22/03/2020
MKN memandang serius penggunaan nama dan logo rasmi MKN secara salah dengan tujuan menimbulkan kekeliruan dan keresahan orang ramai mengenai situasi semasa negara. Semua laman palsu di Facebook/Twitter/Whatsapp/Telegram akan dipantau dan tindakan tegas dibawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Bantu kami untuk melaporkan sebarang laman palsu selain yang dinyatakan di atas bagi membendung penularan yang tidak bertanggungjawab ini. Rakyat Malaysia Bersatu Menentang Berita Palsu!