11/12/2025
KENAPA KUCING BOLEH JADI AGRESIF DI TEMPAT GROOMING?
Minggu lpas, saya berdepan satu pengalaman yang saya sendiri tidak jangka.
Semasa sesi grooming di salah satu pet saloon, seekor kucing tiba-tiba menjadi sangat panik dan akhirnya menggigit jari saya dengan kuat sehingga saya terpaksa mendapatkan rawatan di klinik.
Alhamdulillah jari saya sedang pulih, tetapi ia mengambil masa beberapa hari untuk sembuh sepenuhnya.
Atas sebab keselamatan dan rawatan, saya terpaksa berehat daripada grooming untuk minggu ini.
Daripada insiden tersebut, saya ingin berkongsi sedikit awareness supaya pemilik kucing lebih bersedia sebelum membawa kucing untuk sesi grooming, TERUTAMANYA untuk kucing indoor atau kucing yang memang takut dengan orang luar.
---
🟣 1. Dua Ekor Kucing Dewasa Disumbat Dalam Satu Carrier Kecil
Dalam kes minggu lepas, dua ekor kucing dewasa bersaiz medium dimasukkan dalam satu carrier yang saiz kecil, yang sebenarnya hanya sesuai untuk seekor sahaja.
Jadi bayangkanlah apaabila carrier terlalu sempit:
🙀 Kucing rasa terperangkap
🙀 Ruang tak cukup untuk bergerak
🙀 Rasa cemas semakin meningkat the moment keluar dari rumah (territory mereka)
DAN... Apabila carrier dibuka, kucing boleh “melompat keluar atau being defensive, agresif..
Ini bukan salah kucing.
Ia reaksi semula jadi apabila mereka berada dalam keadaan sangat tertekan pada mereka.
---
🟣 2. Kucing Indoor Yang Tidak Biasa Dengan Orang Luar atau Tempat Asing
Kucing yang jarang keluar rumah biasanya:
❗ Lebih takut dengan orang baru
❗Panik bila dengar bunyi asing
❗Overwhelmed di tempat baru (pet saloon/home grooming)
Gabungan faktor ini boleh buat kucing bertindak agresif sebagai cara untuk melindungi diri.
---
🟣 3. Faktor Kesihatan Seperti Kutu Juga Meningkatkan Stres
Kucing yang ada kutu atau masalah kulit akan lebih sensitif pada sentuhan.
Ini boleh membuatkan mereka lebih mudah meronta atau menggigit kerana rasa tak selesa.
---
APA PEMILIK BOLEH BUAT UNTUK BANTU KUCING & ELAKKAN RISIKO?
1. Gunakan Saiz Carrier Yang Sesuai
😸 Pastikan carrier luas dan selesa untuk kucing
😸 Letakkan tuala, baju atau kain yang ada bau anda
😸 Spray calming pheromone (contoh Feliway, Pawsona) dekat cage, sebelum membawa mereka keluar rumah
2. Bantu Kucing Biasakan Diri Dengan Dunia Luar
Sebelum hari grooming:
😸 Bagi kucing duduk dekat pintu or tepi tingkap untuk tengok orang lalu lalang dan kenderaan lalu. Of course, kene monitor diorg juga.
3. Buat “latihan pet carrier” beberapa minit setiap hari. Kalau tak mampu setiap hari, sekurang-kurangnya, seminggu sekali.
4. Bawa jalan sekejap dalam kereta
🟢 3. Beritahu groomer keadaan sebenar kucing
Jika kucing penakut, agresif, atau ada masalah kesihatan,
maklumkan awal supaya groomer boleh bersedia dari segi handling.
---
🟣 Kesimpulan
Kucing bukan agresif kerana nakal, TETAPI...
kucing menjadi agresif kerana takut atau terlampau tertekan.
Dengan sedikit persediaan dari pihak owner, dan teknik handling yang betul dari pihak groomer,
Sesi grooming boleh menjadi jauh lebih selamat dan tenang untuk semua.
Semoga perkongsian ini dapat membantu pemilik memahami perasaan kucing ketika keluar rumah,
dan pada masa yang sama menjaga keselamatan groomer yang mengendalikan mereka setiap hari.