The Kitty Coon

The Kitty Coon Find us on social media

05/11/2020
ππ€π‡π€π˜π€ ππ€π‘π•πŽπ•πˆπ‘π”π’ (sila baca kalau sayangkan kucing anda 😘)𝐀𝐏𝐀 πˆπ“π” ππ€π‘π•πŽπ•πˆπ‘π”π’β“β€’ Parvo atau nama penuhnya 𝘍𝘦𝘭π˜ͺ𝘯𝘦 π˜—π˜’π˜³π˜·π˜°π˜·π˜ͺ𝘳...
17/06/2020

ππ€π‡π€π˜π€ ππ€π‘π•πŽπ•πˆπ‘π”π’ (sila baca kalau sayangkan kucing anda 😘)

𝐀𝐏𝐀 πˆπ“π” ππ€π‘π•πŽπ•πˆπ‘π”π’β“
β€’ Parvo atau nama penuhnya 𝘍𝘦𝘭π˜ͺ𝘯𝘦 π˜—π˜’π˜³π˜·π˜°π˜·π˜ͺ𝘳𝘢𝘴 (π˜π˜—π˜) atau juga dikenali sebagai FIE- Feline Infectious Enteritis (radang usus menular) dan Feline Panleukopenia.
β€’ Sejenis virus yang sangat degil dan boleh hidup dalam persekitaran dalam jangka masa yang panjang.
β€’ Virus yang sangat mudah menyerang anak kucing berumur 4 minggu hingga 12 minggu dan juga kucing yang belum divaksin terutamanya.
β€’ Mudah berjangkit dengan kucing yang lain dengan cepat dan mengakibatkan kematian mengejut.

𝐂𝐀𝐑𝐀 π‰π€ππ†πŠπˆπ“π€π ππ€π‘π•πŽπ•πˆπ‘π”π’
1. Melalui persekitaran yang tidak bersih.
2. Kucing yang positif parvo akan mengeluarkan virus melalui cecair, lendiran atau najis. Jadi lalat atau serangga yang hinggap pada agen tersebut akan merebakkan virus pada kucing lainnya.
3. Virus parvo boleh merebak melalui angin dan juga sentuhan terus pada kucing positif parvo

𝐓𝐀𝐍𝐃𝐀-𝐓𝐀𝐍𝐃𝐀 πŠπ”π‚πˆππ† π“π„π‘πŠπ„ππ€ ππ€π‘π•πŽπ•πˆπ‘π”π’
1. Murung, tidak mahu makan dan minum.
2. Muntah-muntah (Mengeluarkan buih atau basah pada keliling mulut)
3. Kucing lebih s**a duduk di tempat sejuk akibat rasa dahaga yang melampau.
4. Cirit birit yang berterusan. (Najis kekuningan, berbau busuk/ hanyir serta sedikit berdarah)
5. Mengalami suhu demam yang tinggi. Suhu badan kucing tidak stabil
6. Dehidrasi- akibat kucing tidak mahu minum dan makan.
7. Kucing lemah dan tidak bermaya.
8. Kadang-kadang kucing langsung tidak menunjukkan tanda-tanda di atas. Hari ini masih aktif dan tiba-tiba mati pada esoknya.

πŒπ„ππ‚π„π†π€π‡ π‹π„ππˆπ‡ ππ€πˆπŠ πƒπ€π‘πˆ πŒπ„ππ†π”ππ€π“πˆ
1. Pencegahan yang paling berkesan ialah π™‘π˜Όπ™†π™Žπ™„π™‰π˜Όπ™Žπ™„ yang lengkap.
2. Jaga kebersihan rumah dan persekitaran.
3. Indoor kan kucing bagi mengelakkan kucing keluar rumah yang nyata terdedah dengan pelbagai risoko penyakit merbahaya.

14/06/2020

Happy Sunday everyone 🌻🌻

Address

Pahang Tua
26200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when The Kitty Coon posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category