University Veterinary Hospital UPM

University Veterinary Hospital UPM The official page for the University Veterinary Hospital, Universiti Putra Malaysia

30/05/2026

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah ​KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG SULTAN IBRAHIM​ sempena ​Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku ​pada 1 Jun 2026 Bersamaan 15 Zulhijjah 1447H

Selamat Hari Wesak 2026Hari Wesak disambut sebagai simbol kedamaian, kasih sayang dan keharmonian. Semoga sambutan ini m...
30/05/2026

Selamat Hari Wesak 2026

Hari Wesak disambut sebagai simbol kedamaian, kasih sayang dan keharmonian. Semoga sambutan ini membawa kesejahteraan kepada semua.

Ikuti kami di media sosial rasmi:
Facebook: University Veterinary Hospital UPM
Instagram & TikTok:
Laman sesawang: uvh.upm.edu.my

30/05/2026

Selamat Menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai!

KERATAN AKHBAR 29 MEI 2026Sikap Pandang Remeh, Obsesi Media Sosial antara Punca Insiden Kecemasan di Hutan (Encik Muhama...
29/05/2026

KERATAN AKHBAR 29 MEI 2026

Sikap Pandang Remeh, Obsesi Media Sosial antara Punca Insiden Kecemasan di Hutan (Encik Muhamad Aliff Abdullah)

Peningkatan insiden kecemasan di kawasan hutan dan rekreasi sering dikaitkan dengan sikap memandang remeh aspek keselamatan, kurang persediaan serta kecenderungan mengejar kandungan media sosial yang berisiko. Encik Muhamad Aliff Abdullah, Penolong Pegawai Farmasi Kanan, Hospital Veterinar Universiti, FPV merangkap Presiden, Mountain Medicine Society Malaysia dan Presiden, Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia (KE7B) menasihatkan orang ramai agar merancang aktiviti dengan teliti, mematuhi prosedur keselamatan dan mengutamakan keselamatan diri berbanding populariti dalam talian bagi mengelakkan kejadian yang boleh mengancam nyawa.

Baca selanjutnya di:

Bernama: https://bernama.com/bm/am/news.php?id=2562584

Harian Metro: https://www.hmetro.com.my/amp/mutakhir/2026/05/1363520/sikap-pandang-remeh-obsesi-media-sosial-antara-punca-insiden-kecemasan-di

Berita Harian: https://www.bharian.com.my/amp/berita/kes/2026/05/1564778/sikap-pandang-remeh-obsesi-media-sosial-antara-punca-insiden-kecemasan-di

The Star: https://www.thestar.com.my/news/nation/2026/05/29/social-media-trends-safety-lapses-contributing-to-hiking-emergencies-says-expert

Kuala Lumpur: Sikap segelintir masyarakat yang memandang remeh risiko bentuk muka bumi atau budaya ‘underestimate the mountain’ demi mengejar populariti segera di media sosial dikenal pasti antara faktor utama kekerapan insiden pendaki hilang serta kes kecemasan di kawasan hutan.

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H/20206Perayaan ini membawa makna pengorbanan, keikhlasan dan kesyukuran dalam memperkuk...
26/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H/20206

Perayaan ini membawa makna pengorbanan, keikhlasan dan kesyukuran dalam memperkukuh ukhuwah sesama kita. Semangat kebersamaan dan nilai murni yang dihayati menjadi pedoman dalam melaksanakan amanah serta terus melakukan kebaikan.

Ikuti kami di media sosial rasmi:
Facebook: University Veterinary Hospital UPM
Instagram & TikTok:
Laman sesawang: uvh.upm.edu.my

26/05/2026

Video Sorotan Program

Computed Tomography of Ear Disease Seminar

Teknologi CT Scan Perkukuh Diagnosis dan Rawatan Penyakit Telinga VeterinarOleh: Muhammad Zafarul Adib Zaidi | zafarul@u...
26/05/2026

Teknologi CT Scan Perkukuh Diagnosis dan Rawatan Penyakit Telinga Veterinar

Oleh: Muhammad Zafarul Adib Zaidi | [email protected]

SERDANG, 26 Mei – Hospital Veterinar Universiti (UVH), Fakulti Perubatan Veterinar (FPV), Universiti Putra Malaysia telah menganjurkan “Computed Tomography of Ear Disease Seminar” pada 25 Mei 2026 bertempat di Bilik Jemaah, FPV, UPM. Seminar ini dianjurkan sebagai platform perkongsian ilmu klinikal berterusan berkaitan aplikasi imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) dalam diagnosis penyakit telinga veterinar.

Penganjuran seminar ini memberi fokus terhadap penggunaan teknologi pengimejan veterinar yang semakin berkembang dalam meningkatkan ketepatan diagnosis dan keberkesanan rawatan, khususnya melibatkan penyakit telinga dalam haiwan kecil. Pengimejan CT dilihat mampu membantu pengesanan lesi, perubahan proliferatif serta penglibatan tulang secara lebih komprehensif dan sistematik.

Program ini melibatkan penyertaan seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada kumpulan pegawai akademik, Pegawai Veterinar dan Juru X-Ray. Seminar ini turut mendapat sokongan strategik daripada Infinity Medical Animal Care dalam usaha memperkasa pembangunan kompetensi penggunaan CT Scan Sinovision AlphaCT 328Plus di UVH.

Perkongsian telah disampaikan oleh Dr. Ikhwan Saufi bin Ahamad Azahari, Felo Pengajar Jabatan Perubatan dan Pembedahan Haiwan Kesayangan, FPV UPM. Menurut beliau, “Penggunaan CT Scan membolehkan penilaian struktur telinga dilakukan dengan lebih tepat, sekali gus membantu perancangan rawatan dan pembedahan secara lebih sistematik serta berkesan.” Beliau turut menegaskan bahawa perkembangan teknologi pengimejan veterinar kini memainkan peranan penting dalam meningkatkan keupayaan diagnostik moden.

Melalui penganjuran seminar ini, UVH terus komited dalam memperkukuh pembangunan kompetensi klinikal serta memperluas penggunaan teknologi pengimejan lanjutan dalam amalan veterinar moden. Program seperti ini diharapkan dapat memperkukuh latihan klinikal berterusan, meningkatkan kefahaman peserta terhadap teknologi diagnostik semasa serta mempererat kerjasama strategik antara institusi dan pihak industri veterinar.

Baca selanjutnya di:
https://uvh.upm.edu.my/berita/teknologi_ct_scan_perkukuh_diagnosis_dan_rawatan_penyakit_telinga_veterinar-93663

Ikuti kami di media sosial rasmi:
Facebook: University Veterinary Hospital UPM
Instagram & TikTok:
Laman sesawang: uvh.upm.edu.my

KERATAN AKHBAR 23 MEI 2026Pernafasan laju boleh mengancam nyawa kucing – Utusan Malaysia (Dr. Nor-Alimah Rahman)Pernafas...
25/05/2026

KERATAN AKHBAR 23 MEI 2026

Pernafasan laju boleh mengancam nyawa kucing – Utusan Malaysia (Dr. Nor-Alimah Rahman)

Pernafasan laju dalam kalangan kucing boleh menjadi petanda masalah kesihatan serius seperti gangguan pernafasan, penyakit jantung atau jangkitan paru-paru. Pakar veterinar menasihatkan pemilik agar peka terhadap tanda seperti tercungap-cungap, kurang aktif dan bernafas melalui mulut supaya rawatan awal dapat diberikan bagi mengelakkan komplikasi yang boleh mengancam nyawa kucing.

Baca selanjutnya di:

Ramai pemilik kucing menganggap pernafasan laju atau tercungap-cungap sebagai perkara biasa, terutama selepas haiwan itu aktif bermain.

21/05/2026

Video Sorotan Program

A Seminar on Responsible Parasite Prescription, Prevention Programs and Resistance Issues in Dogs and Cats

Pakar Veterinar Thailand Kongsi Kepakaran dalam Seminar Pengurusan Parasit Haiwan Kecil di UPMOleh: Muhammad Zafarul Adi...
21/05/2026

Pakar Veterinar Thailand Kongsi Kepakaran dalam Seminar Pengurusan Parasit Haiwan Kecil di UPM

Oleh: Muhammad Zafarul Adib Zaidi | [email protected]

SERDANG, 21 Mei – Hospital Veterinar Universiti (UVH), Fakulti Perubatan Veterinar (FPV), Universiti Putra Malaysia telah menganjurkan “A Seminar on Responsible Parasite Prescription, Prevention Programs and Resistance Issues in Dogs and Cats” pada 20 Mei 2026 bertempat di Bilik Jemaah, FPV, UPM. Seminar ini dianjurkan sebagai usaha meningkatkan kesedaran berkaitan pengurusan parasit haiwan secara bertanggungjawab dan berteraskan konsep One Health.

Penganjuran seminar ini memberi fokus terhadap kepentingan pemilihan serta pencegahan antiparasit yang tepat dalam haiwan peliharaan, khususnya anjing dan kucing. Penekanan diberikan terhadap ancaman zoonotik akibat jangkitan parasit yang boleh menjejaskan kesihatan manusia, selain memberi kesan terhadap kesejahteraan haiwan dan kelestarian kehidupan sejagat.

Program ini melibatkan penyertaan seramai 45 orang peserta daripada FPV, dan Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS). Peserta terdiri daripada pegawai akademik, Pegawai Veterinar, Penolong Pegawai Veterinar, Pembantu Veterinar serta pegawai yang terlibat secara langsung dalam pengurusan ubat dan perkhidmatan veterinar.

Pengisian seminar merangkumi perkongsian berkaitan amalan preskripsi antiparasit yang bertanggungjawab, program pencegahan parasit secara sistematik serta isu kerintangan antiparasit di peringkat global. Seminar turut menekankan bahawa peningkatan kerintangan antiparasit boleh mengganggu kawalan penyakit zoonotik dan memberi implikasi kepada kesihatan awam. Perkongsian disampaikan oleh Dr. Duangkhamol Suraruangchai daripada MSD Animal Health berdasarkan perkembangan klinikal dan cabaran semasa dalam bidang veterinar.

Melalui penganjuran seminar ini, UVH terus komited memperkukuh peranannya sebagai hospital pengajaran dan pusat rujukan klinikal dengan menekankan amalan veterinar yang selamat, beretika dan berasaskan ilmu semasa, sekali gus menyokong kesejahteraan haiwan, manusia dan alam sekitar secara menyeluruh.

Baca selanjutnya di:
https://uvh.upm.edu.my/berita/pakar_veterinar_thailand_kongsi_kepakaran_dalam_seminar_pengurusan_parasit_haiwan_kecil_di_upm-93572

Ikuti kami di media sosial rasmi:
Facebook: University Veterinary Hospital UPM
Instagram & TikTok:
Laman sesawang: uvh.upm.edu.my

Address

Hospital Veterinar Universiti, Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra
Seri Kembangan
43400UPMSERDANG

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60397693955

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when University Veterinary Hospital UPM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category