kan..sebenarnya lebih daripada itu. Tu pasal elok dilakukan bekam secara berkala. Sekurang2nya bila dah kena sakit sebegini (simptom sciatica), bila nak buat terapi seperti BMT / Yumeiho, taklah jadi begitu mencabar (terapis akan berpeluh dan pesakit akan berkerut muka 🤤).
Jadi bagi pesakit yg dah lama tak servis badan (seperti urut, bekam atau buat "body alignment") tapi kena serangan mengejut seperti simptom sciatica ni, sebaiknya buat dahulu bekam (fokus tempat sakit), kemudian hari yg sama dilakukan terapi seperti Body Manip**ation Therapy (BMT) / Yumeiho. Insya Allah hasilnya akan lebih baik lagi.
Antara rawatan secara dalaman p**a, ialah pengambilan ubat homeopati J-flexcare (sakit urat, otot, sendi, ligamen dan saraf) yg perlu dimakan secara kerap2 utk hasil yg lebih baik.
Kaedah sebegini yg hanya ada di D'Hijrah Naturopathic Centre Seri Kembangan. Hasil kajian ekslusif abam Yop ke atas ramai pesakit2 saya yg alami masalah sebegini.
Harap dapat penjelasan yg cukup kenapa berlakunya sakit sebegini dan idea rawatan apa yg nak diikhtiarkan.
Rawatan sakit sebegini bila ke pusat rawatan swasta boleh cecah puluhan Ribu ringgit. Sebaiknya elakkan operet yg tak janji pulih seperti biasa.
Berapa cepat hasilnya adakala bergantung kpd badan pesakit juga (badan jenis lembut atau keras sado). Yg jenis sado biasa lebih mencabar.
Hint : Pesakit yg asyik mengadu sakit pinggang dan ngilu kat tulang tengah lumbar), ada potensi utk kena sakit simptom sciatica ni.
Semoga bermanfaat perkongsian abam Yop yg panjang lebar ni.
Sekadar perkongsian ekslusif abam Yop sejak praktis terapi tulang belakang/pinggul/saraf dari 2014 hingga kini.
Boleh rujuk perkongsian video2 pesakit ni ya 👇🏾(sambil tekan button like juga) ;
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=6930587676976669&id=100000765169124&mibextid=Nif5oz
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=6830966056938832&id=100000765169124&mibextid=Nif5oz
https://youtu.be/0dNjB1culG0?si=6WhHkgF7kKBirl8t
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=6937412069627563&id=100000765169124&mibextid=Nif5oz
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=6064739870228125&id=100000765169124&mibextid=Nif5oz
https://www.dhijrah.com.my/ptd.html
Kita ikhtiar kaedah yang benar, sembuh dengan izinNya. Kos masih harga marhaen berbanding kos master viral yg hanya fokus kaedah kepak-kepak sahaja.
www.wasap.my/60122247213/TerapiSaraf
www.dhijrah.com.my