Arasis - Sang Penulis

Arasis - Sang Penulis Penulis fiksyen psikologi horror, falsafah, thriller dan penyiasatan. Aku tidak menulis untuk difahami. Aku mengarah naskah kelam dari balik bayang.

Mencipta dunia yang akan kau tagih dan tidak mampu untuk kau lari darinya lagi, buat selamanya.

CERITA TENGAH MALAM Volume 1 :CERITA  #5 – JAM 3:11 PAGI Kisah ini bukan datang daripadaku. Bukan aku yang alami sendiri...
31/08/2025

CERITA TENGAH MALAM Volume 1 :
CERITA #5 – JAM 3:11 PAGI

Kisah ini bukan datang daripadaku. Bukan aku yang alami sendiri. Tapi begitulah ceritanya sampai ke telingaku daripada seorang kenalanku yang mendengar dari kenalannya yang juga mendengar cerita ini dari kakak saudaranya yang mendengar dari seorang jirannya yang bekerja sebagai jururawat di Hospital Bahagia Ulu Kinta, yang mendengarnya daripada doktor psikiatri di sana, Dr. Subramaniam, yang p**a pernah merawat seorang pesakit wanita berumur 34 tahun pada tahun 2019.

Kes itu agak luar biasa, katanya. Pesakit dibawa masuk dalam keadaan trauma teruk, tidak tidur selama hampir tiga minggu, dan terus-menerus bercakap tentang bunyi jam yang kedengaran pada waktu 3:11 pagi. Dia didapati di dalam rumah pusaka keluarganya di Ipoh, duduk di atas lantai kayu yang telah dicabut dan digali, berdarah di tangan, menangis sambil memanggil nama seseorang dalam bahasa Tamil.

Yang menghairankan doktor itu, apabila dia menyiasat sejarah perubatan keluarga pesakit, dia mendapati ibu dan nenek pesakit pernah mengalami gejala yang hampir sama. Tiga generasi, dengan pola gangguan sama yang berulang.

Menurut Dr. Subramaniam, inilah yang diceritakan oleh pesakit itu selepas beberapa minggu rawatan, dalam kata-katanya sendiri, campuran Bahasa Malaysia dan Tamil yang dia terjemahkan untuk rekod perubatan:

I

Setiap malam, kala jam menjelang 3:11, dalam kesunyian hening yang menggigit jantung waktu, sukma Vimala terhenyak dari mimpi yang remang. Tiada isyarat dari luar. Tiada bayang yang menyinggah. Hanya kesunyian yang seolah-olah menanti untuk menggugurkan sesuatu dari dunia yang tidak kelihatan.

Sejam sebelum waktu keramat itu tiba, rumah kolonial tersebut seakan berubah rupa. Angin malam yang menyusup melalui celah-celah tingkap kayu lama mula berbisik dengan nada yang lain, nada yang lebih dalam, dan lebih dingin. Bayang-bayang yang tercipta dari cahaya lampu jalanan yang redup tidak lagi berkelakuan seperti bayang-bayang yang biasa. Ia bergerak perlahan, seakan mempunyai nyawa sendiri, menjalar di dinding-dinding yang bercat usang dan mengelupas.

Vimala mula sedar bahawa tubuhnya sendiri juga berubah menjelang waktu itu. Kulitnya akan menjadi sejuk tiba-tiba, seakan darah dalam uratnya menjadi mengental. Nafasnya menjadi pendek dan tersekat-sekat, dan jantungnya berdegup dengan irama yang aneh, seolah mengikut rentak sesuatu yang tidak kelihatan.

Dan pada setiap malam-malam yang muram itu juga, kedengaran detikan halus dan sayup, seakan jam purba yang terkunci dalam nadi rumah, tersembunyi di bawah lantai papan yang telah sekian lama tidak disinari cahaya mentari. Ia bukan detikan jam biasa, tetapi denyutan masa yang seolah-olah mengira nafas terakhir sesuatu yang tidak mahu berkubur dalam diam. Seperti jantung waktu yang kian perlahan berdegup.

Rumah pusaka ini telah menjadi milik keluarganya sejak zaman nenek moyangnya lagi yang bekerja sebagai penterjemah bahasa dalam pentadbiran penjajah British. Generasi demi generasi, ia didiami oleh keluarga yang berasal dari India selatan tersebut yang berkembang biak di tanah Melayu. Namun kini Vimala merasai seakan-akan rumah itu sendiri mempunyai ingatan yang gelap, seperti ingatan yang cuba bangkit dari tidur yang panjang.

II

Rumah kolonial di kawasan Sungai Pari, Ipoh itu merupakan warisan peninggalan Paatinya yang telah lama pergi meninggalkan dunia, hanya meninggalkan dia dengan sekeping warkah tua, sebuah wasiat terakhir yang ditulis dalam tangan yang terasa sepertinya sedang menggigil:

"Andha osayai neeyum kettaal, orupodhum visaarikkadhae."

Warkah wasiat itu kini menjadi obsesinya. Setiap petang, Vimala akan mengeluarkannya dari laci kayu yang berderit, memerhati bagaimana tulisan tangan Paatinya dari baris ke baris. Seluruh wasiat itu ditulis dalam bahasa Tamil, bahasa yang Paatinya lebih selesa gunakan untuk meluahkan perkara-perkara penting dalam hidup.

Pada permulaan surat, tulisan itu tegap dan yakin, setiap huruf diukir dengan ketegasan seorang wanita yang pernah menghadapi pelbagai dugaan hidup. Namun menjelang penghujung, garisan-garisan itu menjadi gementar, seperti ditarik oleh tangan yang dikejar sesuatu yang tidak kelihatan. Dakwat biru tua itu mengalir tidak menentu, seakan Paatinya menulis dalam kegelapan, atau dalam ketakutan yang amat sangat.

Yang paling mengganggu Vimala ialah ayat terakhir: "அந்த ஓசையை நீயும் கேட்டால், ஒருபோதும் விசாரிக்காதே." Tulisan itu hampir tidak terbaca, seakan ditulis dengan tangan yang menggigil hebat. .Vimala faham maksudnya. Ayat itu bernada amaran keras, menyuruhnya supaya tidak menyiasat tentang bunyi aneh yang mungkin akan didengarnya suatu hari nanti.

Dakwat biru tua itu telah pudar di sana-sini, tetapi kata-kata amaran tetap jelas. Ada noda-noda kecil pada kertas yang Vimala tidak pasti sama ada itu air mata atau sesuatu yang lain.

Vimala pernah tertawa hambar sewaktu membacanya dahulu, menganggapnya bisikan minda yang telah rabak dilapah usia. Namun kini, setiap malam ketika cakerawala gelap berselimut kabut, tepat tika jam melangkah ke angka keramat 3:11, bunyi itu muncul semula.

Teratur.

Menghantui.

Halus namun menikam ke dasar kalbu. Seperti upacara kematian yang berlangsung dalam gema yang tak terlihat.
Dan entah bagaimana, sanubarinya terhakis saban malam, seperti sekeping manuskrip lama yang dimamah rayap waktu.

III

Vimala cuba melarikan diri dari bilik tidur yang memerangkap detikan laknat itu. Dia beradu di ruang tamu, menanti siang dengan kelopak mata yang enggan tertutup.
Dalam kesunyian rumah yang mencekam itu, memori-memori aneh mula timbul. Samar-samar, dia teringat suara kanak-kanak yang pernah bergema di rumah ini. Suara yang kedengaran dikenali namun terasa asing.

NAK BACA SAMBUNGAN CERITA INI?
Klik je link ni. https://bit.ly/ceritatengahmalam1

ADA 14 LAGI CERITA SERAM DAN MISTERI YANG DIOLAH DARI KISAH SEBENAR YANG BERLAKU DI MALAYSIA DI DALAM NASKAH TERSEBUT.

TAK BERANI NAK BACA CERITA SERAM?
BOLEH BACA CERITA LAIN YANG ADA DI SINI - https://www.facebook.com/media/set/?set=a.702750905690344&type=3

Arasis Sáng Penulis


SERIGALA BESI : Jalan Ke Nerakaversi e-bookBab 1 : Api Di JalananBahagian 3"Print house lu menarik," Tony menyambung lag...
30/08/2025

SERIGALA BESI : Jalan Ke Neraka
versi e-book

Bab 1 : Api Di Jalanan
Bahagian 3

"Print house lu menarik," Tony menyambung lagi, matanya melihat ke arah mesin penekan haba dan peralatan percetakan lain. "Kitorang plan nak buat merch untuk chapter. Lu join, bisnes lu pun naik."

Zack mengukur situasi tersebut dengan tenang, mempertimbangkan segala faktor, tawaran perniagaan, peluang jaringan, dan potensi serta implikasinya. Di belakangnya, dia boleh merasakan tatapan berwaspada Mohan, tetapi di hadapannya terhampar kesempatan untuk melebarkan sayap perniagaan dan memasuki dunia yang sentiasa menarik minatnya sejak dulu.

"Chapter prospect? Berapa lama tempoh prospect?" tanya Aman p**a, cuba menyembunyikan rasa ingin tahunya di sebalik soalan teknikal itu.

"Biasanya setahun, tapi chapter baru ni mungkin ada kelonggaran. Mungkin tiga bulan je kalau semua okay," jelas Tony dengan nada yang yakin. "Fee membership 200 sebulan, plus kos untuk patches dan event. Lu dua orang takde masalah kot kalau dua rat contribution?"

Hammer menepuk bahu Zack dengan tepukan yang agak kuat tetapi mengandungi mesej persahabatan.

"Lu bijak bisnes, boleh buat merch untuk chapter. Kita pun ada network dengan 22 chapter lain satu dunia. Bisnes chapter masyukk, bisnes lu pun ikut masyukk."

Zack merenung ke arah Mohan yang masih berada di belakang, wajah yang tenang itu jelas memberi isyarat untuk berhati-hati. Namun di sisi lain, peluang melebarkan perniagaan dan meneroka dunia motosikal “underground” yang lebih dalam sememangnya menggoda mana mana juga lelaki yang memiliki sebuah Harley.
Dia sendiri pernah membayangkan dirinya dalam kump**an motosikal sejak lama, tetapi tidak pernah berjumpa dengan kump**an yang tepat dan sesuai dengan jiwanya.

"Bisnes tetap bisnes. Kita boleh bincang," kata Zack akhirnya, memasang wajah profesional di mukanya.

Tony tersenyum, jelas berpuas hati dengan jawapan tersebut itu. "Bagus. Esok ada meeting di mamak Ali dekat Raja Laut, pukul 8 malam. Bawa Street Bob tu. ".

Tony kemudiannya berpaling kepada Aman dan menunjukkan isyarat tangan. “ Lu pun sekali”

Ketiga-tiga tetamu itu kemudiannya beredar, meninggalkan sejenis aura yang tergantung di udara, antara campuran rasa aneh, peluang, ancaman, dan kemungkinan baru yang s**ar untuk Zack lukiskan di dalam mindanya dengan tepat.

"Kau kompom ke nak join diorang?" tanya Mohan setelah ketiga-tiga lelaki itu pergi, meletakkan pisau cukurnya dengan gerakan yang berhati-hati, menunjukkan yang pisau tersebut adalah amat tajam sekali.

"Belum decide lagi. Tapi networking diorang luas. Boleh bantu bisnes," jawab Zack, masih meneliti pertemuan dan tawaran tawaran tersebut di dalam otaknya.

"Motorcycle club tak sama dengan group ride biasa," Mohan berkata perlahan, nada suaranya berubah menjadi lebih ditekankan, sesuatu yang jarang berlaku pada lelaki yang biasanya s**a berlawak itu. "Diorang ada hierarchy, rules, commitment. Dan chapter baru ni..."

Dia menghentikan kata-katanya, seakan ada memori lama yang tiba-tiba muncul ke permukaan. "Cuma pastikan kau tau apa yang kau buat."

Zack mengangguk, memikirkan kata-kata Mohan tersebut sambil melirik pemberitahuan pesan Sofea di telefonnya.

Malam ini sepatutnya malam istimewa bersama Sofea, tetapi fikirannya kini diselubungi dengan imej Serigala Besi dan segala kemungkinan baru yang terbentang di hadapannya.

Nak tahu sambungannya dan apa yang menanti Zack di hujung jalan ini?

Klik sini untuk baca seterusnya https://bit.ly/SerigalaBesibook1

Tak minat nak baca citer biker? Nak cari citer lain? Tengok sini - https://www.facebook.com/media/set/?set=a.702750905690344&type=3

MARI KAWAN KAWAN, support kawan kawan saya ni. Best cerita mereka -🔥 2 HARI TERAKHIR! 🔥Tiga perwira, tiga kisah berbeza,...
29/08/2025

MARI KAWAN KAWAN, support kawan kawan saya ni. Best cerita mereka -

🔥 2 HARI TERAKHIR! 🔥

Tiga perwira, tiga kisah berbeza, satu harga luar biasa.
📚 J***t Zydan - Norain CikInz Hamzah, Misi Alpha Silver Rose Novelis , Janji Perwira Arianna Delisha – sekali gus boleh dimiliki dengan hanya RM35 (single RM15).
⏳ Lepas 31/8, harga akan kembali asal.
👉 Jangan tunggu lagi, klik sekarang sebelum peluang ini hilang!
✅ Ready file
✅ Penghantaran segera
✅ Membeli sambil beramal (sebahagian hasil disalurkan ke tabung Gaza)
➡️ KLIK SINI - https://bit.ly/perwiraku

🔥 KOMBO DARK hanya RM27! 🔥

Dua dunia gelap. Dua kisah yang akan buat anda terikat sampai helaian terakhir.
📕 Kelab Isteri-Isteri Derhaka (Arianna Delisha) – wajah sempurna, rahsia berdarah.
📕 Miss Karina Blood ( Bella Hastel) – bilahnya tak berkilau… ia berdarah.
⚡ 430++ ms + 300++ ms
⚡ Ready PDF • Delivery 24 jam
⏳ Promosi 23/8 – 8/9 sahaja!
👉 Klik sekarang sebelum gelap ini lenyap!
https://bit.ly/kombodark

DIJAMIN BEST.

CERITA TENGAH MALAM Volume 1 :CERITA  #8 - KAWAN BARUKisah ini, bukan datang daripadaku. Bukan aku yang alami. Tapi begi...
26/08/2025

CERITA TENGAH MALAM Volume 1 :
CERITA #8 - KAWAN BARU

Kisah ini, bukan datang daripadaku. Bukan aku yang alami. Tapi begitulah ceritanya sampai ke telingaku , daripada seorang kenalanku, yang mendengarnya daripada sepupunya, yang p**a pernah dengar daripada Pak Hassan sendiri.

Pak Hassan yang rumahnya bersebelahan dengan rumah pusaka keluarga Mak Linda di Gemencheh tu. Dia yang jadi saksi kepada semua yang berlaku kepada keluarga tersebut. Dia yang Linda datang mengadu bila dah tak tahu nak buat apa lagi.

Pak Hassan yang ceritakan pada kami semua, dengan suara berbisik, mata mengerling ke sana ke mari , dengan penuh kekesalan bagaimana dia dengar, bagaimana dia nampak, bagaimana dia cuba tolong tapi dah terlambat...

I

Pak Hassan ingat lagi petang tu. Jumantara berwajah muram, seolah-olah prahara tua sedang bertapa di singgahsananya, menanti waktu untuk menggugurkan titis dendamnya ke bumi tanpa restu langit. Dia tengah menyiram pokok bunga raya dalam kebun belakang rumah bila dia nampak Qisya balik sekolah.
Biasanya budak tu laju je lari masuk rumah, panggil "Mak!" dengan suara riang. Tapi hari tu lain. Langkahnya longlai, wajahnya redup bagai awan yang kehausan tanpa titisan wap air hujan. Pak Hassan perasan ada sesuatu dalam genggaman budak tu.

"Eh, Qisya!" panggil Pak Hassan dari balik pagar kayu yang rendah. "Kenapa muka berkerut-kerut tu?"

Qisya berhenti, angkat kepala. Mata dia ada kelainan , macam orang yang baru nampak hantu. Dia tunjuk sekeping kertas putih di tangannya kepada Pak Hassan.

"Atok , kakak dapat nota ni."

Pak Hassan turun tangan, menjeling. Sekeping kertas kosong. Tiada nama. Tiada cop. Cuma tiga patah kata dalam tulisan tangan yang pelik, dengan huruf-huruf yang tegak-tegak macam paku yang diketuk sebaris.

"Aku sedang perhati."

"Siapa bagi ni?" tanya Pak Hassan, bulu romanya terus naik tanpa sebab.

"Kawan baru," jawab Qisya, senyuman yang senget di bibirnya. Senyuman yang hambar.

II

Pak Hassan kata, malam tu Linda datang rumah dia, dengan mata yang bengkak dan merah.

"Pak Hassan, saya telefon sekolah Qisya tadi," Linda duduk di kerusi rotan, dengan suara yang bergetar. "Cikgu kata tiada pelajar baharu. Tiada pertukaran. Bangku belakang Qisya kosong je dari awal tahun."

Pak Hassan tuang teh panas ke cawan, hati dia dah mula risau. "Mungkin Qisya salah faham kot. Budak-budak kan, imaginasi tinggi."

"Tapi Pak Hassan..." Linda keluarkan nota tu balik. "Tulisan ni... saya kenal tulisan ni. Macam arwah nenek saya dulu tulis. Tapi nenek saya dah meninggal dunia sejak saya darjah tiga."

Pak Hassan ambil nota tu, pegang dengan hujung jari. Kertas tu sejuk. Sejuk macam baru keluar dari peti mayat.

"Linda," kata Pak Hassan perlahan, "malam tadi saya dengar bunyi pelik dari rumah awak. Macam ada orang ketuk-ketuk tingkap. Tapi bila saya tengok, tiada siapa."

Linda's mata terbuka luas. "Saya pun dengar, Pak Hassan. Dan... ada tapak kaki kecil dalam lumpur dekat tingkap bilik Qisya. Tapi kasut Qisya kering. Dan arah tapak tu... macam datang dari dalam rumah, keluar. Bukan masuk."

III

Pak Hassan cerita lagi, hari-hari berikutnya dia perhatikan rumah sebelah tersebut macam burung helang yang memerhatikan anak ayam. Linda menjadi makin kurus, matanya kelihatan cengkung. Dan Qisya p**a... budak tu mula berkelakuan pelik.

"Saya nampak dia bercakap sorang-sorang dalam kebun," kata Pak Hassan.

"Ketawa-ketawa, angguk-angguk, macam ada orang lawan cakap. Tapi bila saya panggil, dia menggelabah, lari masuk rumah."

Suatu petang, Linda datang lagi. Kali ni dia bawa satu plastik yang penuh dengan lukisan Qisya.

"Pak Hassan, tengok ni." Linda membentangkan lukisan-lukisan tersebut atas meja. "Qisya lukis wajah-wajah pelik. Tiada mata, tiada mulut. Tapi semua senyum. Senyuman yang..." Linda menggigil. "Senyuman yang macam luka."

Pak Hassan ambil satu lukisan. Wajah dalam lukisan tu memang mengerikan, bulat macam bulan, tapi kosong. Cuma ada garisan lengkung bawah, macam bibir terbelah lebar.

"Dan yang ni," Linda tunjuk lukisan rumah. "Ni rumah kami, tapi dari sudut yang mustahil. Dari dalam bilik bawah tangga yang saya kunci dari Qisya kecil. Kunci tu saya simpan dalam kotak perhiasan. Qisya tak pernah masuk bilik tu."

"Kenapa awak kunci bilik tu?" tanya Pak Hassan.

Linda diam lama. "Arwah nenek saya selalu cakap, jangan buka bilik tu. Ada 'penunggu' yang tidur dalam sana. Kalau kacau dia, dia akan bangun dan... " Linda tak habiskan ayat.

Malam tu, Pak Hassan dengar Qisya bercakap dengan seseorang di kebun belakang. Suara dia kedengaran jelas dalam angin malam:

"Kawan baru kata Mak dah janji masa Mak kecil. Sekarang giliran kakak p**ak."

IV

Pak Hassan kata, minggu tu dia cuba cari maklumat tentang sejarah rumah Linda. Bertanya pada Mak Yam, jiran paling tua dalam taman tu.

"Wah, rumah Mak Limah tu ke?" Mak Yam geleng kepala. "Keluarga tu memang ada sejarah pelik, Hassan. Dari zaman arwah Haji Murad, atok Linda tu lagi."

"Pelik yang macam mana tu Kak Yam?"

"Selalu ada ahli keluarga yang 'hilang'. Haji Murad ada kakak, nama Fatimah. Hilang masa umur 12 tahun. Masa Haji Murad pun kecil lagi. Kak Yam pun kecil lagi,

Kak Yam pun dengar cerita ni dari arwah mak Kak Yam.” Mak Yam membetulkan duduknya, bersandar di tiang, sakit kaki. Pada usia menghampiri satu ratus tahun, Mak Yam bukanlah seperti Tun M yang mampu lagi naik basikal pusing pusing Putrajaya.

“Tiada siapa jumpa mayat.” sambung Mak Yam. “Pastu anak Haji Murad yang sulung, Karim namanya, hilang masa 15 tahun. Lepas tu cucu kedua, Salina. Semua hilang dalam rumah tu sendiri."

Pak Hassan rasa sejuk tiba-tiba. "Tapi kan Linda..."

"Linda tu cucu bongsu. Dia lari dari rumah tu masa muda dulu, kahwin dengan orang luar. Baru balik bila nenek dia sakit tenat. Lepas nenek meninggal, dia mewarisi rumah tu." Mak Yam tatap Pak Hassan tajam.

"Tapi Hassan, ada benda yang nenek Linda tak sempat bagitahu sebelum dia mati. Tentang... kewajipan keluarga."

NAK BACA SAMBUNGAN CERITA INI?
Klik je link ni. https://bit.ly/ceritatengahmalam1

ADA 14 LAGI CERITA SERAM DAN MISTERI YANG DIOLAH DARI KISAH SEBENAR YANG BERLAKU DI MALAYSIA DI DALAM NASKAH TERSEBUT.

TAK BERANI NAK BACA CERITA SERAM?

BOLEH BACA SERIGALA BESI : Jalan Ke Neraka di link ini https://bit.ly/SerigalaBesibook1 ( ni ceta biker, takde hantu. ada heli debiksen , awek , politaik club dan lawak bangang je)

adios.
Arasis Sáng Penulis

COMING SOON JUGA. MAU BACA NGGA?Jika nak baca, pastikan anda khatam dulu CERITA TENGAH MALAM Volume 1 ya. kerana Edisi H...
25/08/2025

COMING SOON JUGA. MAU BACA NGGA?

Jika nak baca, pastikan anda khatam dulu CERITA TENGAH MALAM Volume 1 ya. kerana Edisi Hospital ini adalah olahan semula 100% 15 KISAH BENAR yang direkodkan di 15 buah hospital di Malaysia dan ditulis semula dengan 70% lebih menakutkan dari cerita di dalam Volume 1. Volume 1 tu appetizer je sebenarnya. dan volume 2 pun bukan main-course lagi.

Eh, kat mana nak baca CERITA TENGAH MALAM Volume 1?
Kat sini ha. Klik je link aku bagi ni. https://bit.ly/ceritatengahmalam1

TAPI Aku warning siap siap. ADA masalah kesihatan, anxiety, jantung, PTSD, GERD, AKU TAK GALAKKAN BACA. kalau boleh jangan baca. Lagi lagi naskah JENAZAH tu. JANGAN.

Bacalah karya aku yang lain yang bukan horror. Serigala Besi ke - https://bit.ly/SerigalaBesibook1 ( ni ceta biker, takde hantu. ada heli debiksen , awek , politaik club dan lawak bangang je)

sebab kalau jadi apa apa kat korang disebabkan membaca juga walaupun telah diberi amaran , aku tak tanggung ya.

adios.

Arasis Sáng Penulis
Malam ni aku tak online. sebab aku ada MISI.
kau tau tak kapal korek lama di belakang CyberSouth tu?
Aku nak menyiasat. sebab ada citer angker yang sampai kepada aku. Ada sape tau? kalau tau, boleh kongsi kat komen. Trima kaseyyyyyyyyyyyyyy!!!

23/08/2025

KAU keluar outing. Then terjumpa roommate KAU.KAU balik, sbb Dia NK g tgk movie p**ak. KAU sampai umah, kau tgk roommate kau tu tgh tido lagi. What will you do?

FESTIVAL HANTU LAPAR: KETIKA PINTU NERAKA TERBUKADalam kosmologi Tionghua yang penuh misteri, malam ini menandakan permu...
22/08/2025

FESTIVAL HANTU LAPAR: KETIKA PINTU NERAKA TERBUKA

Dalam kosmologi Tionghua yang penuh misteri, malam ini menandakan permulaan upacara tahunan yang paling dahsyat—Festival Hantu Lapar. Tepat jam sebelas malam, Jumaat 22 Ogos 2025, pintu neraka akan terbuka lebar, membenarkan para arwah yang kelaparan berkeliaran bebas di alam manusia. Kemuncak pembukaan portal gelap ini akan mencapai puncaknya pada Sabtu, 6 September 2025, ketika bulan ke-15 dalam kalendar lunar Cina tiba—malam di mana sempadan antara dunia orang hidup dan mati menjadi paling nipis.

"Wah, festival hantu dah nak start la ni."

"Takut ke?"

"Takut la sikit. Nenek selalu cakap bulan ni kena extra hati-hati."

"Betul ke semua tu?"

"Entah la, tapi better safe than sorry kan?"

Menurut kepercayaan turun-temurun bangsa Tionghua, sepanjang sebulan ini para hantu yang kelaparan dan tersesat akan merayap-rayap mencari makanan, wang, dan kadangkala mangsa untuk membawa p**ang kemalangan, penyakit, dan musibah. Mereka yang bekerja di bilik mayat pasti faham—bulan ketujuh ini sering kali membawa cerita-cerita yang tidak dapat dijelaskan dengan logik.

Oleh sebab itu, sepanjang tempoh satu bulan ini, masyarakat Cina jarang mengadakan majlis kegembiraan seperti perkahwinan, pembukaan kedai baharu, atau berpindah ke rumah baru. Dipercayai bahawa kegembiraan pada masa ini akan bertukar menjadi kemalangan kemudian.

PANTANG LARANG BULAN HANTU:

1. Jangan Keluar Malam Terutamanya wanita mengandung dan kanak-kanak kecil yang dianggap paling mudah diganggu.

"Mak, boleh tak keluar j*p?"

"Jangan! Bulan hantu ni. Duduk rumah je."

"Kej*p je mak..."

"Tak boleh. Nanti ada benda ikut balik."

2. Elakkan Aktiviti Air Jangan berenang di laut atau tasik—tempat ini menjadi lokasi kegemaran para arwah.

3. Jangan Bersendirian Hindari menunggu seorang diri di bawah pokok atau perhentian bas selepas matahari terbenam.

4. Jangan Kutip Wang Jalanan Wang kertas atau syiling yang terjumpa di jalan raya mungkin persembahan untuk arwah.

"Eh, ada duit RM50 ni!"

"Jangan ambik! Bulan hantu ni."

"Sayang la, duit free."

"Free tapi datang dengan harga yang lain."

5. Jangan Sahut Panggilan Cepat Jika mendengar nama dipanggil, tunggu panggilan ketiga sebelum menoleh. Ini hanya terpakai selepas maghrib dan di luar rumah.

6. Jangan Tepuk Kepala atau Bahu Dipercayai boleh melemahkan semangat pelindung dalam badan.

7. Elakkan Perubahan Besar Jangan pindah rumah atau buka perniagaan baharu.

8. Jangan Berkahwin Konon hantu perempuan akan cemburu dan menyumpah pasangan pengantin.

9. Hindari Hutan Jungle trekking atau camping berisiko tinggi—tempat kegemaran 'mereka'.

"Jom camping weekend ni!"

"Bulan tujuh ni? Gila ke?"

"Takde la, biasa je."

"Ko tengok la nanti, mesti ada cerita pelik."

10. Pandu Berhati-hati Arwah mangsa kemalangan jalan raya konon mencari pengganti untuk reinkarnasi.

11. Buka Dahi Jangan tutup dahi dengan topi—tempat 'cahaya hidup' berada.

12. Pakai Warna Terang Elakkan warna gelap (hitam, biru tua) yang menarik tenaga negatif.

13. Jangan Langkah Persembahan Hormati wang kertas dan makanan yang disembahyangkan di tepi jalan.

14. Jaga Mulut Jangan celupar bila nampak orang membakar kertas emas.

"Pelik la dorang ni, buang duit je bakar-bakar."

"Eh, jangan cakap macam tu!"

"Kenapa? Betul je."

"Nanti ko MC seminggu, baru tau."

15. Kemas Jemuran Awal Masukkan kain sebelum pukul 5 petang.

Bagi mereka yang mempunyai 'mata ketiga', perkuatkan iman dan bawa limau purut di dalam poket. Yang ada anjing di rumah, sabarlah jika mereka menyalak tinggi pada malam hari—mereka hanya berkata "hello, jangan dekat" kepada tetamu tidak diundang.

"Anjing kau menyalak kuat betul malam ni."

"Biasa la, bulan hantu. Dorang nampak benda kita tak nampak."

"Creepy ah."

"Tu la pasal aku tak s**a bulan ni."

Sekadar kepercayaan masing-masing. Kita raikan perbezaan, JANGAN RACIST, JANGAN JADI PELAMPAU DAN PENUNGGANG AGAMA. TAK KISAH LA KAU AGAMA APA SEKALIPUN. Yang penting, jaga diri baik-baik.

Stay safe, everyone.

Aku ada sampaikan cerita menarik di dalam CERITA TENGAH MALAM berkenaan Hungry Ghost Festival juga. Jika nak baca, boleh klik di link ini - https://bit.ly/ceritatengahmalam1.

Dalam ni juga ada 14 cerita seram dan misteri yang lain yang tak kurang seramnya juga. Silakan membaca.

SERIGALA BESI : Jalan Ke Neraka Bab 1 : Api Di JalananBahagian 1Kedai percetakan Zack terhimpit dalam keriuhan Jalan Mas...
20/08/2025

SERIGALA BESI : Jalan Ke Neraka
Bab 1 : Api Di Jalanan
Bahagian 1

Kedai percetakan Zack terhimpit dalam keriuhan Jalan Masjid India, tetapi suasana dalamannya p**a bagaikan sebuah p**au ketenangan di tengah-tengah lautan manusia yang berduyun-duyun melimpahi kawasan perniagaan tersebut. Bunyi mesin penekan haba berdesir dengan irama yang sekata, dengan bunyi dari mesin jahit yang beroperasi di sudut kedai, serta udara petang yang dipenuhi aroma pekat dari bau dakwat percetakan yang bercampur dengan bau dari kain baru. Namun Zack sudah sebati dengan bunyi-bunyi dan bauan ini, yang mana ia telah menjadi senandung latar kehidupan hariannya yang sejak lima tahun lalu.

Lelaki berusia 32 tahun itu menatap skrin komputernya dengan penuh tumpuan, jemarinya bergerak cekap menyelesaikan reka bentuk baju korporat yang ditempah dalam kuantiti besar. Peluh nipis kelihatan membasahi dahinya meskipun kipas di siling berputar kencang seperti angin ribut tropika yang menghentam laut.

Di dinding pejabatnya yang kecil, ada beberapa keping tampalan keratan akhbar lama yang menampilkan gambarnya yang tersenyum bangga memegang piala pertandingan motosikal ubah suai. Harley Davidson Street Bob biru gelapnya diletakkan dengan kemas di hadapan kedai, serta merta menjadi magnet perhatian utama para pejalan kaki yang melintasi kawasan itu. Motosikal tersebut memang kelihatan sangat menonjol berbanding barisan motosikal dan skuter lain yang diletakkan bersesak-sesak di tepi jalan tersebut.

"Kau takde pegi ride jauh-jauh lagi ke? Hari hari aku nampak Street Bob kau kat sini?"

Suara serak Mohan memecah tumpuan Zack. Tukang gunting rambut berusia 44 tahun itu bersandar di ambang pintu kedai percetakan, sedang jemarinya dengan teliti mengelap pisau cukur antik yang sentiasa dibawanya ke mana-mana. Tangan bertatu itu bergerak dengan perlahan dan tekun, seakan menguliti keluli yang sudah diasah dengan cukup tajam itu.

"Banyak order, Mohan. Nak kena siapkan design baju untuk korporat ni dulu," Zack menjawab tanpa mengalihkan perhatian dari skrin, jemarinya masih terbang di atas papan kekunci dan tetikus.

"Akauntan kau tu pun lama tak jejak sini. Dia dah lupa kedai ni ke?"

Mohan mencungkil, senyuman nakal kelihatan sangat terserlah di wajahnya yang keras dan berparut, dengan matanya yang berkilat, penuh dengan makna tersirat.

Zack melemparkan senyuman nipis, sambil menoleh melihat telefon bimbitnya yang bergetar dengan pemberitahuan di WhatsApp.
Dari Sofea: "Jangan lupa makan malam kita malam ni. Aku ada menu special untuk kau. 😉"

"Sofea? Hujung tahun ni biasa la dia sibuk, nak tutup akaun kan. Kita sama-sama sibuk. Next week la jumpa dia kot," jawab Zack, acuh tak acuh sambil menekan butang di telefon untuk membalas pesanan tersebut.

Mohan tersengih, menampakkan gigi emasnya di sudut mulut.

"Lepas lima tahun bisnes, jalan hidup kau sama aje. Design, printing, Street Bob, Sofea. Repeat and repeat. Kau tak boring ke?"
Zack mengeluh kecil. "Hidup tenang memang tak glamour, tapi aku s**a. Bisnes stabil, Harley gua tiptop, Sofea pun—"

Nak tahu sambungannya dan apa yang menanti Zack di hujung jalan ini?

Klik sini untuk baca seterusnya https://bit.ly/SerigalaBesibook1

JANGAN DUDUK DI SITU. – Bahagian 1CERITA TENGAH MALAM volume 1Karya Arasis Sáng Penulis IKisah ini, bukan aku yang mula....
18/08/2025

JANGAN DUDUK DI SITU. – Bahagian 1
CERITA TENGAH MALAM volume 1

Karya Arasis Sáng Penulis

I

Kisah ini, bukan aku yang mula. Bukan aku yang alami.

Tapi beginilah ceritanya sampai ke telingaku, daripada seorang kawan yang mendengarnya daripada sepupunya, yang p**a pernah menumpang kereta Grab dengan seorang pemandu bernama Ah Seng. Ah Seng yang dah lima belas tahun memandu teksi dan Grab di sekitar Ipoh, yang pernah hantar seorang lelaki Cina ke Kampung Kuala Manggis tengah malam, dengan cerita ini, tentang seorang ahli keluarganya yang malang.

Maka beginilah cerita yang sampai kepadaku, lalu aku sampaikan p**a kepada kamu semua.

II

Dalam candikala yang merayap perlahan di sekeliling perkampungan Cina Hakka yang separa terpencil ini, rumah- rumah kayu chengal lama berdiri megah di tengah dataran yang ditanam dengan pokok cendana dan limau purut warisan empat generasi.

Kampung Kuala Manggis terletak tiga kilometer dari bandar Ipoh, dipisahkan oleh sungai Perak yang keruh dan mengalir dengan malas, membawa lumpur dan rahsia-rahsia lama dalam arusnya yang perlahan menuju ke muara.

Kehidupan di sini masih bergerak mengikut irama tradisi lama dan pantang larang yang diwarisi turun-temurun. Pagi juga masih dimulakan dengan aroma kopi-o kaw dan roti bakar dari kedai kopi Ah Hock di simpang masuk kampung. Petangnya p**a diisi dengan bunyi mahjong dari kedai Mr Lim dan gelak tawa kanak-kanak yang bermain gasing di hadapan rumah. Malam biasanya disambut dengan bau kemenyan dari altar nenek moyang dan bunyi sawi yang diracik untuk makan malam.

Tetapi malam ke-15 Bulan Hantu Lapar telah tiba. Waktu ketika portal antara alam terbuka paling luas dalam kalendar lunar. Pawana malam tidak sekadar membawa semerbak bunga ros dan aroma tanah basah selepas hujan petang, tetapi Ia membawa sesuatu yang lebih kuno , bisikan dari mereka yang tidak dapat berehat, mereka yang masih terikat dengan urusan yang belum selesai di alam fana ini.

Di langit yang gelap tanpa bintang, mega hitam berarak perlahan seolah-olah alam sendiri sedang bersiap sedia untuk menyaksikan sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.

III

Chong Wai Lun, pemuda berusia tujuh belas tahun dengan tubuh yang kurus kering dan mata sepet yang cerdik , terlindung di sebalik cermin mata plastik biru, duduk termangu di beranda rumah pusaka keluarganya sambil membaca majalah Pop**ar yang dipinjam dari perpustakaan sekolah. Muka Michael Jackson menatapnya dari muka hadapan majalah, simbol dunia moden yang jauh dari tradisi kampung yang mengelilinginya.

Sejak mendiang bapanya meninggal dunia dalam satu kemalangan bas di Jalan Kuala Kangsar ketika dia berumur dua belas tahun, jiwa mudanya telah dijangkiti oleh rasa tidak selesa dan kurang mempercayai yang mendalam terhadap segala perkara yang berbau kerohanian atau kepercayaan.

Di benak Chong Wai Lun, jila ada kuasa - kuasa ghaib, atau dewa-dewa kayangan yang sangat kuasa, mengapa mereka membiarkan seorang bapa yang baik mati tersiksa di dalam kemalangan yang ngeri itu? Soalan ini telah meruntuhkan kepercayaannya terhadap semua bentuk kepercayaan terhadap kuasa ghaib.

Kemudiannya p**a setelah memasuki Tingkatan Lima di sebuah sekolah Sains di Ipoh, pemikirannya telah terbuka dengan pelbagai idea moden. Sains, teknologi, logik dan semua itu adalah sesuatu yang masuk akal. Tapi hantu? Dewa? Upacara untuk roh-roh yang telah meninggal dunia? Semua itu hanyalah kepercayaan kampung yang sudah lapuk untuk tahun 1992.

Tiba- tiba Bunyi kasut kayu berdentum dari arah dapur mengganggu lamunannya tentang dunia yang lebih rasional

NAK TAHU KISAH SELANJUTNYA?

DAPATKAN SAMBUNGAN KISAH INI DI LINK https://bit.ly/ceritatengahmalam1

Address

Kajang
43000

Website

https://www.facebook.com/penulisarasis, https://www.facebook.com/creativefortunes

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Arasis - Sang Penulis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Arasis - Sang Penulis:

Share