Tarmizi Arabian Horse Stable

Tarmizi Arabian Horse Stable KEPAKARAN SAYA ADALAH MEMBANTU ORANG YANG INGIN MEMILIKI KUDA DENGAN HARGA YANG MAMPU MILIK . ANDA BERMINAT DENGAN KUDA ?

INGIN MEMILIKI KUDA SENDIRI ?

-KAMI ADA KUDA UNTUK DIJUAL .
-kami juga mempunyai ORIGINAL ARABIAN HORSE untuk pembakaan sahaja serta
- kami menyediakan kereta kuda untuk disewa bagi majlis-majlis yang diadakan...
- kami juga ada membuka kelas belajar menunggang kuda....

jika berminat sila hubungi kami...

KUDA BETINA POLO KESAYANGAN UNTUK DIJUAL๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜Harga RM15K๐Ÿ™Œ๐Ÿป๐Ÿ˜ŒHubungi terus untuk detail ๐Ÿ‘‡๐Ÿป0199807533- Perangai kuda terlalu j...
09/05/2023

KUDA BETINA POLO KESAYANGAN UNTUK DIJUAL๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜
Harga RM15K๐Ÿ™Œ๐Ÿป๐Ÿ˜Œ
Hubungi terus untuk detail ๐Ÿ‘‡๐Ÿป
0199807533

- Perangai kuda terlalu jinak dan baik ๐Ÿฅฐ
- tak gigit orang, tak tendang orang.
- Kuda terlatih senang ditunggang oleh semua golongan.
- yang tak pandai ride pun boleh naik tau๐Ÿ˜. Baik sangat kuda polo ni dengar kata tuan.
-Kuda Polo Betina boleh buat Ibu.

07/08/2021

Berani jugap la Terang ni walaupun bini dio sepak pon dio rukas jugop...Alhamdulillah semoga jjadi anak molek dengan izin Allah...

14/06/2021

Terang sedang berzikir

01/04/2021

Alhamdulilah sobat ambo naik kuda ari ni boleh canter lama..sakit badan2 dio kato nok buat guano. Hiii kuat lajok naik lahtu.
"Terbaik la .Tahae dah nok naik polop" katanya.

21/03/2021

Hijrah kuda sekejap nok gi kahwin kan Sanjah( kuda bimo tino) dengan Terang (stallion arabian horse)dari dua wakaf ke wakaf..iaitu wakaf siku ke wakaf baru...

20/03/2021

Soalan: Apakah status hadith memanah, berenang dan juga berkuda?



Matan Hadith

Daripada Ibn Umar RA bahawa Nabi SAW bersabda:


ุนูŽู„ู‘ูู…ููˆุง ุฃูŽุจู’ู†ูŽุงุกูŽูƒูู…ู ุงู„ุณู‘ูุจูŽุงุญูŽุฉูŽ ูˆูŽุงู„ุฑู‘ูŽู…ู’ูŠูŽ

Maksudnya: โ€œAjarlah anak kamu berenang dan memanahโ€. [Lihat: al-Jamiโ€™ al-Saghir (5477)]



Jawapan :

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.



Berdasarkan hadith di atas, kita sering mendengar bahawa antara sukan yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW adalah berenang, memanah dan menunggang kuda. Ketiga sukan ini dikatakan ia digolongkan di dalam sunnah Nabi SAW. Selain itu, hadith seperti ini juga diriwayatkan oleh jalur yang lain. Antaranya, Bakar bin Abdillah bin Rabiโ€™ al-Ansari, Jabir bin Abdillah dan Umar bin al-Khattab yang diriwayatkan secara mawquf (tidak sampai kepada Nabi SAW). Untuk itu, kami cuba untuk menjelaskan berkaitan masalah ini:



Hukum Hadith

Antara penilaian ulamaโ€™ berkaitan hadith ini:



Imam al-Baihaqi menilai salah seorang daripada perawi di dalam jalur Ibn Umar iaitu Ubaid al-Atthar adalah seorang munkar al-Hadith (ditolak hadithnya). [Lihat: Syuโ€™ab al-Iman, 135/11]
Imam al-Zahabi mengatakan riwayat perawi bernama Salim bin Amr daripada Ali bin โ€˜Iyash adalah riwayat yang bathil iaitu melalui jalur Bakar bin Abdillah bin Rabiโ€™ al-Ansari. [Lihat: Mizan al-โ€˜Itidal, 231/2]
Imam al-Sakhawi mengatakan sanadnya (jalur Bakar bin Abdillah bin Rabiโ€™ al-Ansari) adalah dhaif tetapi ia mempunyai syawahid. [Lihat: al-Maqasid al-Hasanah, 463/1]
Al-Albani menilai hadith ini melalui jalur Bakar bin Abdillah bin Rabiโ€™ al-Ansari sebagai dhaif. Manakala melalui jalur Ibn Umar adalah teramat lemah dan melalui jalur Jabir adalah palsu. [Lihat: Silsilah al-Dhaifah, 334,335 dan 336/8]


Setelah melihat penilain di atas, kami melihat dan cenderung untuk mengatakan bahawa hadith ini adalah teramat lemah (dhaif ). Selain itu juga, terdapat sebuah hadith yang dikatakan bahawa ia daripada Nabi SAW tetapi ia sebenarnya merupakan kata-kata Umar bin al-Khattab RA bukannya hadith Nabi SAW:



ุนูŽู„ู‘ูู…ููˆู’ุง ุฃูŽูˆู’ู„ูŽุงุฏูŽูƒูู… ุงู„ุฑู‘ูู…ูŽุงูŠูŽุฉูŽ ูˆูŽุฑูŽูƒููˆู’ุจูŽ ุงู„ุฎูŽูŠู’ู„ู ูˆูŽุงู„ุณู‘ูุจูŽุงุญูŽุฉูŽ

Maksudnya: โ€œAjarlah anak-anak kamu memanah, menunggang kuda dan juga berenangโ€.



Akan tetapi, di sana terdapat isyarat daripada hadith atau ayat al-Qurโ€™an yang menunjukkan akan kepentingan memanah dan berenang ini.



Walaupun hadith ini dhaif, terdapat isyarat daripada hadith lain yang menunjukkan bahawa Nabi SAW memerintahkan kita agar mempelajari perkara-perkara ini. Antaranya:



Pertama: Memanah

Daripada Salamah bin al-Akwaโ€™ RA berkata:


ู…ูŽุฑู‘ูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ู†ูŽููŽุฑู ู…ูู†ู’ ุฃูŽุณู’ู„ูŽู…ูŽ ูŠูŽู†ู’ุชูŽุถูู„ููˆู†ูŽุŒ ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ: ุงุฑู’ู…ููˆุง ุจูŽู†ููŠ ุฅูุณู’ู…ูŽุงุนููŠู„ูŽุŒ ููŽุฅูู†ู‘ูŽ ุฃูŽุจูŽุงูƒูู…ู’ ูƒูŽุงู†ูŽ ุฑูŽุงู…ููŠู‹ุง ุงุฑู’ู…ููˆุง

Maksudnya: โ€œNabi SAW telah berjalan di hadapan sekump**an daripada suku Aslam yang sedang berlumba (dalam menunjukkan kemahiran memanah)โ€. Maka Nabi SAW bersabda: โ€œPanahlah, wahai bani Ismail kerana sesungguhnya nenek moyang kamu adalah ahli dalam memanah maka panahlahโ€. [Riwayat al-Bukhari (2899) (3373) (3507)]



Daripada Uqbah bin Amir berkata, aku mendengar Nabi SAW bersabda ketika di atas mimbar:


ูˆูŽุฃูŽุนูุฏู‘ููˆุง ู„ูŽู‡ูู…ู’ ู…ูŽุง ุงุณู’ุชูŽุทูŽุนู’ุชูู…ู’ ู…ูู†ู’ ู‚ููˆู‘ูŽุฉู [ุงู„ุฃู†ูุงู„: 60]ุŒ ุฃูŽู„ูŽุง ุฅูู†ู‘ูŽ ุงู„ู’ู‚ููˆู‘ูŽุฉูŽ ุงู„ุฑู‘ูŽู…ู’ูŠูุŒ ุฃูŽู„ูŽุง ุฅูู†ู‘ูŽ ุงู„ู’ู‚ููˆู‘ูŽุฉูŽ ุงู„ุฑู‘ูŽู…ู’ูŠูุŒ ุฃูŽู„ูŽุง ุฅูู†ู‘ูŽ ุงู„ู’ู‚ููˆู‘ูŽุฉูŽ ุงู„ุฑู‘ูŽู…ู’ูŠู

Maksudnya: โ€œDan sedialah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) dengan segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan, ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah melempar (memanah), ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah melempar (memanah), ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah melempar (memanah)โ€. [Riwayat Muslim (1917)]



Berdasarkan dua hadith sahih di atas, menunjukkan saranan daripada Nabi SAW untuk kita semua mempelajari memanah.



Kedua: Berenang

Daripada Jabir bin Umair berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:


ูƒูู„ู‘ู ุดูŽูŠู’ุกู ู„ูŽูŠู’ุณูŽ ู…ูู†ู’ ุฐููƒู’ุฑู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ููŽู‡ููˆูŽ ู„ูŽู‡ู’ูˆูŒ ูˆูŽุณูŽู‡ู’ูˆูŒุŒ ุฅูู„ู‘ูŽุง ุฃูŽุฑู’ุจูŽุนูŽ ุฎูุตูŽุงู„ู: ู…ูŽุดู’ูŠู ุงู„ุฑู‘ูŽุฌูู„ู ุจูŽูŠู’ู†ูŽ ุงู„ู’ุบูŽุฑูŽุถูŽูŠู’ู†ูุŒ ูˆูŽุชูŽุฃู’ุฏููŠุจูู‡ู ููŽุฑูŽุณูŽู‡ูุŒ ูˆูŽู…ูู„ูŽุงุนูŽุจูŽุชูู‡ู ุฃูŽู‡ู’ู„ูŽู‡ูุŒ ูˆูŽุชูŽุนูŽู„ู‘ูู…ู ุงู„ุณู‘ูุจูŽุงุญูŽุฉู

Maksudnya: โ€œSetiap perkara yang tidak disebut nama Allah SWT adalah sia-sia dan lalai melainkan empat benda: Perjalanan seorang lelaki di antara dua matlamat, seorang yang mengajar kudanya, bermesra dengan isteri dan juga belajar berenangโ€. [Lihat: Muโ€™jam al-Awsath (8147)] [Imam al-Haithami di dalam [Majmaโ€™ al-Zawaid 269/5] mengatakan bahawa perawi-perawi Thabarani adalah sahih kecuali Abdul Wahab bin Bukht dan dia adalah seorang yang thiqah (dipercayai)]



Hadith di atas menunjukkan bahawa belajar menunggang kuda dan belajar berenang tidak termasuk di dalam perkara yang sia-sia dan juga melalaikan.



Ketiga: Belajar menunggang kuda

Daripada โ€˜Urwah bahawa Nabi SAW bersabda:


ุงู„ุฎูŽูŠู’ู„ู ู…ูŽุนู’ู‚ููˆุฏูŒ ูููŠ ู†ูŽูˆูŽุงุตููŠู‡ูŽุง ุงู„ุฎูŽูŠู’ุฑู ุฅูู„ูŽู‰ ูŠูŽูˆู’ู…ู ุงู„ู‚ููŠูŽุงู…ูŽุฉู

Maksudnya: โ€œKuda yang tersimpul pada ubun-ubunnya segala kebaikan sehingga hari Kiamatโ€. [Riwayat al-Bukhari (2850)]



Berdasarkan hadith di atas, ia menunjukkan akan kelebihan yang terdapat pada seekor kuda yang digunakan untuk berjihad di jalan Allah SWT. Selain itu juga, terdapat sebuah hadith di dalam Jamiโ€™ al-Tirmizi yang menunjukkan bahawa galakan memanah dan juga berkuda:



Daripada Uqbah bin Amir RA bahawa Nabi SAW bersabda:


ุงุฑู’ู…ููˆุง ูˆูŽุงุฑู’ูƒูŽุจููˆุง

Maksudnya: โ€œLemparkanlah (panah) dan tungganglah (kuda)โ€. [Riwayat al-Tirmizi] [Imam al-Tirmizi menilai hadith ini sebagai hasan]



Penutup

Kesimp**annya, beriadhah atau bersukan amat penting di dalam kehidupan kita agar menjadi seorang mukmin yang sihat dan kuat. Ini kerana, di dalam sebuah hadith:



Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda:


ุงู„ู’ู…ูุคู’ู…ูู†ู ุงู„ู’ู‚ูŽูˆููŠู‘ูุŒ ุฎูŽูŠู’ุฑูŒ ูˆูŽุฃูŽุญูŽุจู‘ู ุฅูู„ูŽู‰ ุงู„ู„ู‡ู ู…ูู†ูŽ ุงู„ู’ู…ูุคู’ู…ูู†ู ุงู„ุถู‘ูŽุนููŠูู

Maksudnya: โ€œOrang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dikasihi oleh Allah SWT daripada Mukmin yang lemahโ€. [Riwayat Muslim (2664)]



Untuk itu, kita memahami bahawa memiliki tubuh badan yang sihat adalah satu sunnah dan tuntutan di dalam agama. Tambahan p**a, menembak dan seumpama dengannya boleh dimasukkan ke dalam maksud memanah kerana sifatnya yang hampir sama. Selain itu juga, Nabi SAW tidak menyebut agar kita mempelajari ketiga perkara ini secara khsuus, akan tetapi ia difahami melalui isyarat daripada Baginda SAW akan kepentingannya. Akhirnya, semoga Allah SWT mengurniakan kita kesihatan yang baik agar kita dapat melaksanakan ibadah dan ketaatan kepada Allah SWT dengan sebaik-baiknya. Amin.



Wallahuaโ€™lam

15/03/2021

Sedak naik kuda deh pagi dan petang setiap hari loni aaparop...

12/03/2021

Alhamdulillah..
Dapt kunjungan dri sahabat2 ambo nak amalkan sukan sunnah berkuda pete tadi๐Ÿ˜Š .

Spo2 hok berminat nak ride kuda area kb boleh lah pm ambo๐Ÿ˜Š๐Ÿ‘

Kita pakak2 amalkan sukan sunnah berkuda ni๐Ÿ‘ insyaallah

08/03/2021

Kuda(ramadhzon) ambo ni ngikut jah...jurus la perangai hii...

SALAM MAAL HIJRAH Semoga tahun ini lebih baik dari tahun yang sebelum ni . Serta amalanยฒ kita bertambah dan diterima ole...
20/08/2020

SALAM MAAL HIJRAH

Semoga tahun ini lebih baik dari tahun yang sebelum ni . Serta amalanยฒ kita bertambah dan diterima oleh Nya

Di ubun-ubun kuda itu terdapat kebaikan .

Address

Kota Bharu
15300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tarmizi Arabian Horse Stable posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category