23/06/2025
Chut Chut Chut.. Itulah kita kalau nak panggil budak Oyen.. Tapi kenapa?? Ini adalah fakta dia..
Pernah tak perasan… bila kita bercakap dengan kucing, suara kita automatik jadi kecil, lembut, kadang-kadang siap keluar suara kepit?
Ini sebenarnya bukan perkara pelik. Ia berlaku secara semula jadi kerana kucing sangat sensitif terhadap bunyi.
Suara yang terlalu kuat boleh menakutkan atau menyebabkan mereka menjauh. Jadi tanpa sedar, otak kita ‘belajar’ untuk bercakap dengan nada kecil.
Menariknya, kucing juga kenal suara kita atau buat bunyi cicak bila nak beri makan. Mereka boleh cam nada itu. Bila dengar saja, ada yang terus datang dengan gaya menggoda: ekor mengembang, pinggul bergoyang
Nada lembut ini juga mirip dengan cara kita bercakap dengan bayi. Ini dipanggil “infant-directed speech” suara tinggi, lembut, penuh kasih sayang.
Dan sebenarnya… bila kita bercakap dengan nada ini, otak kita melepaskan hormon oksitosin hormon kasih sayang yang buat kita rasa tenang, bahagia, dan lebih dekat dengan haiwan peliharaan kita.
Jadi ya, kalau suara kita berubah bila tengok kucing… itu bukan suara ‘kepit’. Itu naluri manusia yang sedang belajar menyayangi dengan cara paling lembut.