Uncle Chik Cat Shop

Call Directions Website Contact the business

Uncle Chik Cat Shop Kami adalah salah satu kedai profesional dandanan kucing yang terletak di Bandar Sunsuria, Sepang. Anda boleh lihat rating kami di google...

01/11/2026

TARING SCOOBY DOO BUKAN MAIN-MAIN, SAMPAI APRON UNCLE CHIK PUN TEMBUS!

Mami dia cerita, sebelum ni dah cuba bawa ke beberapa tempat grooming lain, tapi semuanya tak dapat teruskan.

Alhamdulillah, setakat ni Uncle Chik masih boleh handle Scooby Doo dan kawan dia, Beckie. Cuma nak menguruskan dua ekor ni memang perlukan tenaga lebih sikit.

Meronta, mengigit… jari Uncle Chik pun kejap-kejap jadi mangsa!

Tengoklah taring dia tu, panjang betul sampai boleh tembus apron. Nasib baik kena apron, kalau kena dada Uncle Chik, memang menangis tepi bucu katil jawabnya!

Bukan kerja mudah, tapi setiap kucing ada perangai dan cabaran tersendiri. Kita cuba uruskan sebaik mungkin dengan penuh berhati-hati.

Scooby Doo dengan Beckie ni, dua ekor tapi tenaga macam mandi enam ekor kucing!

TQSM mami sebab percayakan Uncle Chik Cat Shop.

01/11/2026

Mata buta sebelah bukan alasan untuk tak boleh mandi ya .

Kalau anak bulus berada dalam keadaan sihat dan tiada masalah kesihatan serius, proses grooming masih boleh dilakukan mengikut keadaan dan kesesuaian kucing.

Yang penting, setiap anak bulus akan diperiksa dahulu sebelum proses grooming bermula.

Kurang satu penglihatan, bukan kurang peluang untuk tampil bersih, wangi dan selesa!

PEMULAAN NOVEMBER YANG AGAK MENCABAR… REZEKI ALHAMDULILLAH! Dah pukul 4.30 petang, dua ekor lagi masih dalam proses lion...
01/11/2026

PEMULAAN NOVEMBER YANG AGAK MENCABAR… REZEKI ALHAMDULILLAH!

Dah pukul 4.30 petang, dua ekor lagi masih dalam proses lion cut dan seekor lagi sedang dikeringkan.

Hari ni memang penuh cabaran.

Ada yang garang, ada yang debab, masing-masing ada cerita dan ragam sendiri.

Maaf kepada yang datang last minute secara walk-in, Uncle Chik terpaksa tolak.

WhatsApp p**a tak berhenti masuk nak minta slot grooming hari ni.

Bukan tak nak ambil, tapi Uncle Chik kena tahu kemampuan sendiri.

Kaki tangan tak cukup nak uruskan terlalu banyak kucing dalam satu masa.

Yang penting setiap kucing dapat perhatian dan penjagaan sebaiknya.

Pesanan Uncle Chik, terutama untuk booking hujung minggu, lock slot lebih awal ya.

Jangan tunggu last minute.
Apa-apa pun, terima kasih kepada semua yang tak putus-putus berkongsi rezeki dengan Uncle Chik Cat Shop.

Semoga rezeki kita semua terus mengalir dan segala urusan dipermudahkan.
TQSM semua!

01/11/2026

COCO NI BUKAN BARU KENAL UNCLE CHIK… SEJAK 2023 DAH SETIA!

Suara Coco memang nyaring, nak handle dia bukan mudah.

Tapi di sebalik suara dan perangai dia tu, sebenarnya Coco terpaling manja.

Cuma kena pandai baca mood dan tahu bila nak tarik tali. Hehe.

Kali ni vaksin Coco dah tamat tempoh,
jadi team Uncle Chik bawa dia ke vet untuk urusan vaksin.

Cuma ubat cacing tak berjaya diberikan oleh pihak vet, jadi mereka minta owner uruskan pemberian sendiri.

Memandangkan Coco sedang menginap di hotel Uncle Chik, biarlah Uncle Chik ambil alih tugas tu.

Nak serahkan semula kepada owner pun belum tentu mudah, kadang-kadang Mami dia sendiri pun seram dengan Coco! 🤣

Peringatan kecil: Jangan tiru aksi dalam video ini tanpa ilmu dan pengalaman yang sesuai. Setiap kucing ada perangai, tahap toleransi dan cara pengendalian yang berbeza.

Apa yang sesuai untuk Coco, belum tentu sesuai untuk kucing lain.

Mengendalikan kucing bukan sekadar kuat pegang, tapi kena tahu teknik, baca bahasa badan dan utamakan keselamatan kucing serta pengendali.

Terima kasih Mami sebab terus percayakan Uncle Chik sejak 2023.

TQSM!

31/10/2026

Pagi-pagi dah buat aksi lompat tinggi, ingatkan kucing rupanya “baby kanggaru”

Macam-macam gelagat si bubu hari ni.

Yang join live tadi memang dapat tengok aksi spontan dia.

Video ni sekadar hiburan dan perkongsian ringan, jangan serius sangat ya.

31/10/2026

Grooming bukan sekadar potong bulu

Kalau kucing struggle, kadang sampai 2 orang perlu bantu pegang. Belum kira calar atau luka kecil pada groomer dan assistant.

Kami tetap cuba tenang dan handle kucing sebaik mungkin.

Pawparents pun kena faham, setiap kucing ada tahap toleransi berbeza.

Bila semua saling memahami, kerja jadi lebih lancar

31/10/2026

Put​​eh datang lagi!

Kali ni mami request trim muka bulat macam biasa. Tapi korang, nak dapatkan muka bulat Put​​eh ni bukan mudah tau!

Terpaksa guna taktik umpan jajan dulu… barulah dia bagi kerjasama sikit.

Walaupun dah dipujuk dengan jajan, cakaran tetap ada juga!

Apa pun, alhamdulillah berjaya siapkan grooming
Put​​eh.

Terima kasih mami sebab terus percayakan Uncle Chik dan team.

Spicy macam mana pun Put​​eh, muka bulat tetap kena maintain!

30/10/2026

🐱 NO CAPTION, JUST ENJOY THE LION CUT! ✂️❤️

Kadang-kadang Lion Cut bukan sekadar untuk nampak kemas atau cantik.

Ia juga boleh menjadi salah satu pilihan untuk membantu menguruskan masalah tertentu seperti kutu, bulu gugur, fungus dan masalah bulu yang lain, bergantung pada keadaan setiap kucing.

Tapi kena ingat, setiap kucing berbeza. Setiap pawparent pun ada pertimbangan dan cara penjagaan masing-masing.

Ada yang perlukan Lion Cut, ada yang masih boleh kekalkan bulu asal. Semuanya bergantung pada keadaan dan keperluan kucing.

Tugas Uncle Chik adalah memberikan penerangan, cadangan dan melakukan yang terbaik untuk setiap customer yang datang ke Uncle Chik Cat Shop.

Terima kasih atas kepercayaan dan sokongan semua pawparents!

Jom tonton video ni sampai habis. Jangan skip tau!

Enjoy the video!

INGATKAN NAK MANDI BASIC, SEKALI PENUH BADAN DENGAN LICE! 😱Mami terkejut, team pun sama! Masa pemeriksaan, kami dapati l...
30/10/2026

INGATKAN NAK MANDI BASIC, SEKALI PENUH BADAN DENGAN LICE! 😱

Mami terkejut, team pun sama! Masa pemeriksaan, kami dapati lice terlalu banyak hampir seluruh badan.

Akhirnya kami cadangkan Lion Cut + Mandian Kutu supaya lebih mudah uruskan masalah lice.

Kalau simpan bulu tapi masalah tak selesai, kesian dekat kucing dan family juga.

Kulit manusia pun boleh mengalami kegatalan dan iritasi, terutama bagi yang sensitif atau ada masalah alahan.

Jangan lupa, rumah pun kena deep cleaning untuk bantu kawal masalah lice.

Video lice susah nak nampak dengan jelas, jadi kami tunjuk gambar contoh dari Google sebagai rujukan ya.

Jangan tunggu sampai melarat, bertindak awal lebih baik!

30/10/2026

KES MIKI – BILA BULU GUMPAL DAH TERLALU TERUK!

Pada awalnya Mami Miki memang tak sampai hati nak benarkan lion cut. Kami faham, setiap pawparents sayangkan anak bulu masing-masing.

Tapi selepas kami tunjuk dan terangkan keadaan bulu Miki yang sudah terlalu banyak bergumpal,
Mami akhirnya faham kenapa kami mencadangkan lion cut.

Bila bulu dah bergumpal terlalu rapat dengan kulit, cuba membuangnya menggunakan sikat boleh menyebabkan kulit tertarik, iritasi dan Miki rasa sakit serta tak selesa.

Alhamdulillah, selepas berbincang,
Mami beri kepercayaan kepada kami untuk teruskan grooming Miki.

Selesai grooming, kami turut ajar Mami cara menyikat bulu dengan betul menggunakan sikat yang sesuai.

Sedikit pesanan untuk semua pawparents:

🐾 Bulu panjang dan lebat perlukan perhatian lebih.
🐾 Sikat dengan kerap, jangan tunggu sampai bergumpal.
🐾 Gunakan sikat yang sesuai dengan jenis bulu.
🐾 Jika gumpalan terlalu rapat dengan kulit, dapatkan penilaian groomer terlebih dahulu.

Kami bukan nak salahkan sesiapa.
Ini ruang untuk kita sama-sama belajar.

Sayang kucing bukan sekadar bagi makan dan belai, penjagaan bulu pun sebahagian daripada tanggungjawab kita.

Terima kasih Mami Miki kerana mempercayai Uncle Chik Cat Shop.

Address

No 3G, Ground Floor Giverny Walk Persiaran Sunsuria, Sunsuria City Sepang
Sepang
43900

Opening Hours

Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Telephone

+60177855141

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Uncle Chik Cat Shop posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Uncle Chik Cat Shop:

Shortcuts

Share

Category

Nearby pet stores & pet services