Ikhwan Equestrian

Ikhwan Equestrian Ikhwan Equestrian menawarkan perkhidmatan sukan sunnah berkuda

24/07/2025

Tak kira anda pilih yang mana, racing, jumping, dressage, endurance, polo atau horseback archery,

Anda kena jadi horseman dulu.

Seorang horseman bukan semata-mata penunggang.
Bukan juga atlet semata.

Horseman adalah jiwa yang letak hormat pada kuda lebih tinggi dari kehendak sendiri.

Horseman tahu bila nak berhenti, bila nak peluk, bila nak sabar.
Horseman tak kejar piala, tapi kejar trust
Sebab dia tahu, bila kuda percaya, semua pintu akan terbuka.

Sebab apa-apa jenis sukan kuda akan perlukan sinergi:

1. Racing – kuda takkan beri 100% kalau tak percaya anda
2. Jumping – satu detik ragu boleh bawa kemalangan
3. Endurance – anda dan kuda kena sama-sama jaga stamina
4. Dressage – gerakan cantik takkan jadi tanpa bond dan halusnya komunikasi
5. Polo – anda kena jaga emosi kuda walaupun suasana agresif
6. Horseback Archery – kuda kena tenang dan yakin dengan anda walaupun anda pegang senjata

Semua ini hanya boleh dicapai kalau seseorang itu ada asas horsemanship

Tahu cara pegang tali dengan lembut, tahu bahasa badan kuda, tahu bila nak desak dan bila nak lepaskan.

Itu sebab rider yang hebat, bila sebut pasal sukan, mereka akan mula dengan:
“Saya mula dari grooming…”

Dan bukan terus sebut:
“Saya mula dari race.”

Kalau anda nak serius dalam mana-mana disiplin,
anda tetap kena bermula dengan jadi horseman.

Selami dunia berkuda di sini
highchaparralstable.com

23/07/2025

Ada geng jumping, geng dressage, geng endurance dan ya, geng racing pun ada.

Walaupun nampak satu dunia, tapi sebenarnya cara mereka sembang, style mereka, dan cerita masing-masing… lain macam sikit.

Contohnya geng jumping.

Diorang ni banyak cerita pasal stride, halangan tinggi, landing, dan macam mana nak elak kuda ‘refuse’.

Diorang tengok padang pun dah kira langkah “kau masuk line tu, 3 stride ke 4?”
Cara cakap pun semangat. Macam adrenaline tu tak pernah surut.

Lepas tu datang geng dressage.

Tenang, tertib, dan bahasa diorang pun halus.
“Dia ada tak cukup straight masa shoulder-in tadi.”
“Half-pass tadi agak berat sebelah kanan.”

Semua detail. Pergerakan kuda tu macam tarian dan mereka ni macam koreografer.

Pastu geng endurance.

Diorang ni steady.
Cakap pasal 80km, 120km ride.
“Vet gate tadi resting rate 58 je.”
“Laluan lepas checkpoint 2 tu agak berbatu sikit.”

Sembang dia panjang, sebab trek pun panjang. Diorang tak kelam-kabut, tapi stamina luar biasa.

Dan geng racing ni lain sikit.

Diorang banyak sembang pasal speed, training regime, bloodline, dan gate timing.

“Kuda tu dah ready untuk Class 5 ke belum?”
“Time trial tadi buat 600m dalam 36s je.”

Dunia diorang penuh strategi, nombor dan disiplin, tapi bila join ride santai,

Mereka pun boleh sembang pasal tali kekang dan sabun pelana.

Walaupun disiplin berbeza, satu yang sama, semua sayang kuda.
Semua tahu peritnya training, jatuh bangun, peluh dan pasir dalam kasut.

Kadang-kadang bila ada event besar, semua geng ni duduk bawah satu khemah.

Geng dressage dengan baju putih dia.
Geng jumping bawa helmet warna-warni.
Geng endurance pakai vest dan topi macam nak pergi camping.
Geng racing pun lepak, berseluar track dan baju stable rasmi.

Tapi bila time makan… semua kongsi lauk sama.
Time kuda tak behave… semua gelak sama.
Dan time kuda perform… semua tepuk sama.

Bezanya cuma cara ride.
Tapi dalam hati, semua rider tahu
dalam dunia ni, tak ramai yang faham perasaan turun dari kuda dengan badan lenguh, tapi hati penuh.

Itu bahasa yang tak perlukan disiplin.
Cuma perlukan satu: jiwa berkuda.

Selami dunia berkuda di sini
highchaparralstable.com

13/07/2025

Tahniah pasukan Malaysia di atas kejayaan muncul sebagai juara International Horseback Archery Alliance (IHAA) World Kids Championships 2025 di Indonesia.

Anak-anak Malaysia terus membanggakan negara di pentas dunia sekali gus membuktikan bahawa potensi atlet kita boleh berkembang di pelbagai ruang.

25/06/2025

Address

Rawang

Telephone

+60136563618

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ikhwan Equestrian posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Ikhwan Equestrian:

Share

Category