31/05/2025
SAYANGI HAIWAN, JANGAN MENGANIAYAI MEREKA
Dalam kehidupan ini, setiap makhluk ciptaan Tuhan mempunyai hak untuk hidup dengan aman dan penuh kasih sayang.
Walaupun tidak mampu berkata-kata, mereka tetap merasai sakit, takut, sedih sama seperti manusia.
Sayangilah haiwan seperti mana kita menyayangi sesama manusia. Janganlah kita menjadi punca penderitaan hanya kerana mereka tidak mampu membela diri. Hormatilah setiap nyawa — kecil atau besar, semuanya adalah amanah yang perlu kita lindungi.
#30052025