TIRC Jerantut

TIRC Jerantut Ride For Sunnah Ride Till Jannah

Pada hari ini kami di Madrasah An Nabawiyyah Pulau Tawar telah menerima kunjungan hormat dari wakil skuad pemanah Sekola...
04/07/2024

Pada hari ini kami di Madrasah An Nabawiyyah Pulau Tawar telah menerima kunjungan hormat dari wakil skuad pemanah Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail Dungun, Terengganu.

Mereka yang merupakan pelajar yang terpilih datang atas tujuan mendalami ilmu Furusiyyah (berkuda) setelahmana sebelum ini mereka telahpun mengusai asas ilmu memanah (Rimayah).

Pihak Madrasah An Nabawiyyah Lid Dirasatil Islamiyah Cawangan Pulau Tawar menyambut kedatangan mereka dengan menjamu makan tengahari dan kemudiannya membawa para tetamu melawat stable kami satu persatu.

Taklimat berkenaan asas ilmu berkuda (furusiyyah) telah disampaikan oleh coach Alang (staf TIRC) kepada skuad berkenaan bagi menambah minat mereka agar setelah mahir dengan ilmu memanah dapat p**a mereka menceburi bidang ilmu memanah berkuda (horse back archery).

Para pelajar didedahkan dengan ilmu bagaimana mendekati, memahami perasaan dan habit kuda, cara memasang saddle, cara menunggang dengan betul juga maklumat yg lain berkenaan kuda.

Tahniah kami ucapkan kepada pihak pentadbiran SMA Sultan Ismail atas inisiatif yang baik dimana pihak sekolah memainkan peranan untuk memperkenalkan kedua disiplin ilmu ini kepada para pelajar mereka.

Semoga ilmu furusiyyah ini dapat memberi manfaat serta dapat dikembangluaskan ditengah masyarakat Islam di Malaysia kerana ilmu berkuda ini merupakan warisan berharga yang kita warisi dari junjungan mulia Baginda Muhammad saw.

Menghidupkan satu sunnah di zaman kerosakan umat ini akan mendapat pahala mati syahid. Insyaallah..!!

Jom pakat sertai kelas berkuda di TIRC Stable

GISB Stable di Hudaibiyyah, Mekah Al Mukarramah
04/07/2024

GISB Stable di Hudaibiyyah, Mekah Al Mukarramah

27/03/2024

InsyaAllah petang besok saya berangkat menunaikan umrah
Mohon maaf dari sahabat semua andai ada salah dan silap dari saya, mohon doa juga dari anda.

27/03/2024

Alhamdulillah baru saja menghubungi pihak Masjid Ar Rahman Pulau Perhentian.
Insyaallah next Rehlah 16-19 Mei di Masjid Ar Rahman Pulau Perhentian

Jom pakat gi Rehlah

Sessi bergambar sempena Mesyuarat Jawatankuasa Pendidikan Negeri Pahang kali pertama untuk sessi 2024 yang diadakan di H...
08/02/2024

Sessi bergambar sempena Mesyuarat Jawatankuasa Pendidikan Negeri Pahang kali pertama untuk sessi 2024 yang diadakan di Hotel Grand Darul Makmur sebentar tadi.

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Sahibus Samahah Dato Seri Abdul Rahman M***i Kerajaan Negeri Pahang.

Sessi mesyuarat berakhir dengan suasana yang agak menyedihkan kerana Dato Seri M***i ada menyebut bahawa mesyuarat ini merupakan mesyuarat terakhir dipengerusikan oleh beliau bersama AJK Pendidikan Negeri memandangkan beliau akan bersara tak lama lagi.

Saya secara peribadinya agak tapat dengan Yang Berbahagia Dato Seri M***i, bagi saya Dato Seri merupakan tokoh yang banyak berjasa pada Negeri Pahang juga Ahli Sunnah Wal Jamaah. Beliau secara konsistensi menjaga benteng pertahana negeri ini dari pengaruh dan anasir luar.

Jazakallahu khairan ahsanal jazak Dato Seri.

Saya sebagai anggota baru dalam jawatankuasa ini sudah tentu amat berbesar hati kerana diberikan kesempatan berharga untuk mencurahkan bakti dalam pembangunan pendidikan agama Islam di negeri Pahang yang tercinta ini.

Sebagai presiden Ikatan Madrasah Pahang (IMP) saya dipertanggungjawabkan untuk mengangkat isu-isu melibatkan kebajikan dan kepentingan madrasah, pondok dan para santri yang bernaung dibawah IMP.

Mohon doa dan tawfiq agar Allah swt mengurniakan kekuatan dan ilham buat kami untuk menggalas tugas yang besar ini.

INFO & FAKTA BERKAITAN IMP

IMP merupakan gabungan seluruh persatuan tahfiz dan pondok yang berdaftar dibawah MUIP dimana dibawah IMP terdapat 6 buah persatuan, merangkumi 193 buah pondok dan madrasah, juga 8000 orang pelajar yang sedang menuntut pengajian diseluruh Pahang.

Uniknya IMP adalah:

1. Dari segi keanggotaannya, dimana semua pengerusi persatuan yang sedia ada dilantik sebagai AJK persatuan dan semua ahli setiap persatuan menjadi ahli IMP secara automatik.

2. Gabungan pondok dan tahfiz merupakan gabungan yang pertama seumpamanya di Malaysia kerana dalam IMP setiap ahli tidak membicarakan tentang ideologi masing-masing bahkan mengutamakan isu utama melibatkan kepentingan pondok dan tahfiz.

Disamping itu setiap persatuan akan diberikan tugasan berdasarkan kepakaran masing-masing.

Maklumat Keanggotaan IMP:

Maulana Cik Wan Helmi bin Wan Mohamed (Presiden)

Ustaz Barkatullah bin Bahari
Timbalan Presiden 1 IMP merangkap Pengerusi Persatuan Pondok Turath Pahang (PPTP)

Ustaz Mohd Abdul Salam bin Abdul Ghani
Setiausaha Agung IMP merangkap Pengerusi Persatuan Institusi Tahfiz Al Quran Negeri Pahang (Pinta Pahang)

Ustaz Shahrul Karnain bin Mohd Nazir
AJK IMP merangkap Pengerusi Persatuan Tahfiz Pahan (PTP)

Ustaz Dr Felza Zulhibri bin Abdul Hamid
AJK IMP merangkap Pengerusi Sahabat Huffaz Pahang

Ustaz Roslan bin Esa
AJK IMP merangkap Pengerusi Persatuan Muafakat Pondok Semalaysia (Pahang) PMPS

Ustaz Muhamad Shukri bin Shuib,
AJK IMP merangkap Pengerusi Majlis Taawun Pendidikan Islam Negeri Pahang (MANTAP)

Program Anjuran bersama IMP, UMP, Unipsas & Muip setakat ini:

1) Mengadakan majlis Daurah Kitab Bustanul Arifin bersama Syeikh Abdul Hadi Kharsah (ulamak Syria)

2) Menjalankan Kursus Persediaan Imam bagi calon yg terpilih menjadi Imam Terawikh.

3) Mengirim imam-imam terawikh ke perkampungan masyarakat Asli di seluruh Pahang.

4) Menganjurkan Program Khatam Bukhari peringkat Negeri bagi meraikan graduan yang tamat pengajian Daurah Hadis.

5) Bengkel Pemerkasaan dan pengiktirafan Pondok & Tahfiz Pahang

6) Mesyuarat pemerkasaan pengajian Hadith di Pahang.

Doakan kami ye sahabat sekelian.

06/02/2024

Kuliah Maghrib saya malam ini di Masjid Bukit Setongkol Kuantan bertajuk: “Sakaratul Maut dan Kehidupan Selepas Mati”.

Jom hadir..!!

Alhamdulillah rezeki melimpah ruah bagi warga TIRC Jerantut dimana pada hari ini (Sabtu 17 Jun 2023) mendapat anugerah a...
17/06/2023

Alhamdulillah rezeki melimpah ruah bagi warga TIRC Jerantut dimana pada hari ini (Sabtu 17 Jun 2023) mendapat anugerah anak biri-biri yg comel.

Semoga dengan bertambah nikmat ini maka bertambah jualah kesyukuran di hati kami hendaknya.

Tahniah kuda-kuda kami (Sabhah & Malika) kerana berjaya lulus 40 KM kejohanan Endurance Piala Sultan Mizan yg sedang ber...
14/10/2022

Tahniah kuda-kuda kami (Sabhah & Malika) kerana berjaya lulus 40 KM kejohanan Endurance Piala Sultan Mizan yg sedang berlangsung di Lembah Bidong.

Tahniah kepada Naim dan adinda nya selaku rider kami. Semoga selepas ini lebih ramai wakil dari TIRC Jerantut dapat menyertai Kejohanan ini. Amin…!!

Gambar berkuda sejak 2002-2022
20/09/2022

Gambar berkuda sejak 2002-2022

Address

Jalan Madrasah An Nabawiyyah
Kampung Pulau Tawar
27050

Opening Hours

Tuesday 09:00 - 18:30
Wednesday 09:00 - 18:30
Thursday 09:00 - 18:30
Friday 09:00 - 18:30
Saturday 09:00 - 18:30
Sunday 09:00 - 18:30

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when TIRC Jerantut posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to TIRC Jerantut:

Share