24/01/2026
Apakah itu Hydrometra kucing dan Pyometra kucing?
1⃣. Hydrometra
👉🏻 Maksud : Pengumpulan cecair jernih dalam rahim.
😿 Punca : Ketidakseimbangan hormon (biasanya selepas kitaran berahi).
⚠️ Gejala : Jarang ada simptom jelas. Kadang perut kucing nampak membesar perlahan.
‼️ Risiko : Kurang bahaya tapi boleh berkembang jadi pyometra.
📝 Hydrometra boleh dianggap sebagai peringkat awal atau keadaan yang berisiko untuk berkembang menjadi pyometra jika tidak dipantau atau dirawat.
🔹 Hydrometra berlaku bila rahim mengumpul cecair jernih (bukan nanah).
🔹 Jika ada jangkitan bakteria masuk ke rahim dan sistem imun gagal melawan, cecair itu boleh bertukar menjadi nanah, lalu menjadi pyometra.
🔹 Tidak semua hydrometra akan jadi pyometra, tapi ia boleh menjadi pyometra terutamanya jika kucing tidak dimandulkan.
2⃣. Pyometra
👉🏻 Maksud : Jangkitan nanah dalam rahim, sangat serius dan boleh maut!
Punca : Ketidakseimbangan hormon dan jangkitan bakteria selepas berahi.
😿 Jenis2 :
📌Open pyometra
- Nanah keluar melalui f***j.
📌Closed pyometra
- Nanah terperangkap dan lebih merbahaya.
⚠️ Tanda-tanda :
- Lesu, muntah, kurang selera makan
- Perut membesar
- Kerap minum dan kencing
- Keluar lelehan nanah (jika terbuka)
🏨 Rawatan : Biasanya pembedahan buang rahim (spaying) segera.
✅ Langkah pencegahan terbaik : mandulkan kucing betina selepas cukup umur
- Nia Utsukushī Shiro - MUC Pet Services -
013-703 2872