Boy Budgies

Boy Budgies Page untuk berkongsi hobi mengenai burung budgie... sekadar berkongsi info serta gambar-gambar menarik mengenai burung budgie....

"Ishhh.... bahaye ni.. budgie pun boleh kene sapu sekarang...."
09/05/2016

"Ishhh.... bahaye ni.. budgie pun boleh kene sapu sekarang...."

My Baby BudgiesSalam semua...kali ni saya nak post gambar baby budgie tunggal saya... Baru 2-3 hari lepas hen ni keluar ...
29/01/2016

My Baby Budgies

Salam semua...kali ni saya nak post gambar baby budgie tunggal saya... Baru 2-3 hari lepas hen ni keluar sarang buat pertama kali nya.. Ikut kan plan memang nak handfeed, tapi atas sebab-sebab tertentu saya terpaksa biar kan hidup sendiri..

Alhamdulillah..Bapak & mak nya bejaya jaga sendiri walaupun pada asal nya anak ada 4 ekor,3 mati maybe disebab kan persaingan dalam sabut kelapa yang sempit...

Saya banyak sediakan roti & jagung dalam cage masa anak sudah menetas... Otai2 yang bagi tunjuk ajar, supaya hen dapat membesar dengan cepat....😊😊😊😊

07/01/2016
07/01/2016

Salam semua...

Lame dah tak update nih..
Busy sikit akhir-akhir ni..kali ni nak story sikit pangalaman 1st time budgie bertelor & menetas hasil dari breed sendiri...

Induk Lution + Jantan green.. hasil nya 7 biji telor.. lepas hampir 21 hari mengeram, tetas lah anak 4 ekor..tapi menetas pada hari yang berlainan...gumbira tak terkata!!! πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

Tapi bila ilmu tak cukup,dukacita nya 3 ekor yang terakhir menetas mati..huhu..😭😭

Selepas siasatan dibuat..maybe mati sebab persaingan makanan & tempat menetas kurang sesuai..saya pakai sabut kelapa je mase tu.. Otai-otai cakap lebih tinggi peratusan anak untuk hidup kalau kite pakai nest box (ada jual di pet shop)..ye la sebab nest box lagi luas,anak-anak tak terhimpit..lebih selesa, senang nak bersih kan..

Jadi nya sekarang ada la seekor je tinggal..kalau boleh nak handfeed sendiri.. yang tu masih dalam proses pembelajaran... nati kemudian saya story pasal handfeed ni plak...😊😊😊

Salam semua.... Hari ni saje nak share cerita... seminggu dua ni perasan sekor budgie lutino da start masuk keluar sabut...
01/12/2015

Salam semua....

Hari ni saje nak share cerita... seminggu dua ni perasan sekor budgie lutino da start masuk keluar sabut kelapa ni.... makin lama makin kerap... dengan penuh harapan berharap sesuatu yang positif berlaku....

tepat tanggal 1 Disember 2015, tadaaa!!!! telur pertama da dikeluar kan....Alhamdulillah..berkat kesabaran selama ni...ada benih atau tak tu belakang kira,yang penting ni 1st time bela budgie & bertelur dekat aviary sendiri... punye la s**a dihati ni....

Nati la kemudian saye post kan gambar telur 'sulong' tu... Alhamdulillah....😊😊😊

Jangka Hayat Budgie:Jangka hayatnya adalah sekitar 8 hingga 10 tahun.Bagi memastikan jangka hayat tersebut, peternak per...
21/11/2015

Jangka Hayat Budgie:

Jangka hayatnya adalah sekitar 8 hingga 10 tahun.
Bagi memastikan jangka hayat tersebut, peternak perlulah memastikan sangkar sentiasa bersih, menwujudkan tempat bermain untuk mereka dan menyediakan makanan sihat seperti sayuran dan buahan segar setiap hari.

Selamat sejahtera semua, mari kita berkongsi tentang diet yang sesuai untuk budgie kesayangan kita. Di negara kita biasa...
03/11/2015

Selamat sejahtera semua, mari kita berkongsi tentang diet yang sesuai untuk budgie kesayangan kita. Di negara kita biasanya diet asas untuk burung ini ialah berasaskan bijirin seperti sekoi. Bolehlah dicampur dengan bijirin tambahan sebagai diet tambahan.

Bijirin tambahan p**a seperti biji gandum yang mempunyai khasiat pencernaan yang baik kerana mempunyai vitamin, meneral dan asam amino, canary seed yang menjadikan burung gemuk dan cantik, barli, kacang hijau (direndam dengan air selama 12 jam) dan lain2 bijirin yang dikira sesuai. Bagaimanapun bijirin tambahan ini tidak boleh dijadikan makanan asas kerana mempunyai kesan terhadap burung seperti obesiti. Setiap makanan yang diberi akan memberi kesan kepada najis burung. Apa yang diperhatikan bijirin canary seed najis menjadi hitam, barli dan gandum najis akan menjadi putih berkapur tetapi tidak membahayakan burung. Manakala sayuran dan buahan p**a najis akan menjadi hijau kehitaman dan mengotorkan sangkar dan badan burung itu sendiri.

"New batch.... lai..lai..lai... dari perlis ke selangor"
18/10/2015

"New batch.... lai..lai..lai... dari perlis ke selangor"

Budgie di Malaysia, ianya dikategorikan kepada tiga jenis iaitu A, B dan C. Kategori ini dibezakan mengikut saiz badan b...
04/10/2015

Budgie di Malaysia, ianya dikategorikan kepada tiga jenis iaitu A, B dan C. Kategori ini dibezakan mengikut saiz badan burung tersebut, dimana A adalah bersaiz besar (dua kali ganda) berbanding kategori C. B adalah diantara A dan C. Kategori A dikenali juga sebagai β€œEnglish Budgie”. Kategori C dikenali sebagai Normal Budgie. Buat masa sekarang, saya memiliki Normal Budgie untuk koleksi dan mungkin suatu hari nanti English Budgie akan menjadi sebahagian koleksi.

03/10/2015

"Budgerigar" atau panggilan ringkasnya β€œBudgie” (sebutan -baji) dikategorikan dalam kump**an β€œparakeet β€œ iaitu spesis kakak tua yang kecil. Di USA ia dipanggil β€œparakeet”. Ia merupakan hidupan liar yang berasal dari Australia.

Kemas**an ke sini sudah pastinya diimport terus ataupun melalui negara jiran seperti Thailand ataupun Indonesia. Thailand dan Indonesia merupakan negara yang mempunyai perusahaan menternak secara komesial. Di Malaysia terdapat juga perusahaan Budgie ini tetapi secara kecil-kecilan. Namun untuk mendapatkannya di sini, tiada masalah kerana kebanyakan kedai haiwan ada menawarkannya.

Address

Klang
42100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Boy Budgies posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category