Catzonia Cheng

Catzonia Cheng Catzonia Hostails Sdn. Bhd. (1183045-K)
A premium and purrfect place for cats, which provides luxury cat boarding hotel services, grooming, and cat spa services.

Est 2015

Kenapa kucing tak s**a air? 💦🐱Pernah terfikir tak kenapa setiap kali nampak air, kucing terus panic mode? 😅Sebenarnya, a...
11/01/2026

Kenapa kucing tak s**a air? 💦🐱

Pernah terfikir tak kenapa setiap kali nampak air, kucing terus panic mode? 😅

Sebenarnya, ada sebab.
Asal-usul kucing datang dari kawasan kering — jadi air bukan “kawan baik” diorang.
Tapi faktor paling besar… bulu 🐾

Bulu kucing ni direka untuk kekalkan haba badan.
Bila basah, bulu jadi berat, lambat kering, dan buat kucing rasa tak selesa.
Lagi satu, bulu basah buat pergerakan diorang jadi perlahan — dan secara naluri, itu bahaya sebab senang jadi mangsa.

Tapi eh… plot twist 👀
Tak semua kucing benci air.

Harimau contohnya, siap masuk sungai untuk sejukkan badan & memburu.
Malah ada baka kucing peliharaan yang memang enjoy main air macam:
🐯 Maine C**n
🐆 Bengal
🤍 Turkish Van

Bulu diorang lebih tahan air berbanding kucing biasa.

So kalau kucing korang menjerit macam drama bila kena air…
👉 itu normal, bukan mengada 😆💙

10/01/2026

mugi si comel kita 🫶🫶🫶

Kucing Indoor Pun Boleh Kena Kutu? 🐾Jawapan dia… boleh 😅Walaupun kucing tak pernah keluar rumah, kutu boleh masuk melalu...
16/12/2025

Kucing Indoor Pun Boleh Kena Kutu? 🐾

Jawapan dia… boleh 😅

Walaupun kucing tak pernah keluar rumah, kutu boleh masuk melalui manusia, pakaian, beg, kasut, atau bila ada kucing baru masuk ke rumah. Kutu ni pandai menumpang.

Antara tanda biasa:

- Kucing kerap garu
- Ada bintik hitam halus dekat kulit
- Bulu gugur lebih dari biasa

Sebab tu prevention & grooming berkala tetap penting, walaupun kucing indoor sepenuhnya. Lagi awal cegah, lagi senang jaga.

📞 Nak check atau nak tahu cara cegah kutu?
Catzonia Cheng — https://wa.me/message/VQC3KYPM2UVRF1

Perkenalkan ini Cleo 😻Bulu Cleo sebenarnya taklah bergumpal teruk, cuma bila dibiarkan lama-lama, mula kusut dan jadi su...
13/12/2025

Perkenalkan ini Cleo 😻
Bulu Cleo sebenarnya taklah bergumpal teruk, cuma bila dibiarkan lama-lama, mula kusut dan jadi susah nak urus di rumah.

Owner Cleo pun cerita…
Cleo ni kucing bulu panjang, tapi masa nak sikat selalu tu memang tak ada.
Jadi kami cadangkan satu potongan yang paling praktikal — Teddy Bear Cut 🧸

✨ Kenapa Teddy Bear Cut jadi pilihan?
• Kurang kusut & gumpal
• Lebih senang jaga harian
• Kurang bulu gugur di rumah
• Kucing nampak kemas, bulat & comfy
• Owner pun jimat masa 😉

Ringkas, praktikal & tetap comel!

Kalau kucing anda macam Cleo juga, mungkin Teddy Bear Cut ni jawapannya 🐾

📞 Nak booking? Boleh hubungi kami di (Catzonia Cheng) https://wa.me/message/VQC3KYPM2UVRF1

08/12/2025

Hai, nama saya Suika :3

Hari ni Abu datang dengan masalah yang ramai owner tak sangka boleh jadi — bulu terkena gam tikus. Bukan sikit, tapi ban...
07/12/2025

Hari ni Abu datang dengan masalah yang ramai owner tak sangka boleh jadi — bulu terkena gam tikus. Bukan sikit, tapi banyak ya 😱 Kalau terkena gam tikus ni, kena mandi banyak kali baru betul-betul bersih.

Jadi kami cadangkan pada owner untuk buat Lion Cut je, lebih jimat! Lagipun Abu ada bulu bergumpal yang dah keras diatas badan. Ni kalau sikat, memang akan tarik kulit dan rasa sakit. Kesian dia nanti..

Lion cut ni bukan botak saja-saja je ya, tapi untuk:

✔️ Buang semua bulu yang dah melekat & keras (matted)
✔️ Senang nak jaga & pantau kawasan yang affected (jika terkena kutu & fungus yang teruk)

Lepas Lion Cut, Abu nampak bersih, kemas dan selesa. Owner pun senang nak urus bulu selepas ni 😀

📞 Nak tanya pasal grooming?
Catzonia Cheng — https://wa.me/message/VQC3KYPM2UVRF1

Korang perasan tak kenapa kucing asyik jilat sampai botak? 😿Kadang kita nampak dia relax je grooming, tapi bila tengok l...
06/12/2025

Korang perasan tak kenapa kucing asyik jilat sampai botak? 😿

Kadang kita nampak dia relax je grooming, tapi bila tengok lama-lama… eh, bulu dah nipis, siap merah di tempat sama. Itu tanda “overgrooming”.

Banyak punca kucing “overgrooming” ni.

Paling biasa, stress. Pindah rumah, ada kucing baru, atau bunyi bising pun boleh buat dia gelisah. Bila dia tak tenang, dia jilat diri untuk rasa lebih selesa.

Kadang sebab gatal – kutu, fungus atau alergi. Kalau tempat itu selalu gatal, memang akan fokus jilat sampai botak.

Bila sakit dalam badan pun boleh jadi. Sakit sendi atau perut, dia cuba “rawat” dengan menjilat di kawasan tu.

Dan ada yang bosan. Indoor cat yang tak cukup main, tak cukup challenge… grooming jadi hobi.

🧴 Apa boleh buat?
Bagi aktiviti setiap hari, check kulit, rawat kutu/fungus kalau perlu, dan tengok rutin dia. Kalau botak makin besar – bawa jumpa vet. Lebih cepat, lebih senang rawat 🐾

Dan nak kulit & bulu kucing lebih terjaga? Boleh datang untuk grooming di Catzonia Cheng ✨ kita bantu check kulit, potong kuku, mandikan & bersihkan ikut keperluan kucing anda.

📲 WhatsApp kami untuk booking! https://wa.me/message/VQC3KYPM2UVRF1

Ramai owner ingat alergi hanya berlaku pada manusia. Tapi sebenarnya, kucing pun boleh alami allergic reaction sebab bul...
03/12/2025

Ramai owner ingat alergi hanya berlaku pada manusia. Tapi sebenarnya, kucing pun boleh alami allergic reaction sebab bulu sendiri.
Biasanya berlaku bila:
🐱 Kucing terlalu banyak bulu mati yang tak dibuang → udara penuh debu & serpihan kulit.
🐱 Grooming jarang dilakukan, jadi bulu kusut, lembap, atau terlalu tebal.
🐱 Kulit sensitif / sistem imun lemah → mudah teriritasi sendiri.

Tanda-tanda:
❗Kerap garu / jilat badan berulang kali
❗Kulit merah atau kering
❗Bulu mudah gugur & tak sekata

Tip:
✅ Grooming secara konsisten → buang bulu mati & kurangkan serpihan.
✅ Medicated bath bila kulit sensitif → legakan gatal & iritasi.

📞 Nak booking slot grooming? Hubungi kami di: https://wa.me/message/VQC3KYPM2UVRF1

Aduii, pening kepala bila rumah ada bau kucing. Cat parents mesti tau bau tu macam mana kan.. Jangan risau, ada cara sim...
02/12/2025

Aduii, pening kepala bila rumah ada bau kucing. Cat parents mesti tau bau tu macam mana kan.. Jangan risau, ada cara simple untuk pastikan rumah wangi walaupun ada si bulus atau banyak kucing kat rumah.

Tips mudah:

~Tukar & cuci litter box kerap → bau tak ‘melekat’ di rumah.

~Grooming kucing secara konsisten → buang bulu mati & kurangkan bau kulit.

~Gunakan pasir rendah habuk / low-dust → kurangkan bau dan debu terbang.

~Cuci bedding / tuala kucing sekurang-kurangnya seminggu sekali.

~Pastikan rumah tidak lembap → kulat & bau s**a kawasan lembap.

Dengan rutin simple ni, rumah tetap wangi, kucing pun happy sebab environment dia bersih!

📞 Nak booking slot grooming? Hubungi kami di: https://wa.me/message/VQC3KYPM2UVRF1

30/11/2025

Share gambar kucing korang kat komen 😍

Address

11, Jalan Inang 2, Taman Paya Rumput Utama, Melaka
Malacca City
76450

Opening Hours

Monday 08:00 - 19:00
Tuesday 08:00 - 19:00
Thursday 08:00 - 19:00
Friday 08:00 - 19:00
Saturday 10:00 - 19:00
Sunday 10:00 - 19:00

Telephone

+601115239606

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Catzonia Cheng posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Catzonia Cheng:

Share

Category