BCT Rabbitry Kota Bharu

BCT Rabbitry Kota Bharu Menternak dan membekal Arnab Pedaging jenis NZ White dan NZ Red serta lain2 baka pedaging bergantung kepada tempahan.

KUALITI vs KUANTITI?Tak di nafikan setiap penternak ada sasaran kuantiti yang dimahukan di setiap kandang. Tetapi sasara...
19/05/2020

KUALITI vs KUANTITI?

Tak di nafikan setiap penternak ada sasaran kuantiti yang dimahukan di setiap kandang. Tetapi sasaran apakah yang harus diutamakan dahulu? Kualiti atau kuantiti?

Ya, kuantiti adalah penting bagi menjamin p**angan yang tinggi, tapi harus di ingat, jika kualiti rendah, akan hilang kepercayaan dari bekas pembeli, ini adalah berkait rapat dengan pemasaran jualan, tempahan dari bekas pembeli akan berkurangan, seterusnya jadi lambakan stok, lebih parah tiada jualan langsung, terpaksa "lelong" bagi menangung kos pengurusan di kandang. Ramai yang kecundang disini. Akhirnya terpaksa jual induk2 beserta dengan sangkar.

Pilihlah kualiti, dapatkan induk dari sumber yang ada rekod asal usul, catatan di kandang juga wajib bagi memantau hasil pengeluaran yang berkualiti. Belajar dari pengalaman orang lain adalah ilmu berharga sebagai bekalan.

Mencari induk@pembaka yang terbaik?? Ada, tapi adakah ia jaminan untuk dapatkan hasil terbaik, ianya bergantung kepada sistem pengurusan di kandang kita p**a. Hasilkan keluaran yang berkualiti dahulu, barulah disusuli dengan kuantiti. Perlukan masa sedikit, tetapi berbaloi2. Berguru biar ramai, praktiskan semampu yang boleh.

Kualiti dan kuantiti perlulah sentiasa bersama agar kedua2 matlamat yang kita mahukan dapat dikecapai dalam masa yang pendek dan berterusan p**angannya.

Kelebihan Daging Arnab
19/05/2020

Kelebihan Daging Arnab

18/05/2020

Asas pemilihan Arnab Jenis Pedaging

Jom baca 😁



Antara hasil keluaran BCT RABBITRY Kota Bharu.Masih belajar memilih kombinasi yang baik antara induk dan pejantan kandan...
18/05/2020

Antara hasil keluaran BCT RABBITRY Kota Bharu.

Masih belajar memilih kombinasi yang baik antara induk dan pejantan kandang untuk capai target hasil yang diinginkan.

Mencuba sehingga jumpa pasangan ideal, banyak foktor yang mempengaruhi. Salah 1 faktor adalah baka. Asal dari mana? Umur? Berat sebelum, selepas dan semasa?

Antara Pejantan2 Unggul di BCT RABBITRY Kota Bharu
16/05/2020

Antara Pejantan2 Unggul di BCT RABBITRY Kota Bharu

WAJIB ADA UNTUK SETIAP PENTERNAK!!! APAKAH ITU EM1 (EFFECTIVE MICROORGANISM)EM1 ialah kaedah penggunaan mikroorganisma b...
15/05/2020

WAJIB ADA UNTUK SETIAP PENTERNAK!!!

APAKAH ITU EM1 (EFFECTIVE MICROORGANISM)

EM1 ialah kaedah penggunaan mikroorganisma berfaedah dalam bahan-bahan dikompos bagi mempercepatkan aktiviti pengomposan untuk kebaikan pada tanah, haiwan, manusia, sungai dan alam sekitar. Secara umumnya terdapat 3 jenis bakteria di dalam EM iaitu Bakteria Laktic Asid, Yis dan Bakteria Potosintetik. Tahukah anda semasa tsunami melanda di negara kita EM1 disembur kepada mangsa korban untuk mengelak daripada berbau busuk?.

MANFAAT EM1 KEPADA NILAI UMUM

1. Sembur pada sayuran bagi penggalakan pertumbuhan secara optimum. Sayuran tumbuh dengan baik.

2. Semburan EM1 pada tanaman, bunga-bungaan dan pokok buah-buahan mengelak dari serangan makhluk perosak. Tanaman kekal tumbuh sihat dan galak.

3. EM juga ditambah dalam pembuatan bahan asas/sisa dapur yang ingin dikomposkan. Fungsi EM mempercepatkan penapaian atau pengkomposan dari 3 bulan kepada 2 hingga 3 minggu sahaja. Kompos kaya dengan zat nutrisi yang diperlukan oleh tumbuhan.

4. Pencemaran sungai dan berbau busuk boleh dikurangkan dengan menyiram cecair EM ke dalam sungai. EM yang mengandungi bakteria baik akan memakan mikrob jahat hingga sungai kembali bersih. Kebanyakan negara menggunakan kaedah ini untuk mengawal pencemaran sungai.

5. Boleh disemburkan/dituang pada parit rumah untuk mengurangkan bau busuk.

6. Digunakan untuk mengurangkan bau busuk pada kasut, stokin, kusyen dll. Spray menggunakan ratio EM yang betul.

7. Boleh digunakan dalam bidang penternakan. Campurkan ratio EM yang betul di tempat minum haiwan ternakan seperti ayam, itik, kambing, lembu dll.

8. Dapat memperbaiki kualiti tanah dengan cepat. Bakteria dalam EM akan memakan bahan organik dalam tanah dan membebaskan bahan nutrisi kepada tanaman.

9. Disemburkan kepada mayat untuk mengelak dari bau.

10. Boleh ditambah ke dalam aquarium untuk mengelak daripada timbulnya bau yang kurang menyenangkan.

11. Tambah dua sudu besar EM ke dalam satu gelas air, diminum selepas makan. Tetapi pastikan proses pembuatan EM anda haruslah bersih dengan menggunakan air tapis.

12. Serum EM juga berkesan mempercepatkan percambahan benih khususnya benih yang rumit bercambah di negara kita misalnya lobak merah, parsly, dan fennel. Rendam benih dalam campuran serum EM dan air dengan nisbah 1:1000.

13. Gempa bumi di Jepun baru-baru ini telah menggunakan cecair serum EM untuk pembersihan lumpur, bangunan dan sebagainya.

CARA MEMBUAT EM1:

Bahan-bahan yang diperlukan ialah:

1. Satu cawan kecil beras kampung (beras baharu dituai tahun itu). Boleh guna apa-apa jenis beras jika beras kampung sukar diperolehi.

2. Gula perang

3. Susu segar

4. Air tanpa clorin. Guna air hujan atau air bertapis.

5. Botol nescafe besar atau kecil.

6. Botol mineral 1.5L

7. Penuras/penapis air.

Cara penyediaannya:

1. Masukkan beras ke dalam bekas botol nescafe.

2. Tuang dengan air tanpa klorin 100 ml. Tutup botol tersebut dan goncang hingga air bertukar menjadi putih/keruh. Air tersebut berubah menjadi keruh dan ia kaya dengan kandungan karbohidrat.

3. Tapis air beras tadi ke dalam botol yang lain menggunakan alat penuras untuk mengasingkan cecair beras dan biji beras. Tutup botol yang berisi air beras dan simpan di tempat selamat sehingga 1 minggu untuk ditapai.

4. Seminggu kemudian, air beras tersebut mempunyai lapisan di permukaan dan tapis cecair beras tadi pada bekas botol lebih besar.

5. Tambah susu segar ke dalam cecair beras dengan nisbah 1:10 (cecair beras: susu segar contohnya 1 cup cecair beras dan 10 cup susu segar). Sukat jumlah banyak/liter cecair beras anda dan guna formula di atas. Tutup penutupnya dengan ketat dan goncang sedikit hingga susu segar sebati dengan cecair beras tersebut. Simpan semula botol tersebut di tempat selamat sehingga 1 minggu untuk ditapai kali kedua. Bebaskan gas dengan membuka botolnya pada hari ketiga. Anda boleh menggunakan susu asli UHL atau apa-apa jenama susu segar dalam kotak jika sukar mendapatkan susu segar dari ladang. Namun susu segar perahan yang baharu adalah lebih baik. Jangan guna susu yang telah basi.

6. Selepas 1 minggu, terdapatnya ketulan putih (curd) di permukaan, Tapis dan alihkan cecair tersebut pada botol yang lebih besar sedikit. Ambil cecair tersebut dan buang ketulan tersebut atau tambah dalam kompoS buatan sendiri. Sukat jumlah cecair beras + susu segar (EM) anda dan begitulah jumlah sukatan gula perang yang akan digunakan. Contohnya, jika cecair EM tersebut berjumlah 200 ml maka tambah 200 gram gula perang. Goncang hingga sebati. Maka serum EM1 anda sudah selesai. Lebih pekat gula lebih baik. Anda boleh simpan serum EM1 anda di tempat selamat dan diguna bila perlu. Jika anda menyimpannya di dalam peti sejuk tidak perlu letak gula perang. Gula perang adalah makanan kepada bakteria dalam EM dan EM anda boleh bertahan sehingga 6 bulan hingga 1 tahun.

8. Anda boleh tidak meletakkan gula perang atau molussa ke dalam serum EM anda dengan syarat simpan serum EM anda dalam peti sejuk. Jika ingin menggunakan serum EM pada apa-apa aktiviti seperti menyiram tanaman, membuat baja bokashi dan sebagainya tambah 2 sudu makan gula perang/molussa terhadap 2 sudu makan serum EM dan tambah 1 liter air tanpa klorin.

PANDUAN MENGAKTIFKAN EM INOCULANT MICROBIAL ANDA:

Untuk mengaktifkan serum EM anda, tambah 2 sudu makan serum EM ke dalam 1 liter air tanpa klorin. Dan 1 sudu makan gula perang (dicairkan) jika serum Em anda belum ditambah gula perang/molussa. Dibawah adalah cara tanomkinotuan mengaktifkan EM1 sendiri di rumah:

Bahan-bahan diperlukan:

1. Dua sudu makan serum EM1.

2. Dua sudu gula perang atau molussa.

3. Satu liter air tanpa klorin.

4. Besen dan botol mineral.

PERINGATAN: Pengaktifan serum EM di sini bermaksud serum EM1 atau asli tanpa campuran air selepas diproses. Bahasa mudahnya ialah serum EM1 yang anda buat di rumah berdasarkan bahan-bahan di awal pos.

Cara penyediaannya:

1. Campurkan kesemua bahan tadi ke dalam botol mineral atau pilihan sendiri dan gaul hingga kesemua bahan menjadi sebati.

2. Cecair tadi bolehlah digunakan untuk menyiram sayuran anda.

CARA MENGAKTIFKAN EM INOCULANT MICROBIAL VERSI TANOMKINOTUAN:

Bahan-bahan yang diperlukan;

1. Dua sudu makan serum EM1

2. Dua sudu makan gula perang atau molussa.

3. Satu liter air bersih tanpa klorin.

4. Satu sudu makan baja cecair ikan.

5. Botol spray / baldi

Cara penyediaannya;

1. Campurkan kesemua bahan tadi dan gaul hingga sebati.

2. Masukkan ke dalam botol spray atau baldi dan spray/siram pada sayuran anda.


CARA PENGGUNAAN:

1. Tambah 2 sudu makan serum EM ke dalam 1 liter air tanpa klorin dan spray/siram pada sayuran anda. Maknanya jika anda mempunyai sayuran skala besar, tambah 10 sudu makan serum EM ke dalam 5 liter air tanpa klorin.

2. Tambah 8 sudu makan serum EM untuk 4 liter air tanpa klorin dan siram ke batas yang belum ditanam sayuran.

3. Tambah 2 sudu makan serum EM dengan 1 liter air tanpa klorin, spray pada bahan kompos anda (tinja binatang, tumbuhan dll) yang anda ingin komposkan. EM mempercepatkan pengemposan sisa kompos anda secara pantas.

4. Untuk menghasilkan baja bokashi dari bahan suratkhabar, tambah 2 sudu besar serum EM, 1 sudu besar gula perang atau molussa dan 750 ml air tanpa klorin ke dalam 2 gallon bahan suratkhabar itu tadi.

5. Tambah 1 liter serum EM bagi 10 x 25 kaki persegi kolam anda bagi pembersihan, nyahbau dan kesihatan ikan ternakan anda.

6. Guna nisbah 1:1000 (serum EM: air tanpa klorin) untuk merendam benih tanaman. Misalnya 1 titik serum EM bersamaan 1000 titik air tanpa klorin.

Ok, tak reti buat, tak cukup bahan nak buat?
Nak cuba keberkesanan terhadap haiwan@tumbuhan? Nak hilangkan bau tinja haiwan ternakan?

JOM DAPATKAN EM1 ATAU DIBERI NAMA EMAS KELUARAN BUMIPUTRA

Sekitar Ketereh abe din http://Www.wasap.my/60189106686/nakEMAS

Sekitar Pulai Chondong abe sabri
http://Www.wasap.my/60124638458/nakEMAS

Sekitar Kota Bharu saya sendiri
http://Www.wasap.my/60134505096/nakEMAS
http://Www.wasap.my/60134505096/nakEMAS
http://Www.wasap.my/60134505096/nakEMAS

Assalamualaikum wbt dan Salam Jumaat.1st posting utk tahun 2020 😅Alhamdulillah sudah genap setahun lebih BCT RABBITRY Ko...
15/05/2020

Assalamualaikum wbt dan Salam Jumaat.

1st posting utk tahun 2020 😅

Alhamdulillah sudah genap setahun lebih BCT RABBITRY Kota Bharu beroperasi dan berkhidmat.

Banyak ilmu yang dituntut sepanjang tempoh setahun, ramai scara tak langsung jadi guru saya. 😊. Alhamdulillah. Tp belum penuh lagi ilmu didada

Ok mulai hari ini admin akan menjemput anda untuk like page ini. Tujuan page diwujudkan, selain mencari pasaran jualan, admin juga akan berkongsi serba sedikit mengenai penternakan arnab dan saling bertukar pendapat InsyaAllah.

Address

Lot862A, Kg Jambu Panji
Kota Bharu
16100

Telephone

+60134505096

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when BCT Rabbitry Kota Bharu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to BCT Rabbitry Kota Bharu:

Share

Category