Klinik Haiwan Baraqah

Klinik Haiwan Baraqah Small animal practitioner in jasin area

03/06/2025

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Klinik Haiwan Baraqah Tangkak sedang mencari seorg pembantu klinik. Mula bekerja a.s.a.p melalui tempoh percubaan selama seminggu atau 2 minggu. Gaji sepanjang tempoh percubaan RM150 seminggu. Jika diterima, berikut merupakan tawaran majikan

gaji : RM 1700
hari bekerja : 5 hari seminggu (cuti mengikut giliran yg dipersetujui kemudian)
waktu bekerja : 9.00 pg - 6.00 ptg

sila hantarkan resume kepada no tertera :
Dr Helmy 0136404026

01/06/2025

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Esok klinik akn beroperasi seperti biasa. Cuti akn digantikan kepada hari isnin 9/6/2025. Mummy daddy bulus boleh terus walk in ke klinik bg mendapatkan perkhidmatan terbaik dr kami☺️☺️☺️☺️. Klinik beroperasi dr jam 10 pg hingga 6 ptg seperti biasa. Dapatkan promo2 yg berlangsung sepanjang bulan Jun ini👍🏼👍🏼

15/04/2025

Assalamualaikum dan salam sejahtera, klinik beroperasi seperti biasa hari ni. Jumpa di klinik ye mummy daddy bulus semua👋🏼👋🏼

KLINIK HAIWAN BARAQAH JASIN
Buka setiap hari
10.00 pg- 6.00 ptg (rehat 1.30-2.30)
Jumaat buka 10.00 pg- 6.30 ptg (rehat 12.00-2.30 ptg)

KLINIK HAIWAN BARAQAH TANGKAK
Buka setiap hari
10.00pg - 6.00 ptg (rehat 2.30-3.30 ptg)
Jumaat buka 10.00pg-6.30ptg (rehat 12.00-2.30 ptg)

Assalamualaikum dan salam sejahtera, hari ni kami ingin berkongsi maklumat berkenaan penyakit Feline hemotropic mycoplas...
14/04/2025

Assalamualaikum dan salam sejahtera, hari ni kami ingin berkongsi maklumat berkenaan penyakit Feline hemotropic mycoplasmosis yang menyerang sel darah merah anak2 bulus kita. Penyakit ini merupakan penyakit bawaan kutu. Bakteria tersebut akan menyerang sel darah merah seterusnya sel darah merah akan terhapus dan mnyebabkan kekurangan sel darah merah serta mampu menyebabkan penyakit kekuningan pd kucing akibat drpd kadar pemusnahan sel darah merah mengatasi kadar proses sel darah merah yang musnah.

Kebanyakan kes ini tidak akan menunjukkan simptom sehingga keadaan sudah menjadi berat atau kritikal. Di sini, kita melihat kepada kepentingan meletakkan ubat kutu bagi mengawal dan menghapuskan populasi kutu pada badan anak2 bulus kita.

Dapatkan produk2 dan nasihat bagaimana mengawal kutu pd anak bulus anda di klinik kami yg berdekatan.

KLINIK BEROPERASI

BUKA SETIAP HARI (ISNIN-AHAD)
10.00 PG - 6.00 PTG
(rehat jasin 1.30-2.30, tangkak 2.30-3.30)

JUMAAT BUKA 10.00 PG - 6.30 PTG (rehat 12.30-2.30)

28/03/2025

Assalamualaikum dan salam sejahtera, klinik akan menangguhkan perkhidmatan bermula 30/3/2025 - 3/4/2025 sempena sambutan syawal 2025. SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN dr kami team KHB JASIN DAN TANGKAK.

24/03/2025

assalamualaikum dan salam sejahtera, hari ni Dr nk share beberapa informasi berkenaan penyakit yang membawa maut bawaan virus corona. Feline infectious peritonitis adalah salah satu penyakit yang tiad ubat spesifik mampu merawatnya. Simptom yang harus diperhatikan oleh mummy daddy bulus adalah seperti kesukaran bernafas, saiz perut yang semakin besar, cirit, hilang selera makan, hilang berat badan, demam dan kelihatan muram sentiasa. Sekiranya anak bulus mula menunjukkan simptom berikut, sila bawa ke klinik haiwan berdekatan bagi mendapatkan diagnosis dan rawatan yg sepatutnya sebelum terlewat.

Small animal practitioner in jasin area

Assalamualaikum dan salam sejahtera. PEMANDULAN, 1 topik yang lapuk tp masih gagal difahami secara meluas. Kebaikan pema...
18/03/2025

Assalamualaikum dan salam sejahtera. PEMANDULAN, 1 topik yang lapuk tp masih gagal difahami secara meluas. Kebaikan pemandulan mengatasi batas kekurangannya.

Klinik menyediakan perkhidmatan pemandulan untuk semua anak bulus kesyangan anda. Hubungi no tertera untuk sebarang pertanyaan harga dan perkhidmatan disediakan.

KHB Jasin 065121003 atau 0138815178
KHB Tangkak 0193216209

Klinik dibuka setiap hari 10.00 pg - 5.00 ptg sepanjang ramadhan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera, pernah x melihat kucing terlalu kerap kencing sikit2? Kenapa kucing saya kerap ke t...
11/03/2025

Assalamualaikum dan salam sejahtera, pernah x melihat kucing terlalu kerap kencing sikit2? Kenapa kucing saya kerap ke toilet tp xde pun kencing?
Jangan tunggu lagi, dapatkan rawatan segera sebelum melarat.

Klinik dibuka setiap setiap hari, 10.00 pg-5.00 ptg.

02/03/2025

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Marhaban ya ramadan. Sempena bulan ramadan ini klinik haiwan baraqah cawangan tangkak dan jasin beroperasi dari jam 10 pagi hingga jam 5 ptg, tanpa waktu rehat. Semoga ramadan ini membawa keberkatan dan keredhaan Allah SWT kepada kita semua.

Small animal practitioner in jasin area

FELINE CALICI VIRUSApa tu?-Penyakit virus yang sangat mudah berjangkit menyerang kucing,  menyebabkan masalah pernafasan...
24/11/2024

FELINE CALICI VIRUS

Apa tu?
-Penyakit virus yang sangat mudah berjangkit menyerang kucing, menyebabkan masalah pernafasan dan mulut

Berapa banyak kucing kene penyakit ini?
-kajian dilakukan di Italy pada tahun 2019 menunjukkan 85% daripada kucing jalanan dijangkiti penyakit ini. Tiada kajian di Malaysia di lakukan terhadap kucing jalanan lagi, tetapi data tersebut membuktikan kebolehan virus ini menjangkiti kucing dengan mudah.

Macam mana ia merebak?
-Sentuhan langsung->air liur, pelepasan hidung, atau cairan mata dari kucing yang dijangkiti.
-Sentuhan tidak langsung->permukaan yang tercemar seperti mangkuk makanan, tempat tidur, atau kotak sampah yang digunakan oleh kucing yang dijangkiti.
-Titisan aerosol yang terhasil apabila kucing yang dijangkiti batuk atau bersin, boleh menyebarkan virus ke udara

Apakah simptom jika dijangkiti?
-Selsema
-Bersin
-Batuk
-Sakit mata
-Ulser didalam mulut menyebabkan mulut berbau busuk
-Hilang selera makan akibat sakit mulut.
-Demam
-Sakit sendi bagi kes jangkitan teruk

Rawatan?
-Tiada ubat anti-viral yang mampu melawan jangkitan virus ini lagi
-Rawatan diberikan mengikut simtom

PENCEGAHAN
-Vaksinasi: Cara yang paling berkesan untuk mencegah simtom dan kematian akibat FCV adalah dengan memberikan vaksin. Vaksin ini merupakan sebahagian daripada vaksin FVRCP (Feline Viral Rhinotracheitis, Calicivirus, dan Panleukopenia) yang biasanya diberikan kepada anak kucing bermula pada usia 6-8 minggu, diikuti dengan suntikan penggalak mengikuti jadual yang ditetapkan kemudian.

-pencegahan melalui pembersihan permukaan kawasan amat sukar bagi membunuh virus ini kerana virus ini merupakan virus RNA dan mempunyai tahap kerintangan yang tinggi terhadap pelbagai bahan pencuci. (Kebal susah utk dibunuh)

Berikan perlindungan terbaik kepada anak bulus anda dengan memberikan imunisasi terbaik di klinik kami dan mengikut jadual yang diberikan.

Imunisasi tidak menghalang kucing dari terkena jangkitan tetapi membantu badan anak bulus melawan jangkitan tersebut.

Klinik beroperasi seperti biasa

Cawangan Tangkak
Buka setiap hari 10.00 pg- 6.00 ptg (rehat 2.30-3.30 ptg)
Jumaat 10.00 pg - 6.30 ptg (rehat 12.30-2.30 ptg)

Cawangan Jasin
Buka Setiap hari 10.00 pg - 6.00ptg (rehat 1.30-2.30ptg)
Jumaat 10.00 pg - 6.30 ptg (rehat 12.30-2.3 ptg)

X perlu booking, just walk-in☺️

-PARVO VIRUS-Feline Parvo Virus (FPV), juga dikenali sebagai Feline Panleukopenia Virus (FPV) atau Feline Distemper, ada...
21/11/2024

-PARVO VIRUS-

Feline Parvo Virus (FPV), juga dikenali sebagai Feline Panleukopenia Virus (FPV) atau Feline Distemper, adalah penyakit yang sangat mudah berjangkit dan berbahaya bagi kucing. Virus ini mampu menyerang sistem imun, saluran pencernaan, dan sel-sel sumsum tulang

Gejala penyakit :
-Demam tinggi (39.5-41.0)
-Kehilangan selera makan
-Muntah dan cirit-birit (berdarah)
-Loya dan kelesuan
-Dehidrasi
-Penurunan jumlah sel darah putih
-Kematian mengejut

Rawatan
Tiada ubat spesifik yang mampu melawan jangkitan virus. Hanya rawatan kepada simptom yang dialami kucing seperti cecair intravena untuk merawat simptom dehidrasi, ubat demam untuk mengawal suhu badan, ubat tahan muntah dll.

Pencegahan
Cara terbaik untuk melindungi kucing daripada jangkitan Feline Parvo Virus adalah dengan vaksinasi. Vaksin Feline Panleukopenia adalah sebahagian daripada vaksin gabungan yang juga melindungi kucing daripada beberapa penyakit lain.

Kucing yang baru lahir boleh menerima vaksin seawal usia 6-8 minggu.

Berikan perlindungan terbaik kepada anak bulus mummy daddy dengan memberikan vaksin di klinik dan mengikut jadual yang akan diberikan.

Klinik beroperasi seperti biasa

Cawangan Tangkak
Buka setiap Hari 10.00 pg- 6.00 ptg (rehat 2.30-3.30 ptg)
Jumaat 10.00pg-6.30 ptg (rehat 12.30-2.30 ptg)

Cawangan Jasin
Buka setiap hari 10.00 pg-6.00 ptg (rehat 1.30-2.30 ptg)
Jumaat 10.00 pg-6.30 ptg (rehat 12.30-2.30 ptg)

*tidak memerlukan booking just walk-in😁

Address

JC554, Jalan BESTARI 5
Malacca City
77200

Opening Hours

Monday 10:00 - 14:30
15:30 - 18:00
Tuesday 10:00 - 14:30
15:30 - 18:00
Wednesday 10:00 - 14:30
15:30 - 18:00
Thursday 10:00 - 14:30
15:30 - 18:00
Friday 10:00 - 12:15
14:30 - 18:30
Saturday 10:00 - 14:30
15:30 - 18:00
Sunday 10:00 - 15:00

Telephone

+6065121003

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Haiwan Baraqah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Klinik Haiwan Baraqah:

Share

Category