30/01/2022
Antara petua alternatif untuk merawat si bulus anda😻
DISCLAIMER : INI ADALAH TIPS / PETUA RAWATAN ALTERNATIF YG DIKONGSI DARI GROUP KUCING DI FB. SEBAIKNYA BAWA KUCING KE VET UNTUK RAWATAN AWAL DAN PEMERIKSAAN BERTAULIAH OLEH VET SEBELUM PENYAKIT MELARAT.🌹
# # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # #
1. Kunyit untuk merawat luka kucing yang tidak terlalu dalam.
- Kunyit ialah antiseptik bahan semula jadi. Kunyit serbuk campur dengan sedikit minyak masak kemudian sapukan pada luka kucing.
2. Cuka apple/ apple cider vinegar
- Kurap/ kutu. 1 penutup botol cuka apple dicampur dengan 10 penutup botol air. Boleh dimasukkan ke dalam botol spray.
3. Minyak bekas goreng ikan/Minyak masak
- Kurap / Urutan Kaki patah.
4. Minyak zaitun
- Kurap/ fungus.
5. Minyak kayu putih
- Kutu. Sikit saja. Sapu belakang badan kucing, tempat yang kucing tak boleh jilat.
6. Terramycin
- Sakit mata. Ada dijual di farmasi dengan harga bwh 10 ringgit.
7. Belerang dan garam
- Kutu. Mandikan dan bilas. Masa mandi biar 5 minit lepas tu bilas. Kutu akan kehausan dan mati.
8. Bawang putih
- Kutu. Tumbuk lumat bawang putih dan sapu pada badan kucing tetapi jangan banyak sangat sebab takut panas dan pedih.
9. Minyak telon bayi
- Kutu. Letak di bahagian yang kucing tak boleh jilat dan kuarantinkan kucing daripada kucing² lain.
10. Perahan air lemon
- Kutu.
11. Cuka epal campur air
- Untuk kucing tak boleh kencing/ kencing tak lawas/ kencing berdarah/ batu karang.
12. Telur mentah (Kuning Sahaja)
- Keracunan/ menggemukkan/ mencantikkn bulu kucing.
13. Air kelapa Muda
- Keracunan/ demam/ jaundice.
14. Air garam/ air kangkong
- Keracunan.
15. Arang/ pil arang
- Keracunan dan cirit birit. Ada jual pil arang kat farmasi. Kalau kat bekas pasir kucing tumbuk pun boleh letak gaul dengan pasir. Arang yang besar letak dalam bekas lain. Tugas arang menyerap bau busuk.
16. Susu kambing
- Demam/ jaundice.
17. Tempe rebus
- Cirit birit.
18. Daun cerita @ Daun Hempedu Bumi
- Cacing. Ramas dan ambil air bagi minum. Daun boleh dibagi makan begitu saja.
19. Pokok galak kucing.
- Khusus untuk bunuh cacing dalam perutnya. Kucing memang pandai cari ubat ni. Andai yang outdoor, rebus dari daun ke akar.. dari 3 cawan jadikan ke 1 cawan. Bila dah sejuk, bagi minum sesudu sehari. Boleh lihat sendiri cacing tu kan bergulung² mati di najisnya. Insyaallah..
20. Minyak kelapa dara (Virgin coconut oil)
- Menguatkan immune sistem/ mencantikkan bulu/ menggemukkan/ kurap/ fungus/ ear mites. Gunakan cotton wool/cotton bud cucikan dalam telinga.
21. Bedak ular
- Memutihkan bulu kucing/ kutu/ fungus. Letak di bahagian yang kucing tak boleh jilat kemudian kuarantin kucing daripada kucing² lain.
22. Daun tembaga suasa
- Untuk kucing yang patah atau seliuh. Ambil daun ni, sangai kan seketika biar layu dan sapukan sedikit minyak but but @ minyak gamat. Balut di kawasan seliuh dan 'bandage' kan. Biarkan semalaman..
23. Minyak but but
- Sekiranya kucing patah kaki, tangan, pinggang ni yang terbaik.. carilah minyak but but. Tak kisah jenama apa pun. Simpan satu kat rumah masa kecemasan. Cari yang tak panas.
24. Air perahan lobak putih
- Batu karang.
25. Himalaya cystone tablets
- Batu karang. Boleh beli di Shoppe
Moga bermanfaat.🌹(credit to post owner❤️)