28/12/2020
AILUROPHOBIA : PERASAAN TAKUT KEPADA KUCING YANG BERLEBIHAN
dibawakan oleh ORGANIK PLUS KUALA LUMPUR
klik pada link utk info perawatan ternakan anda.
https://www.facebook.com/Organic-Plus-Kuala-Lumpur-103422554915717/
Pernah tak anda ada member yang takut kucing yang bersangatan? atau adik beradik anda sendiri yang takut kucing sangat2. Memang rasa kelakar dan seronok menyakat mereka , tapi anda kena ingat perasaan mereka tu bukan dibuat-buat. Istilah takut kucing ini secara saintifiknya dikenali sebagai Ailurophobia. Ailurophobia bukanlah hal yang patut dipandang remeh, kerana gangguan ini dapat menyebabkan pengaruh yang cukup kuat dalam kehidupan sehari-harian pengidapnya.
Dalam sebuah wawancara dengan majalah inggeris, Your Cat, profesor psikologi Dr. Martin Antony menjelaskan bahawa "kerisauan yang terdapat pada pengidap Ailurophobia adalah kerana bimbang disakiti (diserang, dicakar dll). Untuk hal yang lain, mungkin lebih kepada reaksi jijik," ujarnya.
Seperti fobia yang lain, sebahagian besar penghidap biasanya berpunca daripada pengalaman di masa kecil yang menakutkan dan terbawa sehingga dewasa. Penghidap juga menganggap kucing adalah sebuah ancaman yang menakutkan.
Gejala Ailurofobia terdapat dari segi fizikal dan emosi
Fizikal
- Sesak di dada
- Berpeluh dan jantung berdegup kencang
- Susah bernafas secara normal
- Gelisah, Pening dan Mual
- Sakit Perut
Emosi
- Panik dan takut saat berhadapan dengan kucing
- Menghabiskan waktu memikirkan kehadiran kucing
- Ketakutan yang teramat saat mendengar suara kucing
Kaedah rawatan
Sila Klik link dibawah untuk sambungan artikel
- Amalkan melihat gambar kucing yang comel setiap hari bagi menimbulkan keselesaan dalam diri. Jila rasa takut atau jijik, cuba tarik nafas dalam2 dan kembali fokus
- menonton video kucing yang menunjukkan tingkah laku mereka. lihat secara berperingkat, yakinkan diri anda bahawa kucing adalah haiwan yang comel dan manja.
- Bila sudah yakin diri, uji diri anda secara langsung dengan berinteraksi dengan kucing. Jika rasa sudah berjaya, cuba buat sentuhan.
- Jalani terapi hypnoterapi.