
07/08/2025
KUANTAN: Bekas Ketua Balai Polis Cherating didenda RM20,000 selepas menukar pengakuan daripada tidak bersalah kepada bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam, terhadap 40 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5,850 antara Januari 2021 hingga September 2022.
Mengikut pertuduhan, anggota polis berusia 56 tahun itu menerima antara RM150 hingga RM1,000 daripada beberapa individu yang mempunyai kaitan dengan tugas rasminya.
Sumber: BULETIN TV3