25/11/2025
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera🥺
Sesiapa yang Kenal seseorang bernama Norhaslinda Bt Bahador/ Mohamad, umur 25 thn, alamat terakhir di Tmn Aman Senai, blh PM kami, @ hubungi beliau untuk segera datang ke klinik esok. Beliau langsung tidak tanya khabar kucing beliau.
Kesian kucing rahim terkeluar dan pembedahan telah di buat pada lewat malam pada hari jumaat kerana beliau datang di hujung Waktu operası klinik pada hari yang sama dimana beliau bawa kucing tersebut ke klinik dan berjanji Untuk Ambil semula pada keesokan hari nya Sabtu. Tetapi sehingga hari ini tak datang. Malah no telefon yang diberikan “tiada dalam perkhidmatan”. Alamat rumah juga tidak valid kerana kami telah ke sana.
No IC 000413-01-###X
Untuk Pengetahuan awak, kami telah cuba menghubungi awak sejurus pembedahan itu selesai pada malam tersebut. Kami telah melakukan tanggungjawab kami dan ihsan kami.
Diharapkan awak tidak melupakan kucing yang awak bela dari kecil ini. Beranak 5 ekor katanya… anak anak dia minum susu apa kalau tiada ibu nya? 😡
Tindakan undang undang dan report polis akan diambil sekiranya anda gagal mengambil Kucing ini. (Baca dengan nada tegas)😤
Kucing dah disunatkan terus semasa pembedahan.Awak bela dia dari kecil. Kemudian awak tinggal kan dia Malah tidak bertanggungjawab langsung Suruh pihak klinik jaga. Dia lagi bengkak susu. DEMAM SUSU!
Mengenangkan nasib kucing ni rasa perbuatan awak ni sangat tidak Patut.😭
Walau apa jua alasan awak, kami tidak dapat terima kerana segala nya telah dibincangkan dan dipersetujui Malah kami banyak membantu Untuk menyelamatkan nyawa Miks. Tapi tak kan kami kena bela dia p**a?
Kami masih memberi ruang Untuk berbincang dan terbuka. 🙂Sila Ambil balik kucing ini sebelum hari jumaat.
Jika gagal, tindakan tegas undang-undang akan kami Ambil memandangkan detail pengenalan kamu semua kami ada. (baca dengan nada kecewa)
Sekian Terima Kasih.
Pesanan: Jangan bagi cadangan Suruh pihak klinik jaga. Kami pun dah ada banyak haiwan cacat kekal lain yang perlu di jaga seumur hidup. Tu semua tak laku semasa proses adoption. Yang sihat kami open adoption pun susah nak ada org adopt.
Tapi kalau ada yang sudi adopt kami alu alu kan. (baca dengan nada lemah lembut)
*Mohon share supaya sampai ke pemiliknya
Kesian dia bengkak susu.