05/09/2021
Channa Barca aka The King of Channa!
*Note: penulisan ini hanyalah informasi yg diceritakan kepda admin dari sahabat/keepers/supplier Channa di India. Mohon betulkan sekiranya ada maklumat yg salah atau penambahan maklumat utk pengetahuan bersama. 😊
Habitat Channa Barca terletak di dalam kawasan sebuah taman negara di India yang terletak di tebing utara Sungai Brahmaputra, Assam. Kawasan ini merupakan antara kawasan yang paling dilindungi oleh kerajaan India atas faktor konservasi terhadap haiwan yang hampir pupus di India iaitu ‘The Great’ badak bertanduk satu dan beberapa haiwan lain seperti gajah asia, babi pigmi dan harimau bengal. Pernah diceritakan dimana ada 2 orang hunter (Channa Barca) ditembak mati atas cubaan memasuki kawasan tersebut utk mendapatkan Channa Barca. Kena tembak terus der! Sebab tu lah harga Channa Barca ni MAHAL!
Channa Barca biasanya ditangkap apabila bermulanya musim tengkujuh dimana sungai-sungai / tasik di dalam kawasan ini mulai banjir dan melewati kawasan sempadannya. Ketika ini lah para hunter berpeluang utk menangkap (secara selamat) Channa Barca kerana ia telah keluar dari kawasan (yg dilindungi) tersebut disebabkan banjir.
Iklim di kawasan ini merangkumi tiga musim iaitu, musim panas, monsun, dan sejuk. Variasi suhu yang terhasil pada musim2 ini adalah diantara 5 –15 ° C (musim sejuk) sehingga 30 –32 ° C pada (musim panas).
Tetapi, di sungai/tasik manakah di dalam kawasan ini dan bagaimana rupa sungai/tasik tersebut masih menjadi tanda tanya…bole buat research sama-sama nt 😉
Copy&paste
kredit pd owner/penulis asal