Ayam Kampung Hikmah

Ayam Kampung Hikmah Kami menjual ayam kampung dari ladang kami sendiri dan di proses oleh kami sendiri bagi memastikan kualiti terjaga.

Kualiti premium yang dijamin. 100% bumiputera dan yang pastinya muslim kerana moto kami adalah HALAL, BERSIH dan BERKAT

Salam kemerdekaan yang ke 64 untuk seluruh warga MalaysiaAlhamdulillah walau pelbagai dugaan yang melanda.Kita adalah in...
01/09/2021

Salam kemerdekaan yang ke 64 untuk seluruh warga Malaysia

Alhamdulillah walau pelbagai dugaan yang melanda.
Kita adalah insan-insan yang terpilih untuk melewati hari penuh bermakna ini.
Dengan kekangan yang terjadi akibat COVID-19 ini kita juga dapat mempelajari
konsep kesyukuran.

Kami dari kumpulan Ayam Kampung Hikmah juga bersyukur kerana masih ramai yang menyokong produk kami, TERIMA KASIH MALAYSIA







Assalamualaikum..  Ada yang mencari baja organik utk tanaman? Tinja/baja tahi ayam Ayam diberi makan dan minum Effective...
16/08/2021

Assalamualaikum.. Ada yang mencari baja organik utk tanaman?

Tinja/baja tahi ayam
Ayam diberi makan dan minum Effective Microorganism dan kawasan reban disembur EM
Enam ring.git seguni
+-30kg seguni
Beli seguni pun boleh
Self pick up Ayam Kampung Hikmah
10guni boleh del.ivery
Banyak boleh nego dan order 4x4 lalamove

Biar berputih tulang🦴,  jangan berputih mata👁️Lebih baik mati berjuang daripada menanggung malu kerana menyerah kalah 💪🏽...
15/06/2021

Biar berputih tulang🦴, jangan berputih mata👁️

Lebih baik mati berjuang daripada
menanggung malu kerana menyerah kalah 💪🏽

Kepada pelanggan yang setia, kini kami di Grab mart!
Tinggal Order je, kejap je sampai rumah 🛵🏡

https://grab.onelink.me/2695613898?pid=inappsharing&c=1-C2NKVTBJKAVFCX&is_retargeting=true&af_dp=grab%3A%2F%2Fopen%3FscreenType%3DGRABMART%26sourceID%3DA4pcqCZkS4%26merchantIDs%3D1-C2NKVTBJKAVFCX&af_force_deeplink=true&af_web_dp=https%3A%2F%2Fwww.grab.com%2Fdownload

P/s :- Excited je admin tengok abg grab datang,
ingat hantar barang shoppee 😂😂







15/06/2021

Di Ayam Kampung Hikmah, selain ayam dicuci bersih, kami juga mengambil pendekatan untuk membuang usus dan mencuci darah sebelum ayam dicelur bagi memastikan air dalam rebusan tidak bercampur najis dan darah.

Hal ini juga dapat mengurangkan bau hanyir ayam apabila ayam dicelur sekali dgn darah dan najis.

Ada yang memanggil ini sebagai pelaksanaan konsep toyyiban. Niat kami hanya ingin memberikan yang terbaik untuk pelanggan kami dengan ayam yang berkualiti, bersih, halal suci dan seterusnya mendapatkan keberkatan kami dalam menjualnya juga memastikan keberkatan pelanggan kami dalam memakannya.. InsyaAllah..





11/06/2021

Kita belanja close up Ayam Kampung Hikmah baru siap proses sebelum dibungkus.




‼️Open Order AYAM KAMPUNG FRESHHHHH terus daripada ladang‼️Siap proses bersih potong 4, hanya tinggal bilas dan boleh te...
11/06/2021

‼️Open Order AYAM KAMPUNG FRESHHHHH terus daripada ladang‼️

Siap proses bersih potong 4, hanya tinggal bilas dan boleh terus masak❗
Tidak perlu rebus dahulu, boleh terus goreng, gulai, bakar dll❗

*Order sebelum 2petang jika ada permintaan potong kecil 8 atau 12*

🚗Delivery Bangi, Semenyih.
🏠Self pick up Kg Rinching Hilir.

Buat pelanggan2 setia kami, jika tuan/puan order ayam semasa kami sedang sembelih, jangan segan,  jangan silu, minta sah...
05/06/2021

Buat pelanggan2 setia kami, jika tuan/puan order ayam semasa kami sedang sembelih, jangan segan, jangan silu, minta sahaja. InsyaAllah kalau ada kami beri...

SAMPAH BAGIMU, HIDANGAN KELUARGAKU.

Suami saya adalah pembekal ayam kampung di negeri ini. Alhamdulillah, banyak restoran-restoran yang menyajikan lauk ini di Kuantan, suami sayalah watak disebalik cerita.

Kebanyakan restoran mahukan ayam yang telah dipotong mengikut kehendak mereka. Ada yang potong 4, ada potong 8!

Apabila ayam dipotong, hampir semua kedai tidak mahu ambil kaki ayam, hati, pedal dan organ dalaman lain. Leceh untuk disimpan agaknya.

Selalunya suami saya akan menyimpan kaki-kaki ayam dan hati ayam ini dalam freezer besar di rumah. Tapi kalau dah masuk 2 minggu dan stok ayam masuk lagi, tempat yang terhad memaksa suami saya mencari jalan untuk mengosongkan freezer dari barang lain. Maka jalan terakhir, tanam atau buang sahaja kaki dan hati ayam ini jika tidak disedekah kepada orang lain.

'Ada kaki ayam tak? Kak Yah nak sikit.' Pesanan ringkas dari kakak sulung saya di satu pagi.

Kebetulan suami saya dah merungut kaki ayam dan hati yang banyak dalam freezer. Kami ambil keputusan menghantar sendiri semuanya ke rumah kakak. Sebenarnya ni satu jalan mudah. Jika kakak datang sendiri, pasti sedikit saja dia ambil. Tapi jika kami hantar dengan kenderaan pacuan empat roda kami, dah pasti kami boleh kosongkan freezer bahagian kaki ayam dan hati sekelip mata. Bagi semua! Padan muka kakak uruskan. 😂

Kami hantar dan terus pulang ke rumah. Lupakan hal kaki ayam.

Esoknya, saya terima pesanan yang sangat panjang dalam aplikasi WhatsApp dari kakak.

'Ti, tau tak. Semalam kak tengok banyak betul kaki dengan hati ayam hampa bagi. Terkejut jugak. Kak rendam semua. Bila dah lembut, kak bungkus. Kak panggil jiran-jiran datang ambil. Mula-mula serba salah juga. Bimbang orang kata: sampah, kau sedekah. Tapi kak fikir, bagi sajalah. Siapa nak, ambil. Tak nak, jangan ambil. Tapi, ramai betul datang ambil. Alhamdulillah habis semuanya.'

Tersenyum saya membacanya. Kemudian dia menyambung.

'Semalam, lepas ajar budak-budak mengaji. Ada seorang jiran kak 'message'.

Terima kasih Kak Yah, bagi kaki ayam tadi. Syukur sangat. Tak tahulah nak cakap macamana. Semacam betul-betul Allah hantar kaki ayam ni pada kami sekeluarga. Sebenarnya dah dua hari kami anak-beranak tak makan. Suami saya kena tangkap polis kes mencuri. Saya tak tahu nak pujuk macamana dah anak saya yang menangis lapar. Makanan di rumah satu pun tak ada. Tiba-tiba Kak Yah bagitau suruh datang rumah ambil kaki ayam ni. Allah. Macam ajaib. Terima kasih Kak Yah. Dah tidur anak-anak saya dapat makan malam ni. Terima kasih sangat-sangat.

Ti, kak tulis ni pun sambil menangis. Lepas ni hampa jangan buang lagi kaki ayam. Bagi kak. Kak nak bagi pada jiran-jiran. Kita tak tahu siapa dapat kita selamatkan dari lapar asbab bagi benda yang kita anggap 'sampah' ni.'

Allah Allah.

Menangis saya baca.

Sungguh, zaman sekarang dah mengubah banyak corak hidup kita. Kita dituntut untuk jaga hak seorang jiran. Tapi, kita makin jauh.

Kita dituntut supaya tidak tidur selagi ada jiran yang masih kelaparan kerana kemiskinan tapi kita langsung tak ambil tahu.

Yang paling dahsyat, ada juga yang tak kenal pun jiran-jirannya. Rupa bagaimana. Kerja apa. Anak berapa orang. (Sayalah itu) Allahu.😭

Sedekahlah. Beri apa yang ada dalam tangan. Bantu tanpa mengharap ia dinilai dan kita dapat pujian. Beri tanpa harap apa-apa.

Ikhlas!

Beri kemudian lupakan.

Allah Allah. Berilah kami peluang yang banyak untuk bersedekah. Sungguh kami selalu leka. Jangan balas kami dengan takdir buruk di akhirat kerana kelalaian kami pada hak saudara kami yang susah. Dalam pada teruja dengan menu-menu berbuka yang serbaneka, berilah kami ruang untuk menghilangkan lapar orang yang teruji.

Sungguh, kamilah hambamu yang hina dan selalu lupa...

Sampah bagi kita, kadang jadi hidangan hebat bagi satu keluarga yang dalam kesusahan.

Moga Allah ampunkan kami.

Wallahu'alam

Sumber: Lola Diana Tradisional

Address

Lot 670, Lorong Sungai 2, Kampung Rinching Hilir
Semenyih
43500

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ayam Kampung Hikmah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Ayam Kampung Hikmah:

Share