28/06/2025
❗️TOLONG SPREAD THE INFO. ❗️
The hard truth for newbies.
‼️kita kena beli barang/makanan yang mmg specific utk suggie. jangan beli pallet yang repackage dan jenama pun tatau apa. it could be cat food ke.. and dont give suggies hamster food. depa takleh cerna biji-bijian. Cari yang TRUSTED BRAND punya. Xtau buat research.
‼️Benda menggemukkan cam burger, french fries, air manis artificial, coklat semua boleh memendekkan nyawa suggie dan cam coklat, beracun utk suggie jika kena kuantiti yg sepadan. Lagi bagus jangan bagi langsung sebab itu bukan diet depa.
‼️jangan beli shampu murah, rm5 ke apa. and jgn beli if dia tak kata utk suggie. kadang2 yang kata for small animals pun tak tentu elok. Even kat botol tu ada gmbo suggie tp still jgn percaya bulat2. bulu suggie ni lembut and delicate. kdg2 syampu murah tu akan tear away the natural oils yg bantu suggie kekal kering dan tak mudah basah bila kena air. Cari yg trusted brand juga. Xtau tanya.
‼️ada yg brand bagus cam chubbypetsgarden, exoticnutrition, cdf, critter love, petopia, etc. brand yg mmg diiktiraf kualiti utk suggie ni la yg kita kena stick to. if ada reputation, beli. tapi baik2 dgn brg2 tiruan. ada owner yang with exp buat produk sendiri eg hun with gliderslurp, and others.. tu pun psl ingredients tak ngarut dan approved etc.
‼️Bedding/habuk kayu/pellet hamster cannot use utk lapik suggie cage, unless bedding tu jauh dr capaian suggie. -blh dtgkn complications pd breathing. Nak selamat basuh tray tu tiap hari. Kalau malas sangat beli je p*e pad kat shop*e.
‼️kalau jumpa ads ONLINE cm fb,tiktok or mudah.my, always be extra careful. ada yg reputable sellers. ada yg jual gmbar sg elok dn sihat tp bila dapat, inbreeding, underaged dan sakit. buat apa support org cmni, buang duit dan menyusahklan diri sndiri in the end nak kena rawat, rawatan p**a bukan murah2. always check ur suggie sebelum beli. check if gigi bwh tak kena ketip, telinga dia tegak, hidung tak basah dan tidak pucat-kena pink or kemerahan, jalan tak terkengkang2, bontot tak basah, ekor kena kembang secukup kembang bulunya..
‼️HARNESS ni mmg bahayakan suggie, korang takut dia lari, jgn la bawak keluar public. train bg jinak dan s**a korang dulu. nak show off tunggu dia duk atas bahu pun tanak lari. sng cer. and harness ni meyekat pgmbgn patangium suggie yg mgmbg bila dia nk melompat/glide. nnt sakit dia and boleh luka. korang mana rasa, dia rasa lah. try to do the best thing for ur suggie.
‼️NESTLE cerelac ni mmg takleh bg kat suggie sbagai diet utama dia., makanan baby ni tak sesuai utk nutrien diperlukan suggie. kalau korang rasa boleh, kenapa tak bagi makanan kucing/anjing kat baby manusia. ada bran? ada pndpt kata nak bg blh, tp tak blh bg cmtu je, but i say, kalau dah ada diet lain yg MMG KHAS utk suggie, napa nak susah2 invent diet sendiri yang ses**a hati,. suggie ni protein dlm diet dia tinggi, dan wajib buah dan sayur yg ada high calcium. takda cara lain nk bg dia makan, sama ada u bg hpw/slurp, buah+sayur. treats tu skali skala, which is ayam rebus, yogurt drops, mealworm, anything yg konfem tuk suggie. bkn coklat ke apa.
‼️WHEEL suggie takleh guna yg hamster punya koz kecik. ekor panjang blh tersangkut, dan patah tulang ekor dia. sama juga la wheel yg besar tapi plastik. Cari wheel khas untuk suggie mcm wodent wheel/raptor wheel/stainless steel wheel/diy wheel
‼️SANGKAR suggie kalau baru beli utk suggie yg 2 bulan+ boleh la cari kalau 1.5-2 kaki. utk bg dia tame dan sng bond dgn tuan (rasional-small cage-more specific attention to owner, sama cam less toys, more attention to owner) TAPI, bila suggie tu dah nak besar.. lg2 dah nk matang seksual, yakni 4-5+++ bulan, kena la pindah cage besau sikit. 3 kaki plg minima. ada je murah, rm 100 kira ok lah. kalau nak tau cage tu kecik dan dia bosan, dia akan start tawaf kat cage dan melompat cam roda dlm cage. Kalau nak cage tahan lama bertahun2 kumpul duit beli CAGE STAINLESS STEEL.
‼️SUGGIE takleh beli dan bela sorang2 buat selama2nya. dr 2 bulan ke 5 bulan tu masih blh terima sbb nk bg dia bond dan tame gn kita dan macam trial period utk newbies suggie. suggie even u main gn dia berjam2, dia akan still perlukan spesis dia jugak. Kalau xnk cari pasangan.. cari sama jantina untuk kawan. Buat koloni pn tkpe.
‼️ada sstgh org beli glider sekaligus spsg. digalakkan kalau korang mmg dah arif psl suggies dgn research etc. kalau baru je bela taktau pape, korang kena tau risiko membiak suggie. cth; suggie betina muda if tak ready mgwn, bolh stress, akan mkn /reject baby dia bila dia lahir etc. blh juga dapat luka mgwn etc. very risky dan buat tension kpla korang kalau korang tak bersedia dlm hal gini.
‼️tak tau nak beli suggie jantina apa dulu? kalau korang betul2 serius nk bela dan nak buat keluarga suggie coz sooner or later mmg dia kena berkawan dgn spesis dia kan.. so bela la betina dulu.. suggie betina kena lagi tua dr jantan utk mating, dan risiko problem cm disebut td low kalau betina lg tua kalau mating. jantan mature awal as 4-5+ bulan. so no hal for male gliders. **this is my opinion for assessment . ikut s**a korang la nak jantina apa kan.. 🙂
‼️Kalau korang nak bela suggie, korang kena pikir sama ada korang akan kena let go depa ke tak, alasan sebab busy/study/kerja/overseas/anak yg sibuk nak tapi tak terjaga/parents tak bg/sg garang dan tak jinak/takde expense nak bela. kalau ada risiko gini, TOKSAH LA BELA. suggie ni hidup 8-18tahun.. komitmen tinggi wo. kalau korang tgh universiti, smpai kahwin pun insyaAllah hidup lagi haiwan ni tapi kena jaga betul2 la termasuk pemakanan dia
‼️NEWBIES patut tahu yg suggie yg korang nampak kpunyaan org lain tu ada yg jinak dan gebu. tu pasal dia train suggie dia jadi jinak dn bonded dan makanan dia wholesome dan full nutrients etc. kalau korang beli baru, takkannya suggie u jinak gila babas dan melompat bila petik jari.. dapat2 je sg, korang akan dgr bunyi kuat gila dr suggie tu, and dia tak jinak langsung (most of the time, ikut seller/breeder yg MASS/HOME) dan kdg2 korang dpt bdn suggie kecik dan lemah ke etc. korang kena jinakkan dia sendiri, and perlukan KESABARAN. ada nak jinak suggie berhari, ada berbulan.. and ada bertahun lamanya. ikut kalau u guys pandai jinakkan lah. tu yg kena ada knowledge tu, ye dok..
*if u are a newbie, always read about everything before u do smthg. or u can just tanya org yg ada pengalaman*
‼️and dear people tht i know s**a tolong org dgn jwb soalan newbies, only answer if u ada buat research menyeluruh. jgn bg jwpn bdsrkn 'KALAU TAK SILAP I/I BACA DI GOOGLE/TENGOK YOUTUBE/ORANG TU KATA BOLEH ORANG NI KATA BOLEH/SELLER TU CAKAP TKPE'. kadang2 answer mmg MENGARUT, dan bahaya pd newbies yg mmg mncari ilmu tp dpt yg slh.
Sharing is caring ✌️ 🕊️
By PocchariFuwaSuggie/ Qie Qayla