08/03/2025
Apa faktor-faktor yang menyebabkan terjadinya Demam Kuning (Jaundice) pada kucing?
Banyak faktor yang boleh menyebabkan demam kuning ini. Tapi, yang paling utama adalah disebabkan oleh kutu kucing yang membawa bakteria ‘mycoplasma’.
Oleh itu pemberian ubat kutu secara teratur memainkan peranan penting untuk kesihatan anak bulus anda. Pastikan anak bulus mendapatkan rawatan ubat kutu yang teratur, mengikut jadual dan dos yang disarankan oleh vet anda. Nexgard combo paling disyorkan..boleh dapatkan di pet service kami..
Antara faktor lain adalah:-
😿 Kecacingan dalam hati kucing
😿 Jangkitan darah disebabkan parasit
😿 Anemia – kurang sel darah merah
😿 Jangkitan virus FIP
😿 Keracunan toksin
😿 Kanser hati
Walaupun demam kuning pada kucing TIDAK berjangkit kepada kucing lain, ia sebenarnya sangat serius dan boleh mengakibatkan kematian.
Tiada ‘home remedy’ yang sesuai untuk merawat penyakit yang serius dan cepat merebak ini. Cuma perlu pastikan si bulus sentiasa hidrat dan force-feed (suap makanan) jika perlu.
Sila segera ke klinik haiwan berhampiran untuk doktor veterinar menjalankan ujian darah bagi meneruskan dengan rawatan dan ubatan yang sesuai untuk kucing anda.
Si Hitam dari Bandar Putra warded sebab jaundice untuk kami force feed dan makan ubat di ward kami..