Hijrah Warriors

Hijrah Warriors PROJEK kebun bandar Hijrah Warrior di Pusat Transformasi Anjung Kelana.

Terima Kasih Tan Sri Annuar Musa
23/12/2022

Terima Kasih Tan Sri Annuar Musa

Terima Kasih diucapkan kepada Kementerian Wilayah Persekutuan & Dewan Bandaraya Kuala Lumpur atas kepercayaan menjayakan...
02/09/2022

Terima Kasih diucapkan kepada Kementerian Wilayah Persekutuan & Dewan Bandaraya Kuala Lumpur atas kepercayaan menjayakan usaha ini.

Datanglah beramai2 di Royal Floria Putrajaya sehingga 6 Sept 2022 dan temui kami di Sana!

Ucapan Terima Kasih khas kepada YB Tan Sri Annuar Musa yang selama ini menyokong usaha kami di Anjung Kelana, Pusat Transformasi Gelandangan.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi En Haikal Zulkifli di +60 19-514 7754





Kolaborasi Bersama Srikandi Skills College
31/10/2021

Kolaborasi Bersama Srikandi Skills College

HIJRAH WARRIOR MART DIBUKA 1 OKTOBER INIPada 8 September 2021, Anjung Kelana menerima lawatan dari Menteri Wilayah Perse...
10/09/2021

HIJRAH WARRIOR MART DIBUKA 1 OKTOBER INI

Pada 8 September 2021, Anjung Kelana menerima lawatan dari Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.

LINK: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/09/861601/hijrah-warrior-mart-dibuka-1-oktober-ini

KUALA LUMPUR: Hasil produk pertanian kebun bandar Hijrah Warrior yang diusahakan gelandangan di Anjung Kelana, Taman Desa sejak Mac lalu akan dipasarkan secara sistematik kepada orang ramai melalui gerai Hijrah Warrior Mart.

LAPORAN PROGRES KEBUN HIJRAH WARRIOR OGOS 20215. Rekod Tuaian dan Jualan HasilKami turut cuba untuk memasarkan Jus Rosel...
07/09/2021

LAPORAN PROGRES KEBUN HIJRAH WARRIOR OGOS 2021

5. Rekod Tuaian dan Jualan Hasil

Kami turut cuba untuk memasarkan Jus Roselle ke stesen-stesen minyak Shell yang berdekatan. Insyallah usaha ke arah ini akan diperhalusi dan dilaksanakan dalam masa terdekat.

"Kekuatan akan dirasai di saat kamu berfikir yang kamu tidak boleh melakukannya, tapi kamu tetap berusaha meneruskannya."

LAPORAN PROGRES KEBUN HIJRAH WARRIOR OGOS 20215. Rekod Tuaian dan Jualan HasilPada bulan Ogos, tuaian masih dilakukan ba...
07/09/2021

LAPORAN PROGRES KEBUN HIJRAH WARRIOR OGOS 2021

5. Rekod Tuaian dan Jualan Hasil

Pada bulan Ogos, tuaian masih dilakukan bagi tanaman yang sudah matang. Tuaian dilakukan oleh para peserta dan petugas mengikut jadual dan kesesuaian tanaman. Setelah menuai, hasil terseut akan dihantar kepaada kedai runcit, kedai makan dan orang awam manakala harga adalah mengikut pasaran semasa. Hasil tuaian yang gred rendah atau rosak akan dilupuskan atau disumbangkan kepada komuniti berdekatan.

Produk Hiliran (Jus Roselle) mendapat sambutan yang begitu menggalakkan. Namun, kapasiti penghasilan adalah pada kadar yang rendah menyebabkan bilangan penghasilan masih sedikit. Berikut merupakan ringkasan hasil tuaian dan hasil jualan bagi bulan Ogos.

"Bekerja keraslah untuk menjadi baik, dan bekerja lah lebih keras agar menjadi yang terbaik."

LAPORAN PROGRES KEBUN HIJRAH WARRIOR OGOS 20214. Lawatan Tan Sri Annuar MusaPada tanggal 17 Ogos 2021, YB Tan Sri Annuar...
07/09/2021

LAPORAN PROGRES KEBUN HIJRAH WARRIOR OGOS 2021

4. Lawatan Tan Sri Annuar Musa

Pada tanggal 17 Ogos 2021, YB Tan Sri Annuar Musa mengadakan lawatan ke Kebun Hijrah Warriors di Taman Desa bagi mengikuti perkembangan terkini perjalanan latihan pertanian. Beliau turut sama menbantu para peserta berkebun seperti membuat batas, mengisi tanah dan mengutip hasil disamping menyantuni mereka. Beliau turut melawat Gerai Buah Hijrah Warriors.

"Orang yang baik adalah orang yang merendahkan dirinya tatkala pangkatnya makin meningkat."

LAPORAN PROGRES KEBUN HIJRAH WARRIOR OGOS 20213. Penyediaan Tapak TembikaiSepertimana yang telah dirancang pada bulan-bu...
07/09/2021

LAPORAN PROGRES KEBUN HIJRAH WARRIOR OGOS 2021

3. Penyediaan Tapak Tembikai

Sepertimana yang telah dirancang pada bulan-bulan lalu, penyediaan tapak tanaman tembikai masih lagi diteruskan sedikit demi sedikit. Pembinaan longkang dan batas tanaman sudah memcapai tahap 80%. Usaha mengumpul dana masih diteruskan bagi menyiapkan paip air untuk disalurkan ke setiap batas-batas tembikai.

"Tak akan ada buah tanpa pohon yang ditanam. Bekerja keraslah hari ini, suatu saat akan memetik hasilnya."

LAPORAN PROGRES KEBUN HIJRAH WARRIOR OGOS 20212. Penyelenggaraan Tanaman Sedia AdaTanaman sedia ada yang telah diusahaka...
07/09/2021

LAPORAN PROGRES KEBUN HIJRAH WARRIOR OGOS 2021

2. Penyelenggaraan Tanaman Sedia Ada

Tanaman sedia ada yang telah diusahakan dijaga rapi oleh peserta Hijrah Warriors dan petugas KASGE yang telah dilantik. Berikut merupakan senarai tanaman yang ada di PTG Anjung Kelana.

"Berikanlah sesuatu yang terbaik, maka kamu akan mendapatkan yang terbaik."

LAPORAN PROGRES KEBUN HIJRAH WARRIOR OGOS 2021Alhamdulillah, KASGE masih lagi diberikan mandat untuk meneruskan lagi lat...
07/09/2021

LAPORAN PROGRES KEBUN HIJRAH WARRIOR OGOS 2021

Alhamdulillah, KASGE masih lagi diberikan mandat untuk meneruskan lagi latihan pertanian di PTG Anjung Kelana. Pada sesi kali ini, terdapat beberapa perkembangan baru tentang latihan dan respon dari peserta.

1. Sistem Elaun Kehadiran

Berdasarkan pencapaian pada sesi kemasukan yang lalu, pihak KASGE mendapati perlunya ada sistem elaun kehadiran bagi setiap kali peserta gelandangan turun dalam aktiviti pertanian. Elaun ini bertujuan menarik komitmen peserta untuk turun menyertai latihan.

Kadar bayaran adalah RM 3 untuk 1 sesi/hari. Sesi latihan bermula pada hari isnin hingga sabtu dan sesi latihan akan ditangguhkan jika hujan. Tempoh pembayaran adalah seminggu sekali dan akan diberikan berdasarkan pada kehadiran peserta yang telah dicatat.

"Selalu ada harapan bagi mereka yang sering berdoa dan selalu ada jalan bagi mereka yang sentiasa berusaha."

LAPORAN PROGRES KEBUN HIJRAH WARRIOR JULAI 202113. Pada 31 Julai 2021, sebahagian hasil sayuran di Anjung Kelana diagihk...
01/09/2021

LAPORAN PROGRES KEBUN HIJRAH WARRIOR JULAI 2021

13. Pada 31 Julai 2021, sebahagian hasil sayuran di Anjung Kelana diagihkan kepada komuniti berdekatan (Flat Teratak Muhibbah).

"Rezeki itu milik Allah. Semakin kita ikhlas memberi kepada orang lain, insyaallah Dia memudahkan rezeki kita."

Address

Anjung Kelana (Pusat Transformasi Gelandangan)
Kuala Lumpur
58100

Telephone

+60102560296

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hijrah Warriors posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Hijrah Warriors:

Share