27/07/2022
Info Pokok Indigofera
Berikut adalah maklumat penting mengenai Pokok Indigofera :
®Pokok Indigofera mudah dijaga dan mudah ditanam.
®Pokok Indigofera mengandungi protein yang tinggi (31%).
® Sesuai sebagai makanan untuk ayam kampong, ayam kacuk, ayam daging, ayam telur, kambing, lembu, arnab, itik, ayam piru, burung puyuh, ikan lampam, talapia dan ternakan-ternakan lain.
®Ternakan yang memakan daun Indigofera memiliki daya tahan dari penyakit.
®Ternakan yang memakan daun Indigofera dagingnya akan rasa lebih enak dan kurang lemak.
®Ayam @ itik yang memakan daun Indigofera kuning telurnya akan lebih pekat dan mengandungi lebih Omega 3 berbanding telur biasa.
®Pokok Indigofera memerlukan air yang mencukupi pada peringkat awal ditanam.
®Tanah yang mana pokok pisang subur hidup, insyaallah subur pokok Indigofera hidup.
® Daunnya tidak beracun dan tiada antinutritif (tenin dan selulosa) yang membolehkan protein diserap terus ke dalam badan ternakan bagi membantu mempercepatkan tumbesaran.
®Daun segarnya boleh diberi makan terus kepada ternakan atau diproses sekali gus dapat mengurangkan kos makanan ternakan.