05/06/2026
NOTIS TERAKHIR
Berhubung kejadian pada (4 June 2026) di mana seorang individu telah mengambil barang dari premis kami tanpa membuat pembayaran, kami telah memberikan peluang yang mencukupi untuk perkara ini diselesaikan secara baik.
Sehingga kini tiada sebarang respon atau usaha untuk menyelesaikan bayaran tersebut.
Rakaman CCTV dan bukti berkaitan berada dalam simpanan kami. Sekiranya tiada maklum balas diterima dalam masa terdekat, laporan polis akan dibuat dan tindakan lanjut akan diambil mengikut peruntukan undang-undang.
Kami berharap pihak berkenaan tampil bertanggungjawab dan menyelesaikan perkara ini dengan segera.
Wajah individu tidak didedahkan sepenuhnya bagi memberi ruang kepada pihak berkenaan untuk tampil menyelesaikan perkara ini secara baik."