25/05/2026
📍Extreme Grooming Cases by PinkyPaws Cat Hotel & Grooming,,
Ada customer tanya, Extreme Grooming tu macam mana?? Hehe,, kite throwback la sikit, kebetulan pernah up kes ni dulu, dpt lah share kan semula sebagai panduan kan 🤗,,
Sebelum tu,nak letak disclaimer siap2. Kucing ni adalah rescuer cats, ada 2 ekor,baka yg sama. Semalamnya customer ambil dari owner lama,esoknya terus hantar kepada kami utk Lioncut.
Ya, plan asal cust req LC. Tp mmg tak boleh nak Lioncut,semua bulu ketat melekat, clipper tak boleh lepas. Bincang semula dgn cust dan beliau bg permission utk buat yg terbaik selagi boleh utk selamatkan budak2 ni. (Maaf lama sangat dh lupa nama meow ni 🙏🏻😂)
Perasaan tu tak boleh la nk digambarkan macam mana. Sedih,kesian, pening pun ada. Bau teramat2 meloyakan,setiap saat tahan gelodak perut nak muntah. Kite ni bukan jenis sensitif dgn bau,tp mmg serius busuk, 2-3hari bau masih melekat dlm fikiran tau lepas tu.
Kucing sgt oversensitif dgn sentuhan. Tak tau berapa lama tak pernah mandi. Apelagi di sikat bulunya. Bila dia bergerak ada satu bunyi,hentaman batu sebab berlaga dgn meja grooming stainless steel kami. Rupanya,itu adalah ekor kucing ni! Ketulan tu besar,berat, ketat sampaikam muncung tajam gunting tak boleh masuk ke bahagian ekor ni .
Tahi melekat pd keseluruhan bawah badan, perut, kaki, montot, tapak kaki, hingga ekor. Ada batu2 dlm bulu dia, pasir2, sampah2 kecil, habuk, daun2. Yang ajaibnya, dlm keadaan kotor busuk, budak ni tak ada Kutu! 😂
Start 9am hingga hampir 1pm bersilat dgn budak ni, Grooming belum lagi tau. Selepas berhempas pulas sorang2 (masa ni belum ada staff lagi).
Ingatkan budak ni, oku sbb dia tak pandai berdiri & berjalan. Cara dia bergerak tu lain sgt, ingatkan dia KKu. Rupanya kuku2 budak semua terbenam masuk ke dalam paws ye. Isi paws merah & bengkak. Mmg tak bg kite pgg lgsg area2 tgn dia. Tp tetap kite potong ingrown nail s tu.
Kalau nak cerita, panjang lagi. Ape yg boleh kite cakap, sedih bila tgk budak ni mula nk berjalan selepas siap grooming. Dgn umur yg dewasa tu, beliau tak pandai berjalan sbb kuku2 yg terbenam ke isi paws menyiksakan utk berjalan & berdiri sekian lama. Nampak sisi muka yg ceria bila tak ada lg bulu2 yg tertarik kulit & Kite yg tgk dpt rasa, yg budak ni dh tak rasa bawa beban 'ketul' ekor yg berat tu bila bergerak.
Kalau ini rasa teruk, No !! hehe ada yg lg teruk. Nanti kite share lagi okay 😮💨..
Nak bgtau kat sini, mcm mana teruk pun keadaan kucing korang, kalau boleh jangan simpan2. Menyiksakan. Hantar dorang grooming dgn tetap supaya kucing sihat bersih. Jangan ingat dorg je yg kotor tau, kite pun boleh kena tempias. Lagi2 pada budak kecik & org tua.
Whatsapp utk booking Grooming & Pet Hotel ;
☎️ : https://beacons.ai/pinkypaws
☎️ : https://beacons.ai/pinkypaws
pst : Sebahagian gambar yg kite rasa sopan utk dikongsikan pada tatapan umum hehe,,