25/02/2021
IKAN TAK MATI KE KALAU POS?
Banyak mesej @30 home betta dapat untuk peminat2 ikan laga luar dari kawasan kami sejak akhir-akhir ni.
"Yes, boleh bang, boleh sis, boleh dik"
Ikan laga aka ikan karin ni memang dikenali sebagai ikan yang tahan lasak. Jangan risau utk peminat-peminat yang jauh dari kawasan 30 home betta, kami boleh pos. Kami menggunakan courier khas utk mengendalikan ikan hidup anda.
Ikan comel-comel ni kami letakkan dalam kotak gabus putih untuk pastikan suhu ikan pilihan pelanggan kami sentiasa dalam keadaan baik dan stabil🥰🥰 jadi tak payah gelisah kalau ikan cantik ni nanti dirisik orang. Boleh contact kami utk memilih ikan pilihan hati anda. Yang penting ikan yang cantik-cantik ni sampai ke anda😍
Kos postage? Kuantiti 1 hingga 3 ekor hanya RM15 sahaja dan ikan hidup ini sampai dengan selamat ke tangan anda, Insya Allah.
Jangan berhenti cuci-cuci mata di 30 home betta ya gais!