23/06/2023
Saya kongsi tip untuk pokok bidara.
Pokok bidara biasanya ada dua di Malaysia, dikatakan y berduri banyak itu dari tanah arab dan yang berbuah besar seperti pokok saya adalah bidara epal atau vietnam. Pokok bidara y banyak duri tu akan dikawinkan dgn bidara epal.
Bila kawinkan sulur atau dahan pokok bidara duri banyak akan keluar dari celah tanah dekat pangkal pokok atau sekitarnya. Maka wajib buang dahan tersebut, kerana ianya akan jadi dominant dan bidara epal akan mati. Mesti potong yer..
Jika pokok banyak bunga tapi buah x lekat itu bermakna kawasan tuan puan tiada atau kurang serangga pendebungaan seperti lebah, black soldier fly, semut yang baik atau lain2. Jika tiada atau kurang maka buah tidak akan jadi, sebab itu amat penting berkawan dengan lebah atau kelulut. Tanam bunga2 di tepian untuk jemput mereka.
Baja saya pakai hanya tahiayam palet yang siap diproses, tiada baja istimewa dan tuan puan boleh pakai apa2 baja y munasabah kepada pokok. Seperto baja kopi.
Buah mesti dibalut ketika sebesar ibu jari, lalat buah akan hingap dan suntik telur maka buah akan ada lava dan merosakkan buah secara total.
Untuk tidak mahu buah jadi kering, pastikan pokok bersiram setiap hari jika tanam di pasu atau polibeg besar. Jika tanam dekat tanah pastikan tanah adalah sesuai.
Kredit: Maszeli Mohammad Wee
https://www.facebook.com/natureparadisegardenofficial?mibextid=LQQJ4d